Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bank Rakyat

Tender/Bida Barang Kemas Bank Rakyat

Ini adalah gelang emas, adakalanya di panggil "Bangle"? Terlalu banyak permintaan di blog wawa meminta supaya diberitahu kaedah membida Barang Kemas yang di'lelong' di Bank Rakyat. Apabila Ahmad gadaikan emas, tak mampu bayar maka bank akan 'lelong'. Akan tetapi lelong itu bukanlah jenis lelong di Ebay atau lelongan fizikal yang Husin Lempoyang gunakan untuk mendapatkan tukang urutnya. Ianya lebih kepada 'tender', umpama tender terbuka, siapa letak harga tinggi dia dapat. Jumaat lepas, saya singgah di Bank Rakyat Melaka untuk menggadaikan sesuatu, kerana nak mencuba apa rasanya menggadai emas. Kalau tidak cuba maka tidak tahu. Di bahagian luar bilik, terdapat pameran emas yang dinyatakan beberapa makluman. Ketulenan: 21K atau 22K    berat: cth 12.91g no akaun barangan itu. Harga minimum. contoh RM 1079.00 Maka saya agak mushkil, adakah dia mahu menjual emas itu pada harga itu? Kelihatan harga di situ agak murah berbanding kedai emas. 1079/12.91 = RM 83...