Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Makanan

Foursquare untuk makan

Foursquare zaman ini memang sudah kurang digunakan, Ramai yang boleh check in menggunakan media sosial lain seperti Google+ dan Facebook. Namun bagi saya ianya masih berguna untuk 1 perkara iaitu, iaitu kalau pergi 1 tempat yang kita tak pernah pergi. Kita boleh dapat jumpa tempat makan sedap, yang biasnaya sedap. Cara mudah. Buka foursquare, (kena pasang dulu di peranti mobile kalau belum pasang). GPS hidup, Cari "Food". Maka dia akan cadangkan beberapa tempat. Biasanya ada ulasan menarik, kadang2 ada cakap "mee rebus sedap" dan sebagainya. jadi pilih salah satu. klik peta, dan peta itu boleh dibuka menggunakan waze atau GoogleMapMobile untuk sampai ke situ. Biasanya memang sedap. Jadi boleh makan sedap secara 'supprise'.

Salahkah Air Teh O dinaikkan 10 sen kalau pelanggan bersetuju?

Salahkah air teh O dinaikkan 10 sen kalau pelanggan dan peniaga saling bersetuju dengan harga yang dinaikkan? Daripada sumber Malaysiakini: Peniaga di KT naikkan harga minuman Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) Terengganu, Abdul Ghani Harun berkata peniaga beberapa kedai makan, warung dan restoran itu dikesan menaikkan harga minuman bergula sehingga 10 sen secawan. "Setakat ini 10 kes kenaikan harga minuman dikesan. Kesemua peniaga terlibat akan dikenakan tindakan lanjut sama ada didakwa di mahkamah atau dikenakan kompaun . Seandainya sesebuah kedai makan, memaklumkan kepada pelanggannya apabila memesan teh O. Pelanggan: "Teh-O satu" Peniaga: "Teh O sekarang RM 1" Pelanggan: "OK" Aspek yang amat penting dalam urusniaga jual beli ialah persetujuan harga. Teh-O RM 1, atau teh-O RM 2 atau RM 10 sekalipun, tidak menjadi soal kalau pelanggan bersetuju dengan harga, Pelanggan biasa di ...

Dapat Surat dari KPDN: Isu Persetujuan Harga Kedai Makan

Hari ini saya dapat surat daripada KPDN, Ianya tiada kaitan dengan perletakan jawatan Shahrir Samad atau perlantikan Menteri KPDN yang baru. Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada anda, pernahkah membaca catatan ini? Wujudkah persetujuan jual beli di kedai makan orang Islam? Sekiranya belum, anda perlu membacanya sebelum terus membaca catatan ini. Pada lebih kurang seminggu yang lalu, saya telah makan di satu kedai makan di Merlimau. Tidak perlulah saya perincikan secara spesifik tentang kedai itu. Sudah menjadi kebiasaan, saya akan meminta menu, kerana di menulah letakkanya penawaran tentang apa yang dijual berserta dengan harga yang mereka tawarkan. Nasi X RM 2.00 Nasi Y RM 3.00 Air X RM 1.00 Air Y RM 1.40 Disebabkan kedai makan banyak yang tiada tanda harga, maka menu lah tempat di mana pelanggan melihat harga yang ditawarkan oleh peniaga. Tanda harga di dinding mungkin tidak kelihatan di sesetengah lokasi meja dan sukar diubah sekiranya berlaku perubahan...

Adakah "Subsidi Makanan rakyat" releven untuk situasi ekonomi hari ini?

Krisis Ekonomi bagi orang kebanyakan hanya kelihatan apabila 2 perkara ini berlaku. 1. Orang tiada pekerjaan atau sumber pendapatan 2. Orang yang bekerja tetapi tak cukup duit. Peduli apa KDNK, hutang negara dan lain-lain bagi orang biasa. Apabila harga minyak melonjak dahulu, senario no 2 banyak berlaku, dimana orang yang bekerja pun tak cukup duit. Tapi hari ini ramai pula yang tiada kerja. Jadi apa penyelesaiannya? Penyelesaian sementara atau penyelesaian jangka panjang. Penggunaan Dinar dan Dirham hanya memberi faedah untuk jangka panjang. Sistem ekonomi berdasarkan emas memang lambat untuk berkembang. Itu hakikat yang pendokong dinar dan Dirham kena terima. Namun walaupun lambat berkembang tetapi ia stabil akibat daripada ketiadaan "bubble". Mahu tak mahu, mungkin ada orang yang tak cukup makan pakai. Almaklumlah budaya menyimpan agak kurang bagi golongan pertengahan dan rendah. Bukan mereka tidak mahu menyimpan, tetapi ada yang tidak mampu. Jadi saya ...

Wujudkah persetujuan jual beli di kedai makan orang Islam?

Saya ingin menulis perkara ini sejak berbulan yang lalu. Apa yang saya perhatikan ialah budaya membeli rakyat malaysia terutama sekali ketika membeli makanan tidak langsung menunjukkan gaya wujudnya persetujuan harga sebelum membeli makanan. Kedai makan melayu, banyak yang tidak meletakkan tanda harga, sudah menjadi lumrah pelanggan, pesan sahaja makanan dan minuman kemudian "kira". Pelanggan tidak ada peluang untuk tidak bersetuju dengan harga kerana semuanya telah ditelan. Dalam perniagaan nasi campur juga sukar, apabila pelanggan memilik lauk dan meletakkan ke dalam pinggan, pelanggan tidak tahu berapa harganya. ada kedai yang memerlukan pelanggan tunjuk pinggan nasi kepada tauke untuk mendapatkan harga. Ada yang disuruh makan dulu, kemudian baru kira. "Tadi makan apa". Namun kedua-dua kaedah pembelian nasi campur itu tidak islamik langsung. Tidak ada peluang untuk pelanggan menolak sesuatu lauk apabila mengetahui sesuatu lauk itu mahal. Ikan yang sudah dimasukka...

Di Malaysiakini Terdapat Teknik Mengelak Makanan Dicuri

GMurali, bersungguh sungguh merekayasa kaedah mengelak daripada roti dicuri . Namun keadah itu agak ketinggalan zaman, berbanding dengan kaedah baru yang baru ditemui 3 hari lepas oleh "Suruhanjaya Penarafan Makanan" defacto. Di Malaysiakini,  kecurian makanan boleh dielakkan  dengan hanya meletakkan telur rebus dan 2 keping timun pada makanan tersebut.

Soalan Soalan Lazim Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat

S: Mengapa " Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat "? J: Di atas kenaikan harga minyak ramai rakyat berasa susah sehingga tidak cukup makan. Permakanan rakyat adalah Tanggungjawap Kerajaan. S: Adakah Nama "Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat Sesuai"? J: Ia boleh juga dipanggil "Tuntutan Royalti Minyak Rakyat". S: Mengapa RM 50 setiap orang, bukannya hanya untuk golongan tertentu? J: Setelah 50 tahun merdeka, banyak agensi telah cuba untuk membantu golongan miskin, akan tetapi masih ramai yang miskin. Pengagihan melalui agensi akan menyebabkan ada pihak yang tidak dapat bantuan. S: Adakah RM 50 setiap orang itu cukup meringankan beban golongan miskin? J: Sebenarnya tidak, akan tetapi ianya jauh lebih baik daripada mereka tidak dapat langsung daripada sistem rebet dan sistem pengsubsidian supaya harga minyak turun. S: Adilkah golongan kaya juga mendapat RM 50 ? J: Memang tidak adil, akan tetapi dengan cara pengagihan menyeluruh dapat memastikan semua orang memperolehi...

Hanya 13.8 bilion sahaja untuk kupon Subsidi Makanan setiap Rakyat Malaysia

Saya tak salahkan kerajaan bila naikkan minyak sehingga RM 2.70 kerana ia adalah sebahagian daripada idea saya juga, Memang saya jangkakan ianya akan terus mendadak sehingga lebih kurang RM 3. Akan tetapi saya agak kecewa kerana ianya hanya RM 625 diberikan untuk menjimatan yang begitu besar. Negara juga berjimat apabila punca penyeludupan dihapuskan. Negara juga berjimat apabila pelancong asing tidak lagi mendapat subsidi. Negara juga berjimat apabila pengguna akan berjimat. negara juga berjimat apabila kenderaan cc besar tidak mendapat subsidi Ada banyak sebab yang menunjukkan bukan setakat jimat 4 bilion, saya pasti ia lebih dari 20 bilion. Satu sebab yang membuatkan saya agak marah ialah saya menunggu untuk mengetahui tentang kaedah pengstrukturan subsidi, bukan pengimplementasian terus. Terdapat 2 penyelesaian tambahan bagi pengstrukturan subsidi minyak ini. 1. Kekalkan ianya sebagai RM 625 untuk kenderaan yang berdasarkan pendaftaran JPJ, akan tetapi buat lagi 1 subsidi khas untu...

Jangan Meletakkan Harga pada Makanan

Tajuk catatan ini tidak bermaksud supaya tidak meletakkan tanda harga pada makanan. :) Maksud saya, makanan adalah "priceless", "tidak ternilai" , tidak boleh dibeli dengan MasterCard. Sekiranya berlaku limpahan makanan, maka kebiasaannya makanan itu ada tag harganya. Akan tetapi apa akan terjadi kalau kekurangan makanan? Maka ia menjadi tidak ternilai. Kalau perlu belanja berbilion untuk makanan, maka berbelanjalah, kerana makanan itu tidak ternilai harganya. Jika perlu mengadakan kupon subsidi makanan kepada rakyat supaya rakyat dapat makan, maka adakanlah ia, kerana makanan tidak ternilai harganya. Jika ada lebihan nasi dipinggan, jangan dibazirkan, kerana ia tidak terlinai harganya. Walaupun sepinggan nasi itu adalah seciput harganya berbanding dengan pendapatan orang tertentu, jangan dibazirkannya kerana ia tidak ternilai harganya. Kalau krisis makanan sedunia menjadi lebih teruk, tak hairan ia akan menjadi lebih mahal dan lebih mahal. Kerana ia sebenarnya tida...

Kenapa Blogger suka tangkap gambar makanan?

Saya main teka-teka sahaja, bila di tempat makan, kalau ada orang beria-ria nak tangkap gambar makanan, saya anggap dia mungkin pemblog. Jadi untuk menentukan kesahihannya, kenalah guna http://blogsearch.google.com Cuba blogsearch " Tesco Melaka Kluang Station " , manalah tahu kalau boleh jumpa gambar makanan yang minah baju hitam tu tangkap. Eh, Minah tudung putih tu perasan saya tangkap gambar.. Lari!!!!!! eh, mana nak lari ini blog saya.