Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel islam

Download Terjemahan Al - Quran Bahasa Cina dalam PDF

Anda mungkin mempunyai rakan cina yang belum Islam. Anda sayang mereka, anda ingin mereka juga ke Syurga. Mereka memang baik, suka menolong orang susah. Allah sudah sebut, dosa terbesar adalah syirik, Jadi, tugas kita untuk membantu mereka tidak syirik kepada Allah. Berikan mereka Al-Quran, berserta terjemahan Bahasa Cina. Dimana nak dapatkan al-quran terjemahan Bahasa Cina? Ada Daei dari Kuwait sudah jadikan ianya PDF, Anda boleh muatturunnya ke telefon pintar anda, dan hantar kepada mereka. Mudah mudahan terbuka hati mereka. Jadi, silakan, muatturun dan simpan dulu dalam telefon/desktop   http://bit.ly/2Ak8aPa  klik pautan di atas. Anda boleh menghantar melalui whatsap, telegram, emel dan sebagainya.

4 Blogawan pro PR dikenalpasti Tidak Sokong Bantahan PPMSI

Setakat ini sudah 4 blogawan pro PR yang tidak sokong Bantahan terhadap PPMSI. 1. Penarik Beca.   PPSMI - Saya minta maaf » ~penarik beca 2. Ya naam PPSMI - wajarkah diteruskan (2) ? » Dari kaca mata Yanaam Demonstrasi PPSMI » Dari kaca mata Yanaam 3. Aduka Taruna PPSMI tiada hal dengan martabat Bahasa Ibunda! » AdukaTaruna Woit pejuang bahasa. Ni dak nyle cakap. » AdukaTaruna 4. Edyesdotcom. Maaf Dato Seri, Saya Sokong PPSMI » edyesdotcom Pendapat mereka diterima. Maka perlu dibalas dengan hujah. Melainkan pendapat Edyes.com telah di jawap di sini dalam bentuk "sokongan" . (Anggap sahaja Ilmu teknologi Jerman sedia ada masih lagi dalma bahasa Arab, kerana tidak diterjemah oleh ilmuan Jerman) Hujah Aduka Taruna ialah kerana tidak mahu dianggap pejuang "Bangsa" . Terpulang la. Tapi pada wa, atas falsafah pegangan wa, wa tidak akan menghadirkan diri himpunan tersebut. Kerana wa bukan pejuang bangsa, dan bukan pejuang bahasa. Ini pendi...

Bantah Fatwa: Tempurung Pemikiran Feminisme? Westernisme? -rujuk Malaysiakini

Apabila wujudnya fatwa mengenai "Pengkid" maka ada pihak yang cuba protes. Bermula dengan Ivy Josiah yang memperbodohkan Fatw a kemudiannya terdapat demonstrasi kecil-kecilan ala pom pom girl di KLCC . Ramai blogawan muslim yang membantah demonstrasi ini kerana ianya mencabar majlis fatwa. Fatwa itu ianya terang-terang tidak melibatkan bukan islam namun mungkin tidak dapat difahami oleh mereka. Mungkin ada diantara mereka keliru dinatara "Diharamkam" (dalam konteks semua orang) dengan difatwakan haram. Istilah "mengharamkan" boleh ditakrifkan sebagai "ban". Manakala difatwakan sebagai haram, maksudnya perkara semasa yang tidak jelas hukumnya samada haram halal dinyatakan sebagai hukum haram. "Hukum" pula tidak boleh ditakrifkan sebagai "hukuman" Fatwa tiada kaitan dengan mengawal seseorang, ianya hanya menjelaskan sesuatu hukum pada sesuatu perkara. Apabila seseorang bukan islam mempersoalkan fatwa, ianya adalah lebih kurang ...

Apabila Orang Baru Tahu Yoga Haram - Malaysiakini

Petang tadi saya agak hairan apabila Hishamudin Rais mentertawakan kenyataan seorang professor UKM apabila dia mengatakan Yoga membahayakan Akidah.  Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya. kah kah kah…. kah kah kah…. saekor lagi kang kong bersuara…. kah kah kah…terguling guling dan terguling guling … kah kah kah Agak hairan juga apabila banyak pengulas yang seolah-olah menyetujuinya sambil menggambarkan ianya hanya berkaitan dengan kebudayaan. Kalau ia hanya berkaitan dengan kebudayaan india, seperti kuih maruku, roti canai, roti "Nan butter", memanglah tidak haram. Banyak fatwa negara lain telah mengharamkan yoga. Banyak blog menyalin tepekkan berita Malaysiakini itu , tetapi tiada ulasan oleh penulis blog itu, Adakah ia menyokong atau mentertawakan seperti Hishamuddin Rais? 21:08   Hentikan yoga, bimbang rosak akidah - Malaysiakiini » Kemba...

Masjid Hokkien Bo Liau?

Hari ini terdapat banyak catatan blog berkisar tentang Maskid Cina. *Pembinaan Masjid Cina telah ...Bina segera Masjid Cina di KLPembinaan Masjid Cina telah pun diusahakan oleh kerajaan PAS Kelantan. Masjid Jubli Peraka atau Masjid Cina terletak di Rantau Panjang Kelantan hasil dari cetusan idea MB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat. Tuan Guru mahu menggambarkan bahawa Islam ini bukan milik orang Melayu semata-mata, ia universal dan malah di... Zulkifli Nordin ...agar dibina masjid Cina yang berasaskan senibina Cina di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Tapak untuk pembinaan masjid itu ialah di bekas Penjara Pudu. Alasan tempat itu dipilih kerana ia dikelilingi masyarakat Cina. Dengan wujudnya masjid itu ia akan menjadi daya tarikan kepada masyarakat Cina termasuk korporat untuk mendekati Islam.Saya setu..  Dr. Maza juga telah membicarakan tetang Masjid Cina . Isu Masjid Cina Isu Masjid Cina yang ditimbulkan juga oleh YB Kulim di Parlimen semalam juga sebenarnya telah pun...

Sistem Ekonomi Kapitalis, Soasialis, Islam. Eh Mana Sistem Ekonomi Melayu?

Terdapat satu catatan di waubebas, mengatakan supaya jangan salahkan kapitalis, tetapi salahkan peraturan . Benda yang tiada di adakan, maka betulkan ianya tidak ikut peraturan, Ketika musim krisis ekonomi ini, golongan sosialis kuat menghentam kapitalis. biarlah. Ada juga pemimpin Malaysia yang salahlan liberisasi ekonomi sebagai punca. Dalam erti kata lain, "pengswastaan" yang salah. Samada nasionalisasi atau tidak nasionalisasi. Kapitalis atau sosialis. Kesemua itu tidak pro kepada percetakan wang kertas berleluasa, dan pinjaman daripadan "thin air" terlalu dipermudahkan. Pakdi tanya Mana dia Sistem Ekonomi Islam?  Kalau setakat sebut sistem Islam lebih baik dari sistem Kapitalis, budak ngaji PASTI pun boleh sebut.  Adakah ekonomi islam itu "sistem" atau peraturan? Saya melihat akan ianya satu peraturan. Buatlah apapun sistem, tetapi ikut peraturan. Peraturan Muamalat. satu ialah satu dua adalah dua. Kalau tak mampu bayar pinjaman tidak boleh pinjam. ju...

Krisis Ekonomi Amerika, 2 Pandangan Islam, 1 Sosialis

Sebelum membaca apa yang ditulis ini, anda perlu baca 2 pandangan berunsur islam tentang krisis Ekonomi amerika, dan satu pandangan sosialis. 16:34   Krisis Ekonomi US : Gambaran, Ulasan & Pandangan Islam » www.zaharuddin.net -    22:04   Krisis cagaran sub prima di US: Apa sebenarnya berlaku? » Commodity Money   16:19   BERITA GUMBIRA - KOMENTAR » Tukar Tiub     Apabila catatan Hishamudin Rais disiarkan di Tranungkite, maka bersilatlah pengunjungnya mengatakan jangan terapkan ideologi sosialis. Apa yang berlaku pada krisis di Amerika, sosialis atau kapitalis, ianya hampir tiada beza. Kapitalis bail out kepada syarikat, sosialis bail out pada rakyat? Tetap bail out. Pengunjung Tranungkite menghentam Hishamudin Rais Hishamuddin, Sistem Islam tetap yang terbaik. Usah nak kempen kat sini.   samada sosialis ataupun kapitalis....tiada sistem ekonomi yang lebih baik melainkan sistem ekonomi islam sistem kapitalis(kalau tak silap) berasal...

Cadangan Penyelesaian Masalah Body Snatching

Saya sering mendapat idea memblog ketika memandu kereta. Tapi 80% idea hilang sebaik sahaja keluar dari kereta. Tadi ketika memandu, untuk pergi mesyuarat membela nasib orang kaya, saya terfikir akan penyelesaian masalah "body snatching" . Pemuda PAS perlu memainkan peranan untuk menelesaikannya walaupun sebelum ini tidak mendapat banyak input tentang "body snathing". Saya membayangkan, Khairul Faizi , sebagai ketua Lajnah Perpaduan Kaum Pemuda PAS, mengorak langkah dengan mengambil input daripada mangsa "body snatching", untuk dikumpulkan dan dibawa kepada peringkat tertinggi untuk mendapatkan penyelesaian. Saya juga membayangkan bahawa Damian Yeo, selaku rakan Pakatan Rakyatku, dan ahli Majlis Peguam, dapat mengumpulkan kes-kes terdahulu, untuk diberikan kepada Pemuda PAS. Rupanya, di harakah, Salahudin telah mencadangkan perkara yang lebih kurang sama . Sehubungan itu, Salahuddin menyatakan kesediaan untuk menjadi perantara bagi membolehkan dialog da...

Masalah Yang Ada sebelum Forum "Memeluk Islam" Perlu Diselesaikan

Nak tau apa pandangan saya tentang Forum Memeluk Islam oleh Majlis Peguam? Bagi saya, Forum Memeluk Islam itu hanya satu langkah yang tidak tepat untuk menangani "masalah" yang ada. Saya tidak menafikan terdapat beberapa masalah, ada yang boleh diselesaikan, ada yang tidak boleh diselesaikan. Cubaan untuk menyelesaikan masalah berkaitan pemelukan agama Islam oleh Majlis yang diketuai oleh bukan Islam memang menimbulkan rasa tidak senang umat Islam. Jed Yoong telah menggariskan beberapa permasalah yang timbul sebelum Forum Memeluk Islam . Sila baca. Majlis Peguam bukan sahaja-sahaja membuat forum "Memeluk Islam" kerana sebab suka-suka. Saya pendokong Undang-Undang Syariah tapi Ilmu tak banyak. Tidak dinafikan terdapat kekeliruan antara dua sistem menyebabkan "masalah". Ramai pembaca blog umat Islam tidak pernah tahu akan adanya permasalahan sebegitu. Mungkin disebabkan terlalu lama duduk dibawah tempurung Tranungkite. Masalah "body Snacthing" tela...

Siapa Yang Kelirukan "Islam Hadhari"?

Setelah beberapa hari "Islam Hadhari" itu telah diharamkan di Selangor, maka timbul pula tentangan dari beberapa penjuru, kononnya akan berlaku kekeliruan . Mari kita kaji siapa punca kekeliruan itu. 1. Setelah saya nyatakan sebelum ini, Istilah Islam Hadhari itu sendiri sudah menyelirukan . Istilah itu yang menjadi punca segalanya, bukan "10 prinsipnya". 10 prinsip itu hanya seolah-olah sekadar slogan yang lebih kurang 9 cabaran Wawasan 2020. 2. Yang menambahkan kekeliruan ialah hujah mengapa ianya diharamkan ialah kerana dia menisbahkan "Hadhari" kepada Islam. Dimana, kebanyakan hujah menentang Islam Hadhari adalah berdasarkan itu. Maka dengan itu mudahlah penyokong Islam Hadhari untuk mengatakan "Tidak faham Islam Hadhari". 3. Terdapat juga kekeliruan tambahan yang dicipta oleh penyokong PAS, yang kononnya Islam Hadhari itu Islam yang menghalalkan Gejala Maksiat dengan memaparkan gambar PakLah pegang bahu Michel Yeoh dan gambar muda-mudi yang ...

Haramkan Penggunaan Istilah "Islam Hadhari" Bagi Pendekatan itu

Mungkin ada yang tak bersetuju kenapa Mufti Perak tidak mahu mengharamkan "Islam Hadhari" . "Islam Hadhari" bagi Pendokongnya ialah hanya satu "Pendekatan". 10 prinsip Pendekatan itu, bagi saya elok, akan tetapi ianya tidak lengkap untuk menggunakan nama Islam Hadhari. Seolah-olahnya itu sahaja yang diperjuangkan oleh Islam. Maka saya akan sokong kalau Istilah Islam Hadhari itu sahaja diharamkan. Gunalah nama lain sebagai contoh "Pendekatan Hadhari" . Saya tidak faham kenapa, JAKIM mengatakan ianya bukan agama baru tetapi tetap terus menggunakan nama seolah-olah agama baru. Jakim pula cuba menegakkan benang yang basah supaya terus menggunakan nama "Islam Hadhari". Mereka juga tidak mahu menggunakan nama Hadharah Islamiyah kerana kononnya ia menggambarkan Tamadun Islam Abbasiah dan bukannya sekarang . Mengikut hukum DM bahasa Melayu, Apabila pendekatan itu menggunakan Islam Hadhari, maka ianya seolah-olah agama baru, kerana ia akan meru...

Melihat Konvensyen Melayu Dari Sudut Islam dan Bahasa Melayu

Setelah kecundangnya UMNO di beberapa negeri, wujud kerisauan di kalangan orang melayu tentang masa depan melayu. Kalau tidak salah saya, cukup banyak perhimpunan yang membincangkan soal melayu. Seperti biasa bila bercakap tentang Melayu, ia biasanya dikaitkan dengan "Perpaduan Melayu" dan kemudiannya menjadi agenda UMNO. Saya tidak pasti sangat apa yang berlaku di Konvensyen "Melayu" di Johor Bahru. Akan tetapi sudah nampak bibit-bibit perubahan pemikiran bahawa Melayu sudah tidak boleh lagi bergantung kepada UMNO. Pemikiran begitu juga sudah meresap di kalangan orang UMNO sendiri. Kasihan pula UMNO, mungkin mereka yang menganjurkan konvensyen sedemikian, akan tetapi ianya menikam balik mereka. Bagi orang PAS, kebiasaannya, mereka akan lebih suka menyebut "ketuanan Islam" berbanding "ketuanan melayu". Bagi orang PAS, mereka lebih suka berbincang tentang Islam dengan UMNO berbanding isu "Melayu". Apa yang hendak dikonvensyenkan sangat, ...

"Hembusan" Yang Bijaksana, Bahasa dan Kebolehgunaan

Saya tertarik dengan penulisan "Hembusan" yang mengkaitkan Alleycat dengan Ir Nizar dari sudut bahasa, kemudiannya menyimpulkan bahawa peranan bahasa demi memartabatkan Agama. Mungkin dia semazhab dengan ku supaya menjadikan Bahasa Melayu sebagai platform perpauduan kaum. Dari sudut lain, Sekiranya Bahasa yang ditutur oleh majoriti Umat Islam diangkat martabatnya, sudah pasti yang untung itu umat islam sendiri. Saya melihat blognya dari dari sudut blog, blognya tidak serabut, akan tetapi mempunyai banyak fungsi. Terdapat banyak blog politik lain yang serabut dengan wigetnya, gambarnya akan tetapi kurang berfungsi sebagai blog. "Hembusan" mempunya satu ciri-ciri blog yang saya inginkan, iaitu mesra pencetak. Semalam puas saya mengoogle untuk mencari penyelesaian namun tidak berjaya akibat terlalu letih mencuri butang komen penarik beca. "Hembusan" mempunyai mekanisme pengesanan pautan , dan sepatutnya dia boleh tahu saya menulis tentangnya tanpa saya member...

Wilayah Autonomi Melayu Islam Siam?

Hari ini, walaupun negara Malaysia sibuk dengan pembubaran Parlimen, saya tertarik dengan berita Ura-ura Autonomi di Selatan Thai. Di Selatan Thai, terdapat 3 wilayah Melayu Islam yang lupa untuk dimerdekakan oleh orang orang UMNO hanya kerana 3 wilayah itu dibawah jajahan Siam dan bukannya British. Menurut sejarah, wujud kesultanan Melayu disitu, yang tiada bezanya dengan kesultanan melayu di negeri melayu yang ada Sultan. Sebelum kedatangan Inggeris, terdapat banyak negeri-negeri melayu yang mempunyai kesultanan sendiri, maksudnya, ada banyak negeri melayu yang merdeka tanpa dijajah oleh mana-mana kuasa penjajah. Negeri Kedah, Negeri Perak, Johor semuanya negeri yang merdeka diperintah oleh Sultan masing masing, dan kesemua negeri itu berkawan dengan negeri melayu yang lain. Tiada pula kedengaran Sultan kedah ingin menyerang sultan perak untuk membesarkan negerinya. Di Indonesia juga terdapat kesultanan melayu, sebagai contoh kesultanan Siak. Di Aceh, ada kesultanan Acheh, tak pasti ...

Hati-hati menyuarakan FREE BURMA

Mungkin saya berlainan pendapat sedikit tentang isu Myanmar/Burma. Myanmar atau nama lama Burma, sebenarnya mempunyai sejarah yang ramai tidak tahu, dahulunya ketika Kerajaan Islam Moghul India sedang masyur, terdapat kerajaan Islam di Myanmar/Burma. Namun akibat kekalahan demi kekalahan, Umat Islam di Myanmar terpinggir, malah hampir tidak diketahui ramai akan kewujudan umat islam minoriti di Myanmar/Burma. Ada 2 pendapat tentang bilangan umat Islam di Myanmar, ada yang mengatakan 5%, ada yang mengatakan 20 %, entah mana yang betul. Kalau mengikut URL ini. Islam in Burma . , banyak kali berlakunya 'Kempen Anti-Islam' akan tetapi mana simpati terhadap umat Islam di Myanmar ketika itu? Selain Junta Tentera, 'Budhist Monk' juga menentang islam. petikan dari Wikipedia Islam in Burma Anti-Muslim Riots in Taungoo(2001) In 2001, Myo Pyauk Hmar Soe Kyauk Hla Tai (or) The Fear of Losing One's Race and many other anti-Muslim pamphlets were widely distributed by monks....