Aku pun tak tahu istilah BM untuk 'barcode' adalah 'kod bar' atau 'barkod'. Arahan asal ialah guna Perisian tertentu, yang dikatakan 'freeware' untuk membuat label , berserta barkod, disimpan didalam fail .ida. Aku ingkar arahan itu, kerana aku fikir, bila aku simpan data pada format proprietari, maka aku bergantung kepada sesuatu perisian, umpama pada akhir 80an, fail wordstar hanya boleh dibuka dengan wordstar, fail .123 hanya boleh dibuka oleh lotus 123. Tentulah aku tak mahu undur. Sebab ke dua, ialah bila aku simpan data dalam fail-fail .ida, melibatkan banyak kerja kemasukan data (data entri), Apa ertinya kalau data itu tak boleh digunakan semula untuk tujuan lain? Sebagai rakyat Malaysia, saya memahami bahawa saya tidak akan bergantung kepada sesuatu format proprietary yang dimonopoli oleh syarikat asing.Tapi kalau format proprietari itu boleh dibuka oleh perisian bebas, aku guna juga. Walaupun ini bukan cara terbaik, Aku suruh RNK Adiba, RNK Marz...
Ayhd Yang Hendak Dibaca