Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Maybank

Penipuan SMS Kononnya Kad SIM Menangi Hadiah

Saya sudah lama mengetahui tentang sindiket dari Indonesia yang membuat SMS rambang kepada telefon di Malaysia sempena berlangsungnya Akademi Fantasia dan Peraduan daripada Syarikat Minyak Tempatan. Akan tetapi, setahu saya, orang yang tertipu hanyalah orang yang tamak untuk menang, sehingga sanggup memasukkan sejumlah wang kepada akaun tertentu. Itu yang sering berlaku. Akan tetapi, dalam kes baru-baru ini, seorang imam ditipu, hanya dengan memberikan nombor akaun tanpa memasukkan wang ke akaun sipenipu. (Melainkan kalau imam itu berbohong) Saya pernah juga terbaca dimana entah yang sindiket itu mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan wang hanya dengan mendapatkan nombor akaun. Akan tetapi ketika itu saya tidak percaya. Kini saya mungkin percaya. Bagaimana sindiket asing boleh mengeluarkan wang dengan hanya mendapatkan nombor akaun. Mungkin, imam itu telah memberikan maklumat lain seperti nombor kad pengenalan dan nama penuh. Akan tetapi itu sepatutnya tidak boleh membuatkan wang dike...

Alamak! Maybank2u memerlukan TAC

Oleh kerana diriku ini jenis katak bawah tempurung, maka ketika membuat kad ATM yang lalu, saya dengan sengajanya tidak mendaftarkan nombor telefon untuk mengambil TAC. Atas sebab keselamatan kononnya. Mungkin Ya, kerana telefon juga boleh dicuri. Akan tetapi seringkali rasa susah juga, bila nak buat pemindahan wang, ke pihak ke 3, terpaksa ke ATM. ATM Maybank di Merlimau dulunya, ada 2 mesin, itupun di Maybank Merlimau. Kalau musim gaji, orang beratur sampai ke tengah jalan. Baru sebentar tadi , saya ingin memaybank2ukan RM 15 ke Rjuna . buka Maybank2u, kemudian tepuk dahi " Alamak, dia nak TAC ". Kemudian saya terfikir sejenak. Saya di Stesyen, kini dah ada ATM, apa susahnya. cucuk sahaja. Hehe. Jadi saya tetap tak perlukan telefon untuk TAC.

Ubah suai gondola untuk ATM

Saya baru dapat kotak mesin ATM( Ya, Maybank). Maka, saya terpaksa korbankan 1 goldola. Tapi barang nak letak di mana? Jadi maka bermula lah operasi meletakkan goldola 3 kaki, untuk disambungkan dengan gondola dinding yang lain. Maka RNK Anirah cuba mengeluarkan barang supaya gondola itu boleh ditolak. Selepas sebahagian besar barangan dikeluarkan, maka proses menolak dilakukan. Tolak!! Selepas menyapu, ruang diukur, maka didapati, perlu menolak lagi. Tolak lagi!! . Tolak dan tolak. . RNK salleh pula menolak. kemudian ukur lagi sekali. Dan kemudian ia dipasang . Setelah OK, maka gondola dipasang, Dan barangan disusun . Maka selesailah ia.