Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PSM

Langkah Berani PSM

Ramai yang tak kenal PSM, Parti Sosialis Malaysia. Saya memang awal-awal nak mengaku memang tak sokong sosialis. Tetapi PSM melakukan satu langkah berani, untuk putuskan tidak mahu menyertai Pakatan Rakyat. Sebelum ini, tidak pasti pula, memang sudah mohon masuk Pakatan Rakyat atau bincang dengan PKR sahaja? Yang sebenarnya, kalau PSM putuskan untuk Masuk Pakatan Rakyat, maka agenda saya nak keluarkan PAS dari Pakatan Rakyat, jadi 'Mod PSM' sudah tidak releven. hehe Sebelum ini PSM bertanding di beberapa kerusi guna logo PKR, maka ramai orang tak tahu apa itu PSM, mungkin orang-orangnya memang selalu jumpa, tapi tak tahu yang dia itu PSM sebab sudah terhijab disebalik PKR. Wujud krisis di Semenyih, di mana sepatutnya PSM bertanding, tetapi disebabkan PKR nak logonya digunakan, maka orang PKR yang diumumkan bertanding. Ditambah perit lagi, di Kota Damansara, walaupun PSM sudah mengalah untuk guna logo PKR, bertembung pula dengan PAS. Satu perkara pelik ber...

PAS Keluar Pakatan Rakyat, Mod PSM.

Melihat akan senario politik sekarang, secara peribadi, saya merasakan ada baiknya PAS keluar Pakatan Rakyat. Banyak sangat cerita kononnya nak keluar, kemudian ada ungkapan "Perkukuhkan Pakatan Rakyat". Pusing-pusing macam itu sahaja. Saya bukan benci DAP atau PKR, Tetapi merasakan perlu untuk PAS keluar buat masa sekarang. Alasan untuk kekal biasanya guna "ruang dakwah yang luas". Bila wujud Pakatan Rakyat, maka yang paling suka ialah peminat sistem 2 parti. Masalah yang timbul daripada Sistem 2 parti adalah seolah-olah memisahkan semua benda kepada 2. Jadi itu tidak elok. Seolah-olah negara terpisah pada 2, walhal tidak. Jadi PAS perlu keluar Pakatan Rakyat secara elok, supaya ruang dakwah masih ada. Masih berkawan tetapi tidak dalam Pakatan Rakyat. Sebagaimana sebelum 2008, kerajaan masih boleh dibentuk tanpa membentuk Pakatan Rakyat. Bagaimana itu? PSM pun tidak berada dalam Pakatan Rakyat, tetapi masih berkawan dengan PAS DAP PKR. Tak a...