Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Inggeris

Memang Malaysia bekas Jajahan Inggeris, taat sampai tujuh keturunan

Memang Malaysia bekas jajahan Inggeris yang taat. William kahwin tengok ramai-ramai. Seolah-olah raja sendiri kahwin. Sibuk dengan kelab Liga Inggeris, Macamlah Manchester tu kampung sendiri. Buat filem Merong Mahawangsa, Rom cakap dengan China guna Bahasa Inggeris. Tamaddun Inggeris pun belum dibentuk, Inggeris masih lagi belum jumpa jalan laut ke Asia. Namun demi ketaatan kepada bekas penjajah, Rom boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris dalam filem Melayu. Akhir-akhir ini, saya terdengar golongan muda, menggunakan akronim "MC" untuk sesuatu tempat. Rupanya ia merujuk kepada "Melaka Sentral". Mengapa tidak MS? Sentral bukankah bermaksut "pusat" juga? Mengapa tidak "MS" ? Oh ya, kerana taatnya rakyat Malaysia, negara yang dibentuk daripada tanah jajahan Inggeris kepada Permaisuri Victoria, maka perlunya ditukar " S entral" kepada " C entral".

Wilayah Autonomi Melayu Islam Siam?

Hari ini, walaupun negara Malaysia sibuk dengan pembubaran Parlimen, saya tertarik dengan berita Ura-ura Autonomi di Selatan Thai. Di Selatan Thai, terdapat 3 wilayah Melayu Islam yang lupa untuk dimerdekakan oleh orang orang UMNO hanya kerana 3 wilayah itu dibawah jajahan Siam dan bukannya British. Menurut sejarah, wujud kesultanan Melayu disitu, yang tiada bezanya dengan kesultanan melayu di negeri melayu yang ada Sultan. Sebelum kedatangan Inggeris, terdapat banyak negeri-negeri melayu yang mempunyai kesultanan sendiri, maksudnya, ada banyak negeri melayu yang merdeka tanpa dijajah oleh mana-mana kuasa penjajah. Negeri Kedah, Negeri Perak, Johor semuanya negeri yang merdeka diperintah oleh Sultan masing masing, dan kesemua negeri itu berkawan dengan negeri melayu yang lain. Tiada pula kedengaran Sultan kedah ingin menyerang sultan perak untuk membesarkan negerinya. Di Indonesia juga terdapat kesultanan melayu, sebagai contoh kesultanan Siak. Di Aceh, ada kesultanan Acheh, tak pasti ...