Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Nokia

Soalan Bodoh: Kamera yang ada bluetooth?

Selama saya hidup, saya tak pernah ada kamera digital. Yang saya ada hanyalah kamera pada telefon, kalau dulu guna Nokia 6020, selepas itu Sony Ericsson k800i. Bila sudah ada SE k800i barulah terasa seperti ada kamera digital sendiri. Namun oleh kerana kecanggihan telefon ini, saya boleh hantar gambar ke komputer (mac atau PC) menggunakan bluetooth. Soalan bodoh saya ialah: Ada tak pembuat kamera digital (yang bukan telefon) yang boleh hantar gambar menggunakan bluetooth ke peranti bluetooth lain? Ada sesiapa tahu penguasaan pasaran (market share) digital kamera di Malaysia? Siapa nombor 1? p/s: Gambar kamera & persoalan ini timbul setelah membaca http://myalycia.blogspot.com/2007/08/oh-kamera-ku.html

Bluejacking Berasal daripada Malaysia?

Tahukah anda 'bluejacking' dijumpai di Malaysia? Bluejacking, suatu proses dimana menghantar mesej melalui bluetooth, ke telefon bimbit yang automatik terima mesej bluetooth. Sebenarnya ia adalah pepijat (bug) yang ada pada telefon Nokia. Sejarah bluejacking Di Forum esato.com, bluejacking telah dijumpai oleh seorang pengguna yang mempunyai gelaran 'ajack', atau nama sebenar Adrian Chiang . Di dalam sebuah Bank tempatan, dia telah menghantar mesej daripada telefon Ericsson R520 nya ke telefon Nokia lain, tanpa penerima itu dimaklumkan untuk terima atau tidak. http://www.esato.com/board/viewtopic.php?topic=15976 dari situ bermulalah bluejacking Ketika itu, amatlah mudah untuk bluejacking, kerana telefon terus automatik terima. Zaman sekarang, mungkin susah sedikit kerana telefon kini akan bertanyakan samada hendak terima atau tidak. Saya tahu, ramai pengguna telefon di Malaysia tidak menghidupkan bluetooth pada telefonnya kerana "takut virus". Itu cerita lain,...