Sebenarnya saya mendapat penerangan tentang Buluhmas ini berbulan yang lalu, akan tetapi penerangan yang saya dapat itu hanya setakat bahagian pertama. "Membantu IKS" dan "Pengiklanan", tidak masuk cerita dapat pencen ataupun pendapatan. Pada mulanya saya melihatnya sebagai menarik juga kerana nak bantu IKS pasarkan produk. Masalahnya kebanyakan IKS mengeluarkan produk yang lebih kurang sama. Buat sos, buat air, banyak syarikat buat produk sama. Bagaimana buluhmas membantu mereka. Maka saya telah diceritakan oleh seseorang, bahawa selepas membayar sebanyak RM 15, dapat sticker dan dapat baucher barangan. Rupanya barangan itu tidak boleh dipilih. Maksudnya suka atau tidak, memandang barangan itu adalah keperluan, maka ambil sahajalah barangan itu. Untuk membantu IKS. Akan tetapi, saya terfikir, urusniaga ini akan menjadi semi-setuju, kerana kita tidak boleh memilih jenis barang. Maka IKS yang berkait dengan buluhmas sahaja yang boleh dilarapkan produknya. (Larap == c...
Ayhd Yang Hendak Dibaca