Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Surface

Reviu Fresco Merlimau

Ini dia Fresco Merlimau yang baru dibuka itu. Dia sudah ambil pekerja lebih awal, jadi bila dia buka, terus jadi big boom. Berbanding dengan peruncit temnpatan yang biasa-biasa, mereka suka buka kecil-kecil dahulu, tambah barang sikit-sikit, jadi kurang impak. Sebenarnya, saya suka lokasi dia , di antara pekan Merlimau dan Politeknik. Maka ramnailah orang kampung dan orang Politeknik membuat "test market" Kedengaran juga, Makcik tertentu sedang memperagakan beg percuma yang dia perolehi bila mendaftar kad kesetiaan Fresco. "Keahlian seumur hidup" katanya.. Macam dia tahu pula saya baru lepas tulis fasal kad kesetiaan Tesco yang menjadi isteri baru TESCO setelah menceraikan bonuslink. Pesaing FRESCO utama di Merlimau, sudah tentu "Bandar Baru", "Jumpa lagi (tapi dah tukar nama)", Pasarayaku, dan banyak peruncit tempatan lain yang jenis kedai 1 lot. Pada pendapat saya, walaupun ada Kad Kesetiaan Fresco, pelanggan di Merlimau, ramai yang sudah ...