Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MICTH

Saya Tak Pandai Sangat PHP

Saya tak pandai sangat PHP, ketika dulu saya lebih sukakan perl+CGI berbanding PHP, agak konservatif bunyinya. Unit K-Ekonomi Negeri Melaka akan mengadakan pertandinga pengaturcaraan PHP. Rujuk : http://veryimportantprogrammer.com/ http://blog.harisfazillah.info/2008/08/vip-very-important-programmer-php.html Dan baru-baru ini, "SAMEON" minta saya promosikannya di blog saya. Maka inilah promosi yang saya buat. Adakah saya akan menyertainya? Otak sudah berkarat, akan tetapi rasanya nak pula masuk bertanding. Hadiah boleh tahan juga. 1st Place : RM 1000 2 (two) Zend Studio for Eclipse 1 Training Coupon (training.org.my) Goodies 2nd Place : RM 750 + 2 (two) Zend PHP Certification Bundle Goodies 3rd Place : RM 500 1 (one) Zend Framework Book Goodies 4th, 5th and 6th places : RM 100 Goodies Masa agak suntuk, tidak pasti samada nak buat pasukan "Lajnah ICT PAS Melaka" untuk masuk bertanding, Kalau "Unit IT UMNO Melaka" masuk baru buku...

Wireless broadband = Wi-Fi ?

Inilah dia punca kekeliruan Suatu ketika dahulu, saya singgah di Stesyen Minyak PETRONAS Air Keroh 3, bersama wawa ketika balik dari KL. Kelihatan di situ ada Panji "Wireless Broadband zone", dimana ia merujuk kepada Wi-Fi Zone . Baiklah, mungkin Abdullah(AK3) tersalah, maafkan dia kerana dia bukan IT Savvy , macam kami berdua. Masa berlalu, Stesyen Minyak PETRONAS Merlimau pun ada Wi-Fi, tampal poster guna kertas sahaja, tapi ikut spesifikasi Wi-Fi Alliance. Sebelum itu, sudah nampak panji di restoran Tomyam Klasik, ada logo Wi-Fi tapi tak ikut spesifikasi. Baru baru ini, saya berjumpa dengan Irwan, kawan sekolah, dia yang menceritakan bahawa Abdullah tempah panji daripada dia, ikut rekaan dari Restoran Subaidah MITC. Akhir sekali, semasa saya nak jumpa hafnie sempena Spoof Black Hat Challenge , terus ternampak poster "Wireless Broadband zone" . Hehehe, Punca kekeliruan telah dijumpai. Oleh itu, bukan salah Abdullah, Bukan salah Irwan, tapi ini memang salah MICT...