Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hudud

Seni Berpolitik - Gaji Minima - Hudud

Dalam politik, ada agenda masing masing. Masing masing ada agenda. Ada agenda baik, ada agenda jahat. Ada yang rasa agendanya baik, sebab itu dia ikut fahaman tertentu. Maka bersepak terajanglah dalam politik, dan berkawanlah salah politik. Matlamat tetap sama, capaikan agenda masing-masing. Dalam berkawan dalam politik, adakalanya pihak lawan atau kawan, akan terikut-ikut agenda kita. Adakala kita pula terikut agenda pihak lawan dan kawan. Maka pentingnya prinsip dan tahu hala tuju. Para sosialis, berjaya mencucuk jarum idea gaji minima dalam pakatan rakyat. Maka, BN pula terikut-ikut , dan dengan mempunyai kuasa, maka mereka melaksanakan dahulu. Walaupun bukanlah 1 perkara baik gaji minima itu, sebab membebankan peniaga kecil, namun agenda itu berjaya diangkat. Begitu juga agenda environmentalis yang mahu hari tanpa plastik. Niat suci untuk mengurangkan penggunakan plastik, namun kapitalis pula ambil kesempatan untung 20sen. Rakyat masih lagi tak faham kenapa pe...

RoboCop, Hudud dan GST

Tadi baru tengok Robocop versi alaf baru, Banyak kelainan berbanding versi 80an. Dalam RoboCop kali ini ada unsur politik, sosial dan emosi. Sebuah syarikat berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan sebuah akta yang dikenali sebagai Akta Dreyfus. Tujuannya supaya dapat membekalkan robot pada kerajaan. Norma biasa bagi sesebuah negara yang mengamalkan "Pengsyarikatan" ala-ala Pengsyarikatan Malaysia. Politik di Amerika, biasanya ada titik akhir samada akta diluluskan atau tidak. Bila nak bentang sesuatu, maka ahli politik pun berkempenlah, korporat pun berkempen untuk mempengaruhi ahli politik yang mempunyai kuasa undian. NGO pun bergerak untuk meyakinkan ahli politik. Tetapi senario di Malaysia adalah berbeza, Bantahan besar-besaran Bantah GST dijadualkan untuk diadakan setelah Akta CBT/GST diluluskan.  Lulus April, demo Mei. Walhal sejak 2013 lagi sudah tahu tentang akta GST akan dibentangkan. Ahli Politik Pakatan Rakyat memang pelik. Berbalik kepada...