Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Harga

Penyelesaian buat Peniaga Topup Kecil-kecilan

Saya agak memahami masalah peniaga topup yang kos datang untuk topup RM 10, adalah lebih daripada RM 10. Ada yang RM 10.20, ada yang RM 10.30. Anda memang boleh jual harga RM 10.60. Tapi ada syarat-syaratnya yang perlu dipatuhi supaya tak kena komplen, atau boleh tangkis 'lawatan KPDNKK'. Kebanyakan peniaga topup kecil-kecilan tidak mendaftar GST, tetapi dikenakan GST ketika membeli dari pembekal. Anda boleh jual harga markup berdasarkan harga datang yang sudah dikenakan GST. Namun AWAS. Perkara no 1 sekali adalah tidak sebut GST langsung . Saya ulangi, tidak sebut GST langsung . Maksudnya begini, memandangkan kedai topup anda tidak mendaftar GST, maka memang tak boleh beritahu pada pelanggan yang topup anda jual itu dikenakan GST. Walaupun anda dikenakan GST, tapi diperingkat anda dengan pelanggan, anda tak boleh sebut GST langsung. Cukup sekadar umumkan "Kami jual Topup RM 10, pada harga RM 10.60" Kalau pelanggan tanya, kenapa RM 10.60. Jang...

Harga bukan hak mutlak penjual

Saya terjumpa komen sebegini Ambil contoh senario: Harga bukan hak mutlak penjual Harga sebenar berlaku apabila wujudnya persetujuan jual beli. Penjual nak jual harga RM 100. Pembeli nak harga RM 80. Penjual tak boleh bagi harga RM 80, tetapi penjual boleh bagi harga RM 95. Pembeli upkan lagi, boleh beli harga RM 90. Penjual tetap tak boleh beri harga RM 95. Akhirnya pembeli setuju, untuk terima harga RM 95. Adakah pembeli kena ucap terima kasih, dan dicop "tak beradab" ? Bukankah penjual perlu berterima kasih pada pembeli sebab terima harga RM 95? Adakah pembeli pula cop penjual tidak beradab jika tak ucap terima kasih apabile pembeli setuju harga yang penjual pinta? Dalam urusniaga jual beli, 2 pihak adalah setara. Agak menghairankan juga apabila ramai orang menyalahkan peniaga apabila menaikkan harga barang. Walhal, urusniaga antara dua belah pihak. Kedua-dua memainkan peranan menentukan harga. Adakalanya 2 belah pihak itu tidak boleh ber...

BN Akhirnya Mengaku Tak Mampu Kawal Harga Minyak

Akhirnya diumumkan bahawa Kerajaan menghapuskan kawalan harga terhadap RON 95 dan menjadikan "Managed Float" atau Apungan Terurus. Ianya belum 100% diapungkan, tetapi dia ikut lebih kurang harga sebenar. Maka tumbanglah rejim kawalan harga, yang dahulunya menyangka boleh mengambil tugas Allah dalam menentukan harga, namun pasti gagal. Sistem kawalan harga BN ini telah banyak menimbulkan banyak masalah. Masalah gula "tiada" bekalan, masalah minyak masak "tiada" bekalan walaupun negara kita adalah pengeluar sawit terbesar dunia. Ingat lagikah masalah disel  dikuotakan sehingga lori-lori besar keluar lebuhraya untuk beratur beli disel. Kemudian disebabkan kuota juga, Stesen minyak bergilir-gilir kehabisan bekalan, walaupun dalam perut bumi ada banyak lagi minyak. Tidak dilupai masalah penyeludupan yang berpunca daripada perbezaan harga yang ketara. Siap ada buat paip untuk terus salur ke Thailand. Itulah hasil daripada manusia yang nak cuba ...

Bebaskan... Bebaskan .. Sekarang Masa Terbaik Bebaskan Harga Minyak

Dunia agak pelik apabila melihat pengeluar minyak Arab Saudi nak harga minyak rendah . Apa yang Amerika sudah cucuk, saya pun tak tahu. Sebelum ini Harga minyak di Malaysia dikawal oleh manusia, bila harga dunia tinggi, harga Malaysia rendah. Bila harga dunia rendah, Malaysia pula tinggi. Kalau turun naik, OK lah juga, tak guna wang rakyat nak bohongkan harga . Tapi kalau sentiasa di bawah paras dunia, makin lama makin banyak hutang negara. Bebaskan, Bebaskan, Tak mampu bertahan lagi. Jadi Harga minyak perlu dibebaskan sementara ianya tengah rendah. Hal arab Saudi itu biarlah dia fikirkan sendiri. Di Malaysia, harga minyak sentiasa di bawah paras dunia, sejak selepas krisis kewangan 1998. Jangan ingat kesan Krisis itu sudah habis. Kalau Ringgit di paras RM 2.50 == 1 USD baru boleh isytiharkan habis. Bebaskan... Bebaskan... Terlalu banyak masalah berlaku akibat nilai ringgit yang tak mesra harga komoditi minyak. Banyak lubang, banyak tampal. Tampal guna subsidi, berlu...

Pakatan Rakyat Menyokong Sistem Kawalan Harga BN

BN selama ini mencandukan rakyat dengan kawalan harga. Walaupun BN banyak mencetak duit daripada angin, atas nama defisit, perbekalan tambahan, bon/sukuk , tetapi Pakatan Rakyat tetap menyokong Sistem Kawalan Harga BN. BN telah berjaya menyembunyikan kesan inflasi dengan mengawal harga, dengan merompak duit anak cucu, subsidikan harga supaya kelihatan murah. Walhal, rompakan terus berlaku. Namun Pakatan Rakyat yang sepatutnya menolak sistem kawalan harga BN, termakan candu yang diberi BN, untuk terus bersama candu. Candu kawalan harga dianggap lebih nikmat daripada s3ks. Maka apabila perubahan harga oleh kerajaan. Maka berbalahlah penyokong kawalan harga. Ada yang kata tak boleh naik 20 sen, ada yang kata kena kurangkan candu sebab hutang dah banyak. Mereka BN dan Pakatan sama-sama menyokong sistem kawalan harga BN. Apa perlunya Pakatan Rakyat menyokong BN merompak hak anak cucu kita? Apa perlunya menambah hutang hanya untuk menyenangkan generasi 'kuat selfie',...

Harga 'Barang' Tak Jadi Turun Jumaat?

Telah diberitakan kononnya harga 'barang' turun hari jumaat. Zubli ada tanya: Boleh Caya Ke Cakap Pemimpin Politik Harga Barang Turun Jumaat? Maka tersebarlah sms kononnya harga 'barang' akan turun pada khamis malam jumaat, 24 okt 2008. Khabar angin itu popular disebarkan di kalangan pengusaha stesyen 'barang', ada yang cuba membatalkan pesanan 'barang', ada juga yang mengeluh mempersoalkan kenapa syarikat 'barang' tertentu tidak membenarkan pembatalan. ada yang kata penurunan harga 'barang' 30 sen'. Macam-macam lagi. Namun, ramai yang tertipu rupanya. Mengikut logik akal yang asas, Mana ada orang suka 'barang' turun malam jumaat.

Isu kenaikan harga barang, Kementeri Kewangan tidak dipersalahkan?

Semalam (14 jan), saya pergi ke satu sesi KPDN "menerangkan" tentang isu kenaikan harga barangan. Dalam ucapan Datuk Shafie Afdal, dia begitu terperinci menceritakan tentang "subsidi" untuk menurunkan harga, penyeludupan, masalah-masalah yang dihadapi untuk menangani kenaikan harga. Akan tetapi dia hanya bercakap tentang dunia dia, dimana dalam sistem kawalan harga sekarang, amatlah sukar untuk mengawal harga. Akan tetapi, dia tidak sedikitpun menyalahkan kelewatan PakLah selaku menteri kewangan pertama melepaskan tambatan ringgit sebagai punca segala masalah kenaikan raga. Susah juga, menteri kewangan adalah boss dia, kalau menteri kewangan hanya rakan sejawat dia, mungkin dia boleh "marah" kementerian kewangan. Maka pada sesi soal jawap, saya bangkit untuk mengemukakan soal matawang yang menjadi punca segala masalah. "Harga minyak dalam USD naik 100% dalam 5 tahun" "Harga minyak sawit juga naik" "Akan tetapi nilai dollar merosot ...

Tahun baru, Tamatnya jaminan tidak menaikkan harga minyak.

Pada 31 Disember 2007, apabila menjelang 2008, ramai yang sudah tahu, tamatnya jaminan Perdana Menteri minyak tidak dinaikkan "tahun ini". Saya telah bersedia lebih awal, sejak awal disember, kerana jualan minyak pada krismas dan Hari Raya Korban tidak boleh diduga. Jadi saya telah membuat pengubahsuaian pada pesanan supaya tangki penuh pada 31 Disember. Walaupun saya amat pasti minyak tidak akan dinaikkan sebelum pilihanraya, akan tetapi langkah berjaga-jaga perlu diambil. Akan tetapi pengguna lebih kedepan dalam mengetahui tentang kenaikan harga minyak. Pada petang hari, wawa menelefon saya untuk kepastian kenaikan harga minyak, kerana menurut nabora , telah heboh berita tentang kenaikan harga minyak. Akan tetapi saya sendiri tidak pula mendapat SMS tentang kenaikan harga minyak. Ada yang begitu yakin ia akan dinaikkan 40 sen. Walaupun jam sudah melebihi 12 pagi, mereka tetap datang dengan penuh yakin. Mereka berasa lega kerana harga minyak belum dinaikkan. Kemudian ada l...

Keanjalan Harga

Orang selalu kutuk orang berniaga : “Dia bukan ikhlas. Letak harga mahal. Nak cepat kaya la tu.” Hakikatnya itulah yang sering diperkatakan oleh pelanggan Melayu terhadap peruncit Melayu. Peruncit Melayu biasanya tak pandai "Buang" harga. Dari mana datangnya istilah buang harga ? saya pun tak tahu. Tetapi itulah istilah yang digunakan apabila seorang peruncit merendahkan harga sesuatu barangan untuk bersaing dengan peruncit yang lain. Sebenarnya jarang saya jumpa peruncit Melayu main buang harga. Takut rugi. Tetapi mengapa peruncit bukan melayu dan peruncit asing boleh main buang harga? Salah satu sebab peruncit asing, seperti Tesco boleh buang harga, sehingga lebih murah daripada " Harga Datang " adalah kerana pembekal telah membayar sewaan ruang kepada peruncit itu. Jadi secara automatik kos sesuatu barangan yang melibatkan sewaan ruang itu akan turun. (" Harga datang" adalah istilah yang biasa digunakan bagi merujuk pada harga barangan yang dibeli oleh...