Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SEO

Tips: Nak suruh Google index blogspot punya page lebih sikit,

Tips: Nak suruh Google index blogspot punya page lebih sikit, Asalnya Google memang tak index /search/label/tudungcapkaki  Jadi... caranya ialah... buka blogger.com -> Setting -> Search Preference. Enable custom robots.txt content? jadikan Yes buka anda punya robots.txt contoh : tudung-cap-kaki.blogspot.com/robots.txt copy semua Paste balik ke tempat untuk letak custom robots.txt cuma baris yang ada "Disallow: /search" tukar jadi Disallow: /kelaut  save. jadi dia akan jadi macam ni http://hasbullah.pit.my/robots.txt ruangan sitemap tu boleh ubah, cuma aku tak pasti mana satu OK yang dia kasi /sitemap.xml atau yg versi /atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500 Nak play safe, boleh hantar ke dua-dua ke Google Webmaster Tool. Hasilnya akan jadi macam ini, /Search/label/blablabla turut diindeks. Apa kelebihannya? Adakalanya anda memang mahu pelawat masuk ke sesuatu label, sebagai contoh Rantai Tangan di emas9...

Mengurus apa yang telah ditulis

Mengurus apa yang telah ditulis , Apa punya tajuk da... Seketagihan pada Facebook beberapa tahun lalu, saya banyak hilang apa yang telah ditulis. Nak cari semula, aduh, kena sroll bawah bawah, kandungan sudah bercampur baur dengan benda kita forward, benda kita merepek. Agaknya Facebook nak suruh kita tulis semula apa yang kita pernah tulis? Macamlah kita tidak pernah lupa. Tetapi, nasib baik ada Google, google boleh bantu kita cari apa yang kita pernah tulis, tetapi yang ditulis di Facebook, memang sukar untuk Google index. Google Custom Search, dibina untuk memudahkan orang mencari kandungan sesuatu laman web, tetapi kita boleh salah guna untuk mencari semula apa yang kita pernah tulis. Dengan syarat jangan tulis di Facebook. Ini tetapan GCS saya ... Maka boleh cari kandungan blog, Google+ , Twitter , isih mengikut tarikh. Jadi, tak adalah, 2,3 minggu lepas punya posting pun kita sudah tak jumpa. Namun, Carian  di Blog lebih diutamakan, maka saya buat satu ...

Palestinkini.info Memerlukan SEO Tambahan

Pada pendapat saya, Palestinkini.info masih mempunyai SEO yang rendah. Laman web yang agak sentiasa mempunyai maklumat yang segar itu memerlukan anda, yang mana mempunyai laman web atau blog atau apa saja, untuk membuat pautan  ke http://www.palestinkini.info Untuk makluman pembaca, kandungan laman itu adalah Bagi penagih RSS , boleh gunakan alamat suapan RSS http://palestinkini.info/?feed=rss2 Buat masa ini Ranking Alexa adalah 1.5 juta , mungkin boleh dipertingkatkan sekiranya anda semua dapat membantu hanya membuat pautan keüada laman web palestinkini.info

Keputusan Perang SEO Pilihanraya P36 Kuala Terengaanu

Seperkara menarik tentang Pilihanraya kecil  adalah perang SEO Keputusan PIlihanraya. Ruang vakum wujud, apabila keputusan adalah tidak rasmi, maka ramai akan mencari keputusan. Walaupun pengundian belum selesai, Pemikir , dari awal pagi sudah menyiarkan "keputusannya" Saya pula tercari-cari formula, bilakah masa sesuai untuk menyiarkan keputusan pilihanraya. Di sebelah petang, Puan Nuraflah telahpun menyiarkan "keputusan rasmi" nya. Maka, saya telah mengeluarkan keputusan pilihanraya pada jam 3:50 petang, dengan harapan robot itu indeks dan cukup segar apabila pengguna internet mencari keputusan. Tempat pertama dimenangi oleh Saya. ( Beras Padu ) Tempat Pertama : Pemikir Tempat ke 2: Saya punya digg Tempat ke 3: Pemikir punya digg Tempat ke 4 : Malaysianbite.com Tempat ke 5: Tempat ke 6: Saya ( hasbullah.pit.my ) Tempat ke 7: Zubli Tahniah kepada Para Pemenang, terutama sekali pemikir Kepada Puan Nuraflah, cuba lagi pada pilihanraya kecil ...

khalidsamad.com : Masalah SEO "Khalid Samad" dijangka selesai

Sebaik sahaja khalidsamad.com beroperasi di atas blog lamanya, apabila google "Khalid Samad" kini sudah berada di tangga ke 7. Tidak sampai 24 jam Khalidsamad.com hidup. Ianya dapat mengatasi masalah SEO Khalid Samad Namun ianya boleh dicepatkan lagi supaya nombor satu dengan bantuan blogawan lain. Maka oleh itu, para peminat Khalid Samad boleh lah membuat catatan blog yang membuat pautan ke http://www.khalidsamad.com. Mahu hentamkah, Mahu pujikah, sukahatilah. Oh ya, saya juga mengambil kesempatan ini untuk membuat pautan ke Inilah Kebenaran milik menj .

Mana Tidaknya Google Pening, Masalah SEO Khalid Samad

Pejabat YB Khalid Abdul Samad telah mengutarakan masalah SEO laman blog boss nya iaitu Khalid Abdul Samad . -Pejabat YB Khalid Abd Samad- said... Terima kasih atas komen Tuan Hasbullah Pit "Ref Malaysiakini" diletakkan pada tajuk kali ini utk kajian pihak kami keatas kapasiti enjin pencari Google 'mencari' blog ini dlm blogosphere kerana terdapat sedikit masalah pencarian - walaupun telah di index dlm Google. Sekarang lebih jelas sedikit kerana tidak keluar di Malaysiakini pun setelah hampir 12 jam. Mungkin Tuan boleh memberi pandangan utk memudahkan lagi pencarian di Google. Harap maaf diatas kesulitan yg timbul. "Ref Malaysiakini" kini telah di keluarkan dari posting. Malangnya dia telah tersalah berguru, dan menggunakan kaedah yang kurang beretika, untuk menyelesaikan masalah yang lain. Masalah sebenarnya ialah SEO. Blogawan wordpress ramai yang pakar SEO, saya bukan pakar SEO, tetapi tidaklah bodoh sangat sehingga tidak mengetahui apa-apa. Bagaimana se...

Pandangan Politik Hasbullah Pit

Oleh kerana ini musim pilihanraya, ramai yang ingin menggoogle isu politik, PERANG SEO bermula , maka saya kumpulkan kesemua pandangan saya yang berkaitan politik di blog ini pada 1 laman yang boleh diindeks oleh jentera gelintaran. http://taman-pitis.blogsite.org/politik/ Iklan: Beras Padu