Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sukan

Penyokong Kelantan Tertidur Sebelum Wisel Penamat

Brazil Jadi Tuan Rumah Olimpik 2016, Pendidikan Jasmani diajar dalam bahasa Portugis?

Tahniah buat Brazil kepada menjadi tuan rumah olimpik 2016. Tahukah anda sebenarnya lawak bodoh ini ( tersiar dibiaqpila ) direka oleh saya pada tahun 2002 dahulu. Ini adalah pautan asal emel tersebut, dikarang pada 21 jun 2002, sebagai langkah awal penentangan terhadap PPSMI. http://tech.groups.yahoo.com/group/mypenguin99/message/4876 *Persatuan guru jasmani sokong* Pelaksanaan serentak matapelajaran Pendidikan Jasmani dalam bahasa Portugis Brazil KUALA LUMPUR 20 Jun - Persatuan-persatuan guru hari ini berikrar menyokong penuh langkah terbaru kerajaan untuk melaksanakan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dalam bahasa Portugis brazil (pt_BR) di sekolah rendah dan menengah secara serentak mulai tahun depan. Mereka juga memberi jaminan akan mengadakan kempen penerangan, kursus intensif bahasa Portugis brazil dan program motivasi bagi memastikan ibu bapa, guru dan pelajar dapat menerima langkah terbaru berkenaan secara positif. Langkah ini selaras dengan c...

Demam Futsal DACS Jasin/Melaka, Ada yang tidur dalam Tiang Gol!

Demam Futsal Kini Melanda!!! Ada yang sampai tidur dalam tiang gol Mari Sertai Kejohanan Futsal Terbuka DACS Jasin/melaka klik pada imej: REBUTLAH HADIAH WANG TUNAI RM 700.00, MEDAL DAN PIALA PUSINGAN UNTUK KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA. Untuk download borang penyertaan sila klik pada gambar.. untuk maklumat lanjut sila hubungi saudara ZAINUDIN (0196564302), YUZI (0196291088) atau ZAKUAN (0197792795). Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 Januari 2009. Klik disini juga untuk download syarat dan peraturan pertandingan klik disini untuk melihat poster dan hadiah kejohanan

Kekalahan Lee Chong Wei

Selepas kekalahan Lee Chong Wei, ramai penganalisis badminton timbul. Tadi saya memakai jersi Malaysia duduk di hadapan TV, namun kekecewaan juga yang diterima. Antara Penganalisis yang menarik ialah Steven, Sila baca Catatannya: Chong Wei lost!!! Gambarajah turut disediakan. hehe Ada juga penganalisis yang mengkaitkan dengan politik. Why Malaysia Badders Failed to Win Gold in Olympic?

Peluang Untuk Kempiskan Perut dan MengIslamkan Larian Jabatan Pulau Pinang

Saya tidak ingat dimana URLnya, tetapi saya pasti Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Larian Jambatan Pulau Pinang sendiri tanpa bantuan Persekutuan. Semalam saya sudah berlari beberapa minit sebagai persediaan awal untuk menawan Jambatan Pulau Pinang dan untuk mengempiskan perut. Saya nampak ada hikmahnya penganjuran sendiri Larian Jambatan Pulau Pinang oleh kerajaan DAP kerana PAS boleh meminta DAP untuk mengubahsuaikan waktu larian daripada sebelum subuh kepada selepas subuh. Kalau tidak salah saya, sebelum ini larian bermula pukul 6 pagi, mungkin boleh dilewatkan ke 6:30 pagi dengan syarat kemudahan bersolat disediakan berdekatan dengan tapak perlumbaan. Selain dari ini, Pemuda PAS Negeri Melaka boleh mengajak golongan muda mudi negeri melaka yang berbakat supaya dibawa ke Pulau Pinang sebagai mewakili Pemuda PAS Melaka. Rombongan 1 bas pun sudah memadai. Selain dari itu, Pemuda DAP Melaka dan Pemuda PAS Johor pun boleh mengkempiskan perutnya.

Main Tenis

Saya tak sangka saya boleh main tenis dan menghasilkan 'forehand stroke' yang agak menggerunkan. Saya bukannya pernah main tenis, semasa sekolah dulu ada main 1 atau 2 kali. kalau tau ada kemahiran sebegini, alangkah baiknya kalau masa kecil dulu ada raket tenis. Tapi masa dulu, raket tenis mahal RM 400 , tak macam sekarang hanya RM 1++.