Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hacking

Hacking borang peraduan "Saya Anak Malaysia"

Sejak bermulanya pertandingan "Saya Anak Malaysia", saya cuba menambah perkataan "No. Telefon:" Pada norang itu. Idea pertama ialah dengan menggunakan cop getah yang sudah lama, potong cop itu tinggalkan perkataan "Telefon" dan cop pada borang. Ianya berjaya tetapi tidak cool. Dapat lagi 1 idea, iaitu dengan membuat fail excel yang bertulis "No. Telefon" dan print pada borang itu betul-betul selepas ruangan emel. Ia agak berjaya, akan tetapi timbul persoalan pencetak panas. Apabila panas, ia membuatkan kertas tersangkut. Maka guna penyelesaian lain, guna manusia untuk kipas pencetak tu. tetapi ia akan tersangkut juga. Selepas itu, saya decide untuk buka sahaja pencetak itu dan kertas jatuh ke lantai. Ia tak sangkut lagi, tetapi kertas bersepah. Terpaksa pula Mak Tiri Jahat suruh bawang putih untuk kutip borang peraduan itu. Selepas bawang putih kutip borang itu, bawang putih kena sambut borang yang keluar dari pencetak Selepas itu dapat 1 ide...