Politik itu bercandu, menyebabkan ketagihan tegar.
Apabila berlaku krisis sebegini, penagih berita politik semakin kuat ketagihannya.
Saya akui saya sendiri agak ketagih dengan maklumat Krisis Negeri Perak, namun saya cuba untuk tidak membuat catatan blog tentang Negeri Perak. Namun saya gagal.
Walaupun cuba melarikan diri daripada menulis tentang Negeri Perak, akhirnya saya menulis tentang logam perak.
Akibat ketagihan politik ini, pemikiran agak sukar untuk melarikan diri dari "Perak", saya berjaya juga menangkis ketagihan dengan menulis soal masalah Pekerjaan.
Jadi. Jangan salahkan saya kerana menyebabkan anda semua ketagih politik. Saya cuba lari juga sedikit demi sedikit.
Baiklah, mari kita kaji sejarah. Tatkala berlakunya Krisis Politik Perak, saya dapati Negeri Perak sudah mengalami krisis yang lebih kurang sama. malah jauh lebih teruk dari ini sejak 1860an.
Terdapat 2 artikel di Wikipedia yang boleh membantu anda untuk mendapatkan ilmu sejarah sebagai ganti ketagihan politik ini.
Wikipedia Perjanjian Pangkor
Wikipedia Ngah Ibrahim.
Memang cacamerba politik Perak.
Banyak campurtangan asing, tidak kira daripada Inggeris mahupun pedagang cina yang mahukan bekalan Bijih Timah yang stabil.
Kalau hendak difikirkan, sukahati rakyat Peraklah mahu keluarkan bijih timah banyak mana.
Perkara ini boleh diumpamakan dengan Pak Arab, yang terpaksa jual minyak walaupun merasai duit sudah cukup.
Keadaan seolah-olah menjadi "wajib" bagi sesuatu negeri atau negara menjual hasil bumi mereka.
Jadi, siapa yang lebih memerlukan siapa?
British perlukan timah atau Perak perlukan kekayaan?
Pusing punya pusing, Ngah Ibrahim, pemerintah larut itu pula dibuang ke Seycelles.
Memang sejarah Perak caca merba, perebutan timah oleh "pelabur asing" keadaan tidak stabil, ditambah pula dengan perebutan menjadi Sultan, akhirnya Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh hanya 1 daripada 3 calon Sultan dengan British.
Residen berkuasa.
Kali ini, Najib adalah seperti Andrew Clarke , Garbenor Inggeris, yang menentukan siapakah Menteri Besar Perak.
Lebih kurang sahaja, Gavernor Inggeris dengan TPM Kerajaan Persekutuan.
Untuk mengelakkan kesan Candu politik menjadi negatif, mari kita kaji Sejarah.
Adakah Ngah Ibrahim itu seorang Wira?
Mengapa tidak Negeri Perak itu perlu tunduk pada permintaan pembeli timah tatkala Perak tiada apa-apa kaitan dengan British?
Gua orang Perak..
BalasPadamNgah Ibrahim, Dato' Sagor, Dato' Maharajalela tu semua bukannya wira kerana diorang cuma melawan kerana Residen British akan ada kuasa untuk sekat diorang dari kutip cukai dan lain-lain,...
Wira Perak sebenarnya adalah Siputum... Pahlawan hebat (gua bangga dengan dia nih).