Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel mukhsin

Reviu: DVD Mukhsin

Saya baru beli DVD Mukhsin , satu filem GBSB ar ahan Yasmin Hami d yang di DVDkan. Pada harga RM 13.90, inilah satu DVD original yang paling murah pernah saya beli. Kualiti DVD memanglah tak sehebat mana? ada opsyen Dolby & DTS untuk 5.1 tetapi bunyinya umpama stereo sahaja. bukan stereo biasa, tapi stereo semua saluran. Bunyi dialog/vokal kedengaran pada speaker belakang. Tak berapa kena tapi bagi saya itu tak kisah sangat, dengan harga RM 13.90, kalau dapat bunyi sekeliling pun OK juga. Nak kata tak berkualiti, tak juga. Gambar dalam DVD mukhsin adaah berkualiti DVD. tak nampak pecah-pecah macam VCD. Bunyi latar bagi "Menu" DVD ini tak sesuai untuk digelungkan. patut disunting supaya apabila ia dimainkan, bunyinya berterusan, tak nampak macam terhenti. Kandungan tambahan pada DVD itu ada treler, pratonton. pratontonnya tak berapa elok, tak nampak macam nak promosikan filem pun. bahagian video muzik umpama ulangan apa yang ada pada cerita, alangkah baiknya kalau ada 1 v...