Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ceramah

Ceramah Umum, Dr Mujahid Yusuf, Ustaz Kamarudin Sidek

Jemput Hadir ke Ceramah Umum, Dr Mujahid Yusuf, Ustaz Kamarudin Sidek Dr Mujahid Yusuf. -Ahli Parlimen Parit Buntar -Pengerusi Lanjah Perpaduan Kaum PAS. Ustaz Kamarudin Sidek -Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka 17hb November 2009 9.20 ptg - 11.55 ptg Baitul Hikmah Kampung Sempang, Merlimau Melaka

Ceramah YB Khalid Samad & Aminuddin Jalil di As Solihin Merlimau 24 April 2009

Ceramah isu semasa akan diadakan pada 24 april 2009 , Jam 9 malam bertempat di As Solihin Merlimau Melaka . Penceramah: YB Khalid Samad , Ahli Parlimen Shah Alam dan Saudara Aminuddin Jalil, Ketua Pemuda PAS Kawasan Jasin. Anda di Jemput hadir. Lihat peta artistik ke As Solihi n jika anda datang melalui lebuh Raya Utara Selatan atau Lebuh AMJ.

Mainan Baru , Sistem Pengucapan Awam Behringer B212A

Saya telah menempah satu pembesar suara aktif (mempunyai amplifier) Jenama Behringer B212A. Minggu depan mungkin dapat. Saiznya agak kecil, walaupun ianya sekelas dengan pembesar suara Tong Konsert Metalicca, Tingginya 22 inci, tidak sampai 2 kaki. Beratnya hanya 14.9 Kg. Perbandingan Saiz dengan abangnya B215A (yg 15inci wufer) Membuatkan ianya begitu mudahalih. Ianya amat ringkas, sambung bekalan kuasa, sambung mikrofon, voila. Dengan saiz yang kecil itu, tidak perlu ada kenderaan besar untuk mengangkutnya. Behringer B212A itu boleh ikut naik kereta Ustaz Kamarudin Sidek (yg diserang UMNO) , kalau dia ada ceramah di 2 tempat dalam satu malam. Memang mudahalih. Kuasanya? Dalam katalog tulis 200W, tetapi dalam Web kebanyakkannya mengatakan 400W. Kalau 200W , ianya cukup untuk 1 padang bola. Kebiasaannya Jurutera Bunyi membeli sepasang B212A untuk tujuan muzik, akan tetapi saya hanya beli 1. Tidak lagi kedengaran mana-mana penceramah PAS berceramah dalam stereo.

Rasuah sudah jadi kebiasaan

Sempat saya menangkap video ceramah pendek Ustaz Kamarudin Sidek, yang menceritakan tentang rasuah, SPR, nombor plet pada sesi ceramah perdana 17 Disember 2007 . Berikut adalah videonya. Rasanya saya perlu mencari buluh untuk dijadikan tripod kepada SE k800i ini. lenguh tanganku untuk memegangnya. Selepas ini akan ada lagi video ceramah Ustaz Kamarudin Sidek, kelebihan beliau berbanding ahli politik yang lain ialah kebolehan dia mengupas kandungan tempatan, spesifik Melaka. Hutang kerajaan Negeri Melaka ialah 1 bilion. Jangan lupa nilai itu, dan mungkin ia bertambah lagi? Walaupun dalam sesi ceramah beliau sekali dengan Penceramah tersohor seperti YB Salahudin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) bersama Sdra.Shamsul Iskandar b. Mohd Akin (Ketua AMK Malaysia), namun saya memilih untuk merekod ucapan beliau kerama ceramah beliau sukar untuk dijumpai pada VCD tempatan. Sesuai untuk orang Melaka mendapatkan pandangan alternatif.

Ceramah Khalid Jaafar, Ustaz Kamal, Syamsul, Anwar Ibrahim di Tedong, Merlimau

Setibanya saya di sana saya berborak seketika dengan semit (baju putih belah kiri) tentang harga minyak akan naik akan tidak, seperti biasa saya akan kata ia akana naik kerana minyak mentah sudah 'stabil' USD 90 an setong. Seperti biasa saya pun menerangkan formula subsidi minyak sebol , tak pasti pula dia faham atau tidak. Jadi ceramah bermula dengan Ucapan Khalid Jaafar Keadilan , yang juga menyentuh tentang harga minyak, dia mempersalahkan kerajaan kerana gagal mengemukakan formula terbaik untuk kebaikan semua. Juga ada menyentuh tentang Agenda Ekonomi Baru - (muatturun) Saya tak pasti berapa ramai yang hadir ke ceramah itu faham isi kandungannya. Dipendekkan cerita, Agenda Ekonomi Malaysia mempersoalkan kenapa Pendapatan perkapita Rakyat Malaysia 5 kali ganda lebih rendah dari Singapura. Suatu ketika dulu, saya selalu berjumpa dengan Khalid Jaafar ketika dia sering ke Taman Permata, saya tak pasti dia kenal saya atau tidak. Ucapan Ustaz Kamal, agak menarik, mempersoalka...