Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pelacuran

Bahasa Melayu Dilacurkan di Blog ADUN Melaka

Sebelum ini saya pernah menegur Ahli Parlimen Kulim tentang gaya bahasanya yang menyebabkan pengunjung bukan melayu sukar untuk memahaminya . Memang sukar untuk menerangkan kepada rang Melayu bahawa Bahasa Melayu Baku boleh merapatkan jurang komunikasi antara kaum. Rupanya keadaan berlaku lebih teruk di Negeri Melaka. Ini bukan catatan blog menyalahkan ADUN atau Ahli Parlimen BN di negeri Melaka.Akan tetapi menyarankan supaya ADUN dan Ahli Parlimen di Negeri Melaka bertanggung jawap dengan blog sendiri. (ayat macam Menteri Penerangan) Terdapat sekurang-kurangnya 3 blog ADUN/AP di Melaka dimana Bahasa Melayunya dilacurkan dengan sebegitu teruk. Adakah itu imej yang hendak disampaikan selaku Blog Rasmi ADUN? Pelacuran bahasa di Blog ADUN Ayer Limau : projek itu menampakan yg MB S'ngor yg br tdk mngambil kra sestivity org ISLAM yg b'bngsa MELAYU...tdk kh projek itu dibna b'dktan kaw org ISLAM...b'sbelhan umah org ISLAM.. ingin d ingtkan bhwa kte sume wajib tkt dgn HUKUM ...