Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel iTunes

Airport Express : Peranti Audio WiFi merangkap router

Hahaha Kini Audio wifi jadi realiti, saya sudah membeli Airport Express, ianya sebenarnya adalah router wifi biasa, tetapi ada tambahan ciri-ciri audio dan cetakan. Sebenarnya saya beli ia sebagai penerima audio wifi, tetapi dia dah ada sekali router. Maka Tamatlah khidmat router wifi pada mac mini ini, kini mac mini jadi klien seperti komputer biasa. Memang sejak dulu saya tercari penyelesaian audio secara wifi, hampir nak beli appleTV, tapi rupanya Airport Express ada airtunes. AirTunes membolehkan audio diterima dari iTunes, samada dari Windows atau MacOSX, kemudian audio itu boleh disambung secara analog ke amplifier atau earphone/headphone DAN juga boleh disambung menggunakan optikal/digital. Memang ramai orang tidak tahu bahawa kebanyakan peranti keluaran apple boleh mengeluarkan audio secara digital samada dalam format PCM atau DTS, disebabkan lubang menyambungnya adalah yang sama dengan stereo minijack biasa. Kabel optikalnya memang susah untuk dicari. Kalau nak cari, nama kabe...

Pasca Perarakan BERSIH ==> LowYat

BABAK Asam Pedas Selepas pulang dari perarakan BERSIH, saya makan dahulu di kedai "Asam Pedas" setiawangsa, Pada menu ada "Latte" tetapi bila sudah duduk dan nak pesan, rupanya Latte tiada. Akan tetapi, oleh kerana kepala otak ini berjalan, maka saya pesan 2 cawan air. 1. Nescafe 2. Espresso Kemudian, Expresso dicampurkan sedikit sedikit ke dalam Nescafe. Tumpah pula sedikit. Oleh kerana bosan keseorangan, maka saya pesan 2 orang wanita untuk menemani saya. Maka mereka pun tiba dan duduk dengan saya. Setelah minum dan borak seketika. Saya mengambil keputusan untuk membawa pulang salah seorang dari wanita itu . Wanita yang lagi satu ditinggalkan sahaja. BABAK Lowyat Kemudian, saya bersama wanita itu pergi ke LowYat. Setibanya di Lowyat, terjumpa UMPC Fujitsu yang amat menggiurkan, U1010, rasanya dulu mahal, tapi kini tak sampai 4 ribu. Boleh muat kocek tetapi cukup-cukup sahaja. Kemudian jumpa lagi UMPC jenama gigabyte, lebih murah, lebih ringkas, tapi agak sukar se...

Blog bercakap sendiri hafreze.com

Kedengaran di komputer lagi satu , suara mat Salleh berkata-kata, maka saya ingatkan ia adalah satu video pembelajaran atau jenis propaganda web 2.0 :). Namun rupanya ia adalah percakapan yang dituturkan oleh hafreze.com , Menggunakan gabungan RSS +texttospeech + MP3 + podcasting, maka odiogo.com menyediakan satu perkhidmatan membuatkan. Ketika itu saya menggunakan Firefox & apabila klik pada pautan podcasting hafreze di idiogo.com, maka ia akan membuka iTunes. Ya iTunes cap Apple, saya tak pasti samada protokol itu boleh digunakan oleh perisian lain atau k800i? belum cuba lagi. Apabila web digabungkan dengan 'podcasting', mengapa perlu sampai 2 aplikasi? Maka saya teringat akan perisian songbird yang dibangunkan oleh mozilla foundation yang cuba menggabungkan Audio dan Web iaitu 'Songbird'. Suatu ketika dahulu, saya mencuba penyelesaian bagi persoalan 'Dalam format apa audio lossless hendak disimpan?' & Guna perisian apa yang paling sesuai? ketika itu...

Lagu 'Merdeka' Di Perimis Perniagaan

Saya lambat dapat idea. Satu hari sebelum 31 Ogos baru dapat idea nak pasang lagu-lagu merdeka kat Stesyen. Nak cari lagu dah tak sempat. Petang 30 Ogos baru dapat idea. Tapi tak sungguh-sungguh cari lagu. Dok sibuk buatkan "Komentar Terkini" sahaja, tapi tak mengapa, kerana dari laman blog Kak Jie lah saya dapat idea. Tapi petang ni saya baru jumpa banyak lagu patriotik untuk dimainkan. Terus mainkan guna iTunes, bila fikir balik, kenapa saya tak peragakan MMV 200? Barisan Kita, Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Malaysia Gemilang. Hari ini, buat pertama kali sejak beberapa tahun lepas, saya tunggu di Kaca TV (atau 'kepala') menonton perarakan. Bukanku bangga sangat dengan 'Kejayaan' Malaysia, banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki. Tapi hanya kerana nak tengok Sukhoi. Bila Sukhoi tu buat menuver tertentu, memang nampak yang itu sukhoi, sesuatu yang MIG tak boleh buat. Kata orang tua-tua, "Kalau nak kalahkan Sukhoi, anda perlu Sukhoi yang lain...

JawapCarian: Beli lagu format Apple Lossless

Kiriman blog ini adalah yang pertama ditulis hanya untuk menjawap carian google. Format lagu Apple Lossless adalah satu format pemampatan audio proprietari ( baca: bapak_kau_punya ) milik apple. Apabila kita berkata tentang Lossless Audio, ia bermaksud, walaupun ia dimampatkan, kualiti audio tetap sama dengan CD Audio. Selain Format Apple Lossless, terdapat juga format Audio Lossless yang lain, seperti flac . Nak cerita panjang fasal Audio Lossless boleh, tapi ia agak memeningkan. Sila baca :- http://www.hydrogenaudio.org/forums/index.php?&showforum=69 Jadi dimana nak beli Lagu format Apple Lossless? Mungkin anda seorang pemilik iPod. Format Audio Lossless tidak dijual dikedai berdekatan, mahupun di Apple Store. Tapi untuk mendapatkan Audio Apple Lossless, anda hanya perlu beli CD Audio dikedai berdekatan. Gunakan iTunes untuk rip lagu itu menjadi Apple LossLess. Fail yang dihasilkan ialah .m4a nota: Tak semua .m4a adalah Apple Lossless. Pastikan tetapan dia sebegini. Seletas masuk...

iTunes + MacOSX pada TV