Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pak Lah

Akad dah Ke Laut ...Betulkan Stesen Minyak boleh bankrap Harga Minyak Turun/Naik?

Betulkan Stesen Minyak boleh bankrap Harga Minyak Turun/Naik? Jawapannya Ya dan Tidak. Selama ini pun ada banyak stesen yang tutup. Diganti dengan orang lain. cuma tak nampak sangat sebab penggantian itu cepat. Minyak tak turun naik pun, ramai sudah tersungkur dek kos operasi terutama TNB yang meningkat. Maka timbullah teori mengatakan, kalau harga rendah, harga kos pun rendah. bila naik, stok jadi mahal, maka untung. Teori itu memang boleh dipakai, JIKA stok adalah sama setiap kali perubahan harga. Akan tetapi perkara sebeitu mustahil berlaku. Kebiasaanya, bila harga nak naik ramai berduyun-duyun penuhkan tangki. Jadi stok masa nak naik sedikit. Masa nak turun pula, biasanya stok banyak. OK, nak salahkan pengusaha kenapa simpan stok banyak? Tidak boleh, sebab ini sistem Akad sudah kelaut Dalam sistem Akad sudah ke laut , pengusaha (pelanggan) tidak lagi boleh memesan berapa banyak kuantiti yang hendak dibeli. Semuanya ditentukan oleh syarikat minyak (penjual...

Pemimpin 'Zon Selesa'

Sifat-sifat pemimpin mempengaruhi sesuatu organisasi, tidak kiralah organisasi politik, atau perniagaan, atau kerajaan. Ada pemimpin yang nak bawa naik organisasinya untuk meningkat. Tetapi ada juga pemimpin yang dibawa oleh organisasi. Ada pemimpin organisasi yang memang menubuhkan organisasi. Ada pemimpin organisasi mewarisi kepimpinan dahulu. Kedua-duanya boleh memjadi pemimpin 'Zon Selesa' , kerana berbangga dengan kejayaan lampau. Cukuplah sampai setakat ini, aku sudah menjadi presiden XXX, satu organisasi besar. Ambil contoh Steve Ballmer, mewarisi Microsoft setelah Bill Gates bersara, dalam keadaan menguasai pasaran Sistem Pengoperasian komputer. Tetapi selepas itu, pengguna pula yang banyak beralih ke tablet dan mobile. Sultan Muhammad Al Fatih tidak akan berjaya menawan Konstatinople jika berada dalam Zon Selesa. Sultan Muda yang mempunyai kerajaan dan bala tentera kuat. Bukankan itu cukup selesa. Buat apa nak cari penyakit tawan konstatinople? Tetapi kal...

391 Juta untuk Hanya 1 Kawasan Parlimen, Adilkah?

Diberitakan bahawa sebanyak 391 juta diperuntukkan hanya pada satu kawasan parlimen . KEPALA BATAS, 29 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan bahawa projek pembangunan di kawasan Parlimen Kepala Batas tetap diteruskan walaupun beliau tidak lagi memegang jawatan itu nanti. Abdullah yang juga anggota Parlimen Kepala Batas berkata hal yang demikian bertujuan memastikan masyarakat setempat dapat menikmati kehidupan yang selesa selain meningkatkan taraf hidup. "Tidak semestinya bila sudah tidak menjadi Perdana Menteri kawasan itu tidak boleh dimajukan. Ada juga kawasan lain yang tidak ada Perdana Menteri boleh membangun. "Mudah-mudahan pembangunan di kawasan ini diteruskan dan akan diteruskan, tidak semestinya saya sudah tidak menjadi Perdana Menteri, pembangunan akan terhenti," katanya dalam ucapan perasmian 28 projek pembangunan persekutuan di kawasan Parlimen Kepala Batas di Dewan Milenium di sini, Ahad. Abdullah turut m...

Saya tak peduli apa yang dibincangkan antara Anwar dengan Abdullah

Disebabkan Paklah dan Anwar adalah orang besar dalam dunia politik Malaysia, maka pertemuan 2 orang itu yang dihangatkan, penuh 1001 spekulasi. Saya tak peduli apa perbincangan 2 orang itu. Apa yang saya nampak ianya adalah pertemuan Syeikh Mahmud al-Majzub , dengan ketua kerajaan dan ketua pembangkang. Apa yang Syeikh Mahmud al-Majzub mahukan? Itu yang perlu kita cari, bukannya apa yang Anwar dengan Abdullah bincangkan.

Jualan Poster Edisi Terhad, Cetakan Terakhir

Gambar tidak berapa jelas, Apa yang mereka jual? Inikah jualan penghabisan stok bagi poster edisi terhad yang tidak akan dicetak lagi?

Pak Lah Kelihatan Seperti Berundur Tetapi Hakikatnya....

Siapa Kata Pak Lah Perlu Berundur? Nobisha? Zubli? Usah Pedulikan Kaedah Berundur secara menarinya . Tidak Percaya Pak Lah Berundur? Pak Lah Sebenarnya boleh kelihatan seperti berundur, walaupun dia ke depan, dan semua akan percaya. Ini Kaedah Pak Lah Kelihatan Berundur yang boleh membuatkan orang Percaya Pak Lah Berundur.  (mesti klik) nota: Ini adalah kaedah berundur yang tidak selamat berbanding kaedah berundur yang selamat .

Pak Lah Sah Berundur? Bukan Begitu Caranya Zubli....

Entah bagaimana, Pak Lah dispekulasikan akan berundur, maka Zubli pun menceritakan kaedah Pak Lah berundur . Pak Lah tidak perlu bertarilenggang untuk berundur. Tidak perlu, muzik itu juga tidak perlu. Bagaimana cara pak Lah berundur dengan cara terhormat? Merujuk kepada kitab permotoran Paul Tan , Cara Pak Lah berundur yang paling selamat ialah apabila mempunyai lampu berundur yang terang. Untuk menambahkan lagi kepastian untuk berundur, maka boleh gunakan ciri-ciri kamera berundur. Jangan lupa  sensor berundur untuk keselamatan. ketepi! Ketepi! Pak Lah nak berundur. kanak-kanak jangan main basikal kalau Pak Lah hendak berundur. Bagi yang tidak mahu berundur lagi, pastikan anda tidak kelihatan seperti mahu berundur Menteri Pengangkutan akan marah kalau anda buat begitu. Menteri pengangkutan kata, Jangan ikut rapat-rapat. Kalau brek  kalut sampai ke tengah , inikan pula kalau berundur.

Sidang D8: Mahu Harga Minyak Turun?

Ketika berlangsungnya sidang D8, Kuala Lumpur (PakLah) mengatakan tentang mahu merendahkan harga minyak dunia. Akan tetapi tidak pula kedengaran Iran mahu harga minyak dunia kekal rendah. D-8 Not The Forum To Resolve Oil Crisis, Says Iranian Commissioner Adakah Iran Mahu Harga Minyak Turun? Saya rasa tidak. Iran telah menyerang Dollar Amerika , sudah tentu Harga minyak dalam Dollar Amerika akan naik. Harga minyak naik? Lihat di CNBC, kalau harga minyak naik, emas naik. Kalau harga minyak turun, emas turun. Maksudnya harga minyak tidak berubah kalau kita guna matawang emas. OPEC jangan gatal nak tingkatkan pengeluaran, kau sudah kena tipu 20 tahun . Yang menjadikan masalah, ialah bila dollar terlungkup, matawang bukan dollar lambat naik untuk ikut nilai emas dan minyak. Malah ada negara yang mempunyai polisi supaya nilai matawangnya tidak jauh dengan dollar. Umat Islam sebenarnya tidak nampak betapa pentingnya harga minyak berada diparas yang sepatutnya, seperti sekarang. Akibat menggun...

PakLah akan beri semua yang dipinta?

Semalam, berlakunya pertemuan cuepac dengan PakLah, Paklah turutkan sahaja sebahagian besar tuntutan mereka. kecuali Honorarium? . Peperiksaan untuk naik pangkat pun dihapuskan? Mudah benar memberi keputusan, bukankah perkara sebegitu sepatutnya dibincang diperingkat Kabinet? Sebelum ini timbul isu syarat memaklumkan keluarga apabila memeluk islam. Ianya juga dilakukan tanpa perbincangan kabinet. Begitu juga pengumuman memaklumkan kuota pencalonan dikekalkan untuk pemilihan UMNO, akan tetapi tiada pun mesyuarat MT UMNO yang mempersetujuinya. Apa yang saya lihat ialah bukan isu Honorarium tiada atau ada bukan isu ada kuota UMNO atau tidak Akan tetapi mempersoalkan keputusan yang dibuat bersendirian seolah-olah kuasa Mutlak Perdana Menteri. Apa akan jadi selepas ini, Persatuan X berbincang dengan perdana menteri, persatuan X dapat segalanya yang dipinta. Pertubuhan Y bincang, persatuan Y dapat apa yang dipinta. Ianya bagi saya, satu A ncaman kepada Negara . p/s: Ali Rustam, masa ni la na...

Harimau pula dilanggar Temasek

Kalau dahulu, kita Temasik dilanggar todak, maka datanglah Hang Nadim memberi idea untuk menggunakan batang pisang untuk mamatahkan serangan Todak. Kini, Harimau Malaya yang garang pula dilanggar temasik. Hang Khairy dan Hang Hishamudin yang sering bermain keris, tidak terfikir untuk menggunakan batang pisang untuk menahan serangan temasek. Bagi penyokong UMNO, kalau kita beritahu pemimpin mengamalkan rasuah, maka bagi mereka itu perkara biasa. Namun apabila rasuah untuk melibatkan penggadaian negara dan bangsa, mungkin baru tersentak. Kita telah lihat di Negara Thailand, Negara yang menjajah Fotani DarusSalam, menjatuhkan Taksin, kerana penglibatan Thaksin dalam "menjual negara" ke Singapura dengan menjual Saham yang melibatkan kepentingan negara kepada Temasek Holding. Kita telah lihat Thaksin telah dijatuhkan oleh rakyat sendiri akibat bersetongkol dengan Temasek Holding. Temasek Holding adalah alat pelaburan kerajaan Singapura. Umpama Khazanah Nasional bagi kerajaan Malay...

Ruang lingkup pemikiran rakyat mestilah setakat x

Seringkali wujudnya beberapa isu, yang agak memberi kesan negatif kepada kerajaan Barisan Nasional, maka kebiasaannya akan ada "penjelasan" tentang sesuatu isu. Adakalanya penjelasan itu agak teknikal hingga sukar difahami rakyat. Saya ambil contoh "Isu Kenaikan Harga Barang" dan "Islam Hadhari" . "Islam Hadhari" Ketika Isl*m Hadhari mula diperkenalkan sebelum pilihanraya 2004, ramai orang yang mengatakan ianya seolah-olah agama baru. Maka pihak BN cuba mengadakan "Penjelasan" supaya rakyat faham apa itu Isl*m Hadhari, Saya masih ingat lagi suatu ketika, ramai ahli politik UM/BN yang mengatakan "Masih ramai lagi yang tidak memahami Islam Hadhari ", seolah-olah hukum untuk memahami Isl*m Hadhari adalah wajib. Maka mereka kata "Islam Hadhari" bukan agama baru walaupun mengikut hukum DM, ianya seolah-olah agama baru. Mereka kata ianya "pendekatan" dan bukan agama baru, maka kita iyakan dahulu sementara waktu....

Operasi Bay of Pig berjaya?

Akhirnya Fidel Castro meletak jawatan, segala usaha Amerika sejak 1959 untuk menjatuhkan Castro akhirnya berjaya. Dia sendiri meletak jawatan. Pembunuhan Presiden Kennedy, juga dikaitkan dengan keengganannya untuk menyerang Cuba. Jika JFK bersikap seperti Bush 2 beranak, maka mungkin JFK tidak ditembak. Bush, Presiden Amerika dan Britain, secepat kilat ingin mengiklankan Ideologi Demokrasi untuk dieksport ke Cuba. Mungkin sebagai bahan tukaran kepada curut. Pengganti Presiden Bush, pasti akan pening kepala melihat, apabila Fidel Castro meletak jawatan, rupanya masih ada lagi 1 Castro. Dijangkakan pada 2028, Amerika akan mengistiharkan kemenangan menentang "Keganasan" apabila Osama bin Laden meletak jawatan AQaeda. Di Malaysia, Abdullah Hj Ahmad mungkin terlupa untuk mengeksport Isl*m Hadhari ke Cuba kerana sibuk melihat cermin sambil melihat gambar orang utan.

Video Pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri

Walaupun banyak Saranan oleh Lim Kit Siang supaya Parlimen tidak dibubarkan sebelum Chap Goh Me i, namun Pak Lah Tetap membubarkan Parlimen. Adakalanya sistem pemerintahan kita terlalu huduh, apabila pengumuman rasmi sebegitu tidak kelihatan adil apabila pihak yang bertanding yang mengumumkannya. Dan soalan tentang parti dan persiapan juga dijawap ketika itu. Apa kata kalau pengumuman pembubaran Parlimen diumumkan oleh pemegang mohor besar seperti Hari Raya?

Ramalan Tarikh Pilihanraya 23 mac 2008?

Tarikh pilihanraya memang menjadi spekulasi ramai orang, hampir kesemua meneka ianya akan berlaku sebelum april, kerana selepas april, Anwar Ibrahim dibenarkan untuk bertanding. Selain daripada kalendar masehi , Kalendar hijrah dan kalendar cina dijadikan rujukan, Kalendar F1 tidak dikecuali dijadikan rujukan untuk menetapkan tarikh pilihanraya. Berdasarkan pada pilihanraya 2004, Pilihanraya dijalankan serentak dengan hari perlumbaan Formula 1 GP Malaysia, bersamaan hujung minggu ke-2 kalendar F1. Walaupun membuatkan pilihanraya serentak dengan penganjuran Formula 1 adalah sesuatu yang tidak kena, akan tetapi perkara itu tidak mustahil bagi PakLah, kerana dia telah melakukannya sebelum ini. Dan tidak dinafikan PakLah mampu untuk mengulangi sejarah dan seterusnya mencatat rekod dunia, satu-satunya pemimpin yang membuat pilihanraya serentak dengan F1 selama 2 kali. Pasti rekod ini tidak akan dipecahkan oleh negara lain. Jadi dengan ini saya meramalkan pilihanraya adalah 23 Mac 2008, b...

Tahun baru, Tamatnya jaminan tidak menaikkan harga minyak.

Pada 31 Disember 2007, apabila menjelang 2008, ramai yang sudah tahu, tamatnya jaminan Perdana Menteri minyak tidak dinaikkan "tahun ini". Saya telah bersedia lebih awal, sejak awal disember, kerana jualan minyak pada krismas dan Hari Raya Korban tidak boleh diduga. Jadi saya telah membuat pengubahsuaian pada pesanan supaya tangki penuh pada 31 Disember. Walaupun saya amat pasti minyak tidak akan dinaikkan sebelum pilihanraya, akan tetapi langkah berjaga-jaga perlu diambil. Akan tetapi pengguna lebih kedepan dalam mengetahui tentang kenaikan harga minyak. Pada petang hari, wawa menelefon saya untuk kepastian kenaikan harga minyak, kerana menurut nabora , telah heboh berita tentang kenaikan harga minyak. Akan tetapi saya sendiri tidak pula mendapat SMS tentang kenaikan harga minyak. Ada yang begitu yakin ia akan dinaikkan 40 sen. Walaupun jam sudah melebihi 12 pagi, mereka tetap datang dengan penuh yakin. Mereka berasa lega kerana harga minyak belum dinaikkan. Kemudian ada l...

Bayar sajalah RM 380juta untuk konsesi tol

Baru baru ini banyak kedengaran tentang tol akan dinaikkan, ada juga rakan saya yang mengatakan terbukti tol akan dinaikkan . Sammy Vellu mengatakan "Kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM380 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya jika kadar tol tidak dinaikkan pada tahun hadapan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu." Maka pada pendapat saya, bayar sajalah RM 380 juta itu . Persoalan seperti:- Siapa pemilik syarikat konsesi? Bagaimana perjanjian konsesi boleh dilakukan jika ia terang-terang menyusahkan rakyat? Apa kandungan perjanjian itu? Boleh difikirkan semasa hampir pilihanraya nanti. Jadi buat masa ini, bayar sajalah RM 380 juta itu . Kerajaan pusat tiada duit? boleh kutip hutang dari kerajaan negeri yang berhutang dengan kerajaan pusat sebagai contoh Kerajaan Negeri Melaka. Dengan hutang sebanyak RM 1 bilion, sekiranya Ali Rustam bayar 1/3 sahaja dari hutang itu, maka kerajaan pusat cukup wang untuk bayar syarikat konsesi. Mari kita lihat apa ya...

Formula Rombakan Subsidi Minyak

Khairy Jamaludin adalah seorang ahli Politik yang cukup opportunis, adakalanya dia terlalu opportunis sehinga melampau sehingga menghijack acara orang lain untuk tujuan politiknya. Suka hati dia lah. Isu subsidi minyak memang menjadi isu negara sejak lebih kurang 5 tahun kebelakangan ini. Apabila wujudnya subsidi maka, ramai juga yang suka menyeludup disel ke Negara Jiran. Dengan harga semasa yang begitu tinggi, ianya pasti berlaku walaupun tidak kedengaran berita tentang Tangkapan Penyeludup. Setelah beberapa berkecimpung dalam politik, akhirnya KJ bersuara tentang Subsidi minyak, walaupun pada perkiraan saya, ia adalah amat-amat terlewat . Namun sekiranya dia tidak menyuarakan , mungkin Pak Lah akan terus tidur. Ianya memang terlewat. 3, 4 tahun lepas ketika harga minyak dunia tidak terlalu tinggi macam hari ini, maka ketika itu sesuai untuk mengapungkan harga minyak. Sudahlah kita terlalu lewat untuk melepaskan tambatan ringgit terhadap USD , apungkan harga minyak pun terlewat. K...

Harga Minyak naik? matawang, pendapatan perkapita

Harga Minyak dunia yang dikira dalam USD, nasik sehingga mencecah USD 92.xx. Maka seperti biasa, pembangkang akan mengatakan kerajaan akan menaikkan harga minyak selepas Pilihanraya atas alasan untuk sengaja menyusahkan rakyat. Ada juga yang mengatakan bahawa PETRONAS yang akan meminta supaya harga minyak dinaikkan. Dan kerajaan memerintah tanpa fikir panjang akan menaikkan harga minyak selepas pilihanraya. dan apabila harga barang naik, kerajaan akan menyalahkan peruncit kerana menaikkan harga. Dan PETRONAS akan untung besar kerana bukan sahaja dapat menjual minyak yang dikorek di Malaysia dengan harga tinggi, minyak negara orang lain pun keuntungannya dibawa ke negara kita. dan ramai akan mengatakan kita patut gunakan keuntungan PETRONAS untuk subsidi minyak. Tetapi tidak mempersoalan kenapa keuntungan Shell, Caltex, Exxon Mobil boleh dibawa ke negara asal mereka. Pada pendapat saya, Subsidi minyak itu adalah subsidi yang tidak adil, kerana pengguna Mercedes mata belalang dapat lebih...

Belanjawan , kali, campur adalah Istilah Subversif

Masih tidak saya lupakan pada perbentangan Belanjawan beberapa tahun terdahulu, oleh Mantan Perdana Menteri, 'Che Det', di mana dia telah MEMBUNUH istilah Bahasa Melayu bagi 'Budget'. Berbanding dengan mantan Menteri Kewangan yang tersohor sebelum itu, sering pula menggunakan pembentangan belanjawan untuk mempromosikan istilah baru atau istilah lama tapi diberi nafas baru. PakLah, langsung tak endah tentang bahasa, masih lagi terbawa ideologi menurut ideologi Dr.M. Apa salahnya dia hidupkan kembali Istilah "Belanjawan" itu? Kemudian, beberapa tahun lepas juga, banyak istilah Sains dan Matematik Bahsa Melayu dibunuh dengan rakusnya oleh Dr.M . Namun bila tampuk pemerintahan ditukar, tiada apa yang berlaku. Langsung tak diendahkan langsung Sang Perdana Menteri itu. Tapi tidak mengapa, kita masih lagi boleh menggunakan istilah "Belanjawan" secara subversif. Suatu ketika dahulu, kita menggunakan istilah 'kali' dan 'campur', istilah itu...

Pecah dan Perintah versi PakLah dan "Melabel"

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). ? Wilayah bla bla Selatan? Aku rasa sesuatu tak kena. Tak wajar kekayaan Negara diperuntukkan untuk sesuatu kawasan sahaja. Asalnya, kalau semasa zaman Dr.M , dia amat suka majukan Putrajaya dan Langkawi. Kalau diperingkat Melaka, Ali Rustam gemar majukan Ayer Keroh. Kalau masa zaman pemerintahan PakLah, sekejap di Terengganu, sekejap di "Wilayah Selatan" dan kini NCER. Untuk memuaska hati banyak pihak, NCER diperluaskan untuk memuaskan hati. Jadi, kalau ikut gaya PakLah, projek khas untuk kawasan ini, kemudian projek khas untuk kawasan itu, projek khas untuk kawasan n (n = Integer). Ratus billion untuk Selatan, Ratus bilion untuk Utara. Dengan adanya projek khas dari kerajaan pusat untuk kawasan tertentu, maka penduduk kawasan tertentu akan gembira dan berterima kasih kepada PakLah. Aku tak nampak apa kelebihan NCER. Setakat mempercantikkan instaruktur yang sedia ada. (Kerajaan British dah buatkan laluan keretapi khas ke Butterwoth) Kemu...