Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Force India

Penamaan Calon Parlimen Albert Park

Bahang pilihanraya masih belum reda, Peminat F1 jangan lupa untuk menyaksikan penamaan calon baru Parlimen Albert Park esok. Waktu siaran adalah siang, jangan jadi seperti saya tahun lepas yang kononnya nak lihat GP suzuka pada waktu malam. heh. Penamaan calon kali ini tetap mempunyai 3 sesi, akan tetapi sesi ke tiga lebih pendek. (sesi ini juga dikenali sebagai tempoh bantahan). Terdapat juga muka baru dan parti baru bertanding di parlimen Albert Park. Nelson Piquet Jnr - Parti Renault Kazuki Nakajima - Parti Williams Toyota Timo Glock - Parti Toyota (sebelum ini pemandu ujian BMW Sauber) Sebastian Vettel - Toro Rosso-Ferrari Sebastien Bourdais - Toro Rosso-Ferrari Manakala parti baru ialah parti " Force India ", yang menggunakan bekas calon yang pernah bertanding atas tiket parti lain sebelum ini iaitu Adrian Sutil dan Giancarlo Fisichella Minggu depan, Parlimen Sepang akan digegarkan.

Ramalan Tarikh Pilihanraya 23 mac 2008?

Tarikh pilihanraya memang menjadi spekulasi ramai orang, hampir kesemua meneka ianya akan berlaku sebelum april, kerana selepas april, Anwar Ibrahim dibenarkan untuk bertanding. Selain daripada kalendar masehi , Kalendar hijrah dan kalendar cina dijadikan rujukan, Kalendar F1 tidak dikecuali dijadikan rujukan untuk menetapkan tarikh pilihanraya. Berdasarkan pada pilihanraya 2004, Pilihanraya dijalankan serentak dengan hari perlumbaan Formula 1 GP Malaysia, bersamaan hujung minggu ke-2 kalendar F1. Walaupun membuatkan pilihanraya serentak dengan penganjuran Formula 1 adalah sesuatu yang tidak kena, akan tetapi perkara itu tidak mustahil bagi PakLah, kerana dia telah melakukannya sebelum ini. Dan tidak dinafikan PakLah mampu untuk mengulangi sejarah dan seterusnya mencatat rekod dunia, satu-satunya pemimpin yang membuat pilihanraya serentak dengan F1 selama 2 kali. Pasti rekod ini tidak akan dipecahkan oleh negara lain. Jadi dengan ini saya meramalkan pilihanraya adalah 23 Mac 2008, b...