Semalam saya mempelajari cara menggunakan Facebook daripada Hani Nasution . Sebenarnya saya masih anti Facebook, kerana syarat keahlian yang dikenakan oleh mereka. Akan tetapi suka benar Adinda Asyraff & Rausyanfikir pada Facebook. Disebabkan saya telah diberikan kebenaran untuk menggunakan akaun Facebook isteri muda saya, maka saya gunakanlah ia. Akan tetapi masih lagi tidak dapat membaca apa yang ditulis oleh kedua orang mahasiswa itu. Rupanya kena jadi "kawan" dulu baru boleh baca. Ada 2 syarat, 1. Keahlian Facebook 2. Menjadi kawan. Syarat ke dua itu bergantung kepada empunya akaun, tertapat ahli Facebook yang tidak mensyaratkan keahlian untuk membaca dindingnya. Sebagai contoh Bang Bakaq. Pening kepala saya untuk membayangkan yang mana penulisan yang boleh dibaca oleh kawan, yang mana tidak. Yang mana masuk terus ke "Laman Utama" ? Yang mana masuk ke "Dinding" ? Jadi, kalau bagi Asyraff, facebook adalah tempat berbincang yang...
Ayhd Yang Hendak Dibaca