Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gnome

Kepala Tergantung? Budaya Planet GNOME

Merujuk kepada gambar di atas, Anakanda Fedy berkata pakdek, gamba tuh scary laa.. kepala tergantung! =p Persoalannya kenapa gambar kepala tergantung? Ini adalah persoalan budaya. Di dalam komuniti GNOME, ketika mula-mula planet dilancarkan, kebanyakan pembangun GNOME menggunakan avatar "floating head". Pada peringkat awal, blog ditulis di advogato.com Planet menggabungkan beberapa catatan blog terkini, untuk disiarkan pada satu laman. Laman itu dipanggil planet. untuk GNOME, dipanggil Planet GNOME (klik) Kebiasaannya penulis akan menyediakan kepala terapungnya sendiri, dan budaya itu kekal sehingga hari ini. Selepas daripada planet GNOME, maka wujudnya planet lain. Sebagai contohplanet tempatan ialah http://planet.foss.org.my/ Budaya kepala terapung wujud di planet foss.org.my, tetapi tidak sepopular di Planet GNOME. Manusia wujud pelbagai budaya, maka dikongsi supaya manusia saling kenal mengenali.

Huruf Ga Jawi di GNOME & Firefox

शाहरुख़ ख़ान  شاہ رخ خان   گ ڬو کڬکڭڬڡڬڗڬجڬوڬرڬسڬتڬجکج کڬکڭڬڡڬڗڬج کڬکڭڬڡڬڗڬجڬوڬرڬسڬتڬجکج ----- Kebiasaannya, orang Melayu, kalau nak tulis jawi, perlu ada font khas, ada juga yang memerlukan perisian khas. Bagi saya ianya boleh dibaratkan sebagai "dirty hack". Yang memeningkan ialah huruf Ga. huruf lain OK. Ada pihak yang menggunakan huruf lain, kemudian digunakan dengan font yang boleh memaparkan Ga dengan betul, maka ia akan kelihatan betul. Tetapi hanya pada perisian yang mereka guna, atau depan mata dia sahaja. Kalau dicetak pada kertas ia akan OK. Bahasa Urdu, mempunyai huruf Ga yang hampir sama dengan Ga jawi, akan tetapi mempunyai palang, berbanding jawi mempunyia titik di atas. Huruf Ga Urdu    (U+06AF) = گ Manakala huruf Ga Melayu di carta unicode dipaparkan sebagai Ga yang jarang digunakan (U+06AC) . ڬ Ia kelihatan salah. kerana kita biasa Ga ialah Kaf bertitik. Ujian contengan di atas menunjukkan Ga versi ڬ tidak kelihatan betul apabila bercantum de...

Terjumpa Pepijat Nautilus (atau gnome-mount?)

Gara-gara nak buat partisyen swap di pemacu USB, saya terjumpa pepijat nautilus, mungkin ia pepijat gnome-mount. Bayangkan pemacu USB yang bersaiz 1 Gb, boleh memuatkan data 5.1 Gb Lihat apabila pemacu USB itu dibuka:- Boleh jadi kaya kalau beli pemacu USB 1 Gb, boleh simpan data 5.1Gb. Ceritanya sebegini, dalam beberapa hari lepas, saya cuba nak letakkan fail swap di pemacu USB dalam sistemfail vfat seperti asal. Bertujuan untuk menjadi manusia yang paling besar fail swap di Merlimau. Kemudian saya diracuni oleh wawa, supaya membuat partisyen swap di pemacu USB terus. maka saya pun mkswap /dev/sdb1 ; swapon /dev/sdb1 akan menjadi sebegini root@ubuntu-sebol:/var/www/lili# free total used free shared buffers cached Mem: 775280 736284 38996 0 3952 115836 -/+ buffers/cache: 616496 158784 Swap: 1006568 0 1006568 Akan tetapi perkara lain berlaku. Disebabkan saya tidak mengaktifkan partisyen swap...

jdub (Jeff Waugh) datang Malaysia!

Dari Beras Terpilih, saya mendapat tahu bahawa jdub akan berada di OCSS Cyberjaya esok pagi . OSCC, Cyberjaya 10:30 pagi. Ditesh pun baru dapat tahu. Tidak tahu siapa jdub? jdub nama sebenarnya ialah Jeff Waugh, orang kuat GNOME dan Ubuntu. Ketika saya begitu aktif dengan GNOME 5 tahun dulu, nama dia cukup tidak asing. Nama saya pun tak asing bagi dia. Perlu saya pergi OSCC? Tapi saya ada meeting di Melaka pukul 3 petang,

Kemandulan minda siapa?

Ini adalah sambungan kepada Catatan blog Terdahulu, Kemandulan Minda DBP . Pada ruangan Ulasan, Saudara AdiHamka telah mengatakan ianya juga salah ITNM. adihamka berkata... saya ada terbaca di Siasah.. artikel mengenai ITNM (institut terjemahan nasional malaysia) yang kini hanya menjadi gajah putih. dlm konteks penterjemahan, ia bidang kuasa ITNM, bukan DBP kerana Sektor Penterjemahan telah diserahkan bulat2 pada ITNM. Wan Hashim Wan Teh adalah Pengerusi ITNM. sapa yang mandul ni? Saya pula tidak sempat membalas kerana idea datang mencurah-curah berbanding tangan yang nak menaip. Disini saya tetap ingin mengatakan DBP kemandulan minda. Namun Kuasa DBP ada batasnya. ITNM bergerak umpama satu syarikat penterjemahan yang besar, namun dia tidak secara sukarela menterjemah apa yang perlu diterjemah kalau tidak disuruh. Suatu ketika dulu, ITNM pernah menterjemah Perisian Windows, setelah perisik Microsoft telah melihat dengan ma...

Penjenamaan Melaka: Virus Melaka , Virus KelawarBemban

Nampak kelakar juga, bila nama virus dijadikan isu. Ya memang selalunya, Nama virus dikaitkan dengan nama tempat, atau nama orang yang menjumpainya. Jadi tak salah kalau nama virus yang dijumpai di Melaka, dinamakan "Virus Melaka". Tetapi, nanti dulu, kalau kita lihat dari sudut "branding" Melaka sebagai pusat perlancongan, pusat pelaburan, maka ia amatlah tidak sesuai. Sepatutnya, langkah lebih hebat dilukan oleh kerajaan negeri untuk memperkukuhkan penjenamaan Melaka. Ali Rustam yang suatu masa dahulu, telah mencadangkan penggunaan Nama "Melaka" sepenuhnya, walaupun digunakan dalam bahasa Inggeris, namun usaha dia gagal. Walaubagaimanapun saya menyokong beliau dalam usaha menggunakan istilah 'Melaka'dalam semua bahasa. Walaupun dia gagal, tak semestinya tak ada orang yang mampu menjayakannya. Cairo vs Kaherah, Mecca vs Mekah, Ada banyak lagi contoh nama tempat yang telah diinggeriskan oleh penjajah ingeeris namun ia kekal sehingga kini. Era glob...