Dulu saya pernah tulis, orang BN seolah-olah tidak mahu menang pilihanraya , menggunakan isu yang menjatuhkan mereka sendiri. Saya pernah bayangkan, bagaimana kalau BN tidak langsung berkempen. Mungkin mereka dapat undi yang lebih. Kalau mereka tidak guna ugutan politik , mungkin mereka dapat undi lebih. Kalau mereka kurang bermain sentimen perkauman, mungkin mereka mendapat undi lebih. Kalau mereka tidak tabur projek pembangunan, mungkin juga mereka dapat undi lebih. Tetapi mereka tetap mahu berkempen cara mereka. Biarlah. Yang terbaru ialah kaedah kempen MCA, menakutkan pengundi cina mengenai hudud dan "Islam lama ". Terjemahan Bahasa Melayu. “Kepada semua pengundi berbangsa Cina diParlimen Kuala Terengganu. Ingat tanggungjawab anda semua besar untuk memastikan Malaysia ini terus menjadi Negara secular yang tidak mengamalkan undang-undang Islam. Baru-baru ini PAS sekali lagi menegaskan akan teruskan agenda melaksanakan hukum Hudud. Hudud ialah undang...
Ayhd Yang Hendak Dibaca