test

Selasa, 24 Februari 2009

Dinar Emas, Lain ditanya, Lain Timbalan Menteri Jawap

Menurut MPPAS, Dr Dzulkefly telah meyampuk tentang Dinar Emas di Parlimen.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun soalan ini menyinggung perkara yang lebih khusus tentang penggunaan mata wang dan cadangan daripada Yang Berhormat Arau itu menjurus kepada satu usaha kerajaan ntuk
mengarus perdanakan penggunaan mata wang dinar, tetapi seperti mana yang saya bangkitkan semalam, persoalannya pada akhirnya adalah satu komitmen untuk meletakkan bukan hanya persoalan penggunaan dinar emas itu sebagai satu yang dikatakan mengambil alih fiat money kerana money ini ada beberapa bentuk sama ada commodity money, representative money ataupun fiat money yang digunakan hari ini.

Soalannya, itu tidak meletakkan Tuan Yang di-Pertua kita sudah semacam nampak komitmen kepada kewangan Islam kerana yang menjadi utama yang perlu kita keluarkan ataupun yang kita arus perdanakan adalah kewangan Islam yang keluar daripada sistem ribawi.

Dengan kata lain walaupun kita kata kita sudah ada kewangan Islam, tetapi akhirnya dia masih sangkut dengan all the conventional finance dengan izin kerana ia masih sangkut dengan penentuan OPR atau penentuan interest rate.

Itu lebih saya kira mustahak untuk ditangani oleh sebuah kerajaan seperti kita dan penggunaan kewangan dinar emas ini tentunya merupakan satu lobi yang begitu besar untuk kita memenangi hati budi negara-negara OIC khususnya pertama.

Jadi minta penjelasan sikit apakah ke arah itu ada usaha-usaha kita untuk kita benar-benar mengarus perdanakan kewangan Islam. Terima kasih


 Namun apa yang dijawap ialah tentang "Kewangan Islam" yang masih bersandarkan wang Fiat.


Timbalan Menteri Kewangan l [Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah]: Tuan Yang di-Pertua, apabila berlaku krisis kewangan bermula dengan sub-prima Amerika Syarikat dan ia merebak ke seluruh dunia.
Di dalam mesyuarat IMF dan World Bank, Malaysia telah menyuarakan pandangan kita bahawa sudah tiba masanya dunia melihat kepada sistem kewangan Islam dan kita menjadikan Malaysia model kerana Malaysia merupakan model yang unik bagi dunia.

Di sini kita ada sistem konvensional dan kita ada sistem Islamic Banking dan ia amat
berjaya. Di mesyuarat-mesyuarat yang lain termasuk di Islamic Bank, kita kata inilah masanya untuk kita memperkembangkan sistem ini kerana kepercayaan masyarakat dunia kepada sistem konvensional sudah makin luntur.

Jadi saya berani menyatakan kepada Yang Berhormat, ini adalah asas utama kita. Salah satu produk yang kita kembangkan kepada global adalah sistem kewangan Islam.

 Rupanya Soalan asal adalah daripada Ahli Parlimen BN,

Soalan asal No. 7 - Dato’ Ismail Kasim [Arau] minta Menteri Kewangan menyatakan, apakah kerangka
strategi kerajaan untuk memperkenalkan dinar emas sebagai mata wang dan sekali gus
membolehkan bank dan kewangan Islam memainkan peranan yang lebih bermakna sejajar
dengan Resolusi Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) yang meminta kerajaan menyegerakan
pelaksanaan penggunaan dinar emas.
BN pun BN lah, terima kasih kepada Ahli Parlimen Ismail Kasim kerana membangkitkan soalan berkenaan Dinar Emas di Parlimen.

Rasanya saya perlu beritahu, musuh utama Dinar dan Dirham ialah "Bank" dan "Kewangan Islam".

"Kewangan Islam" diwujudkan supaya menghalalkan sistem perbankan yang sebelum ini kelihatan haram.

Pinjaman dalam "Kewangan Islam" adalah berasal daripada duit yang tidak wujud. Apabila duit itu diwujudkan, maka hanya akad pinjaman itu yang berlandaskan syariaah.

Jadi, apabila MP Arau bertanya tentang Dinar Emas, satu perkara yang perlu dielakkan ialah mengharap Bank.

Bank bersangkut rapat dengan Bank Pusat, atau di Malaysia "Bank Negara", bersangkut paut dengan IMF.

Mana mereka mahukan penggunaan Dinar dan Dirham.

Mereka mahu emas, yang hanya jadi "rizab" , duduk diam diam di tempat simpanan.

Mereka tidak mahu emas jadi matawang, paling teruk pun mereka kononkan sahaja duit itu bersandarkan emas.

Mereka tidak mahu emas digunakan sebagai matawang secara langsung.

Jadi memanglah IMF dan World Bank suka benar "Islamic Banking" kerana ia kelihatan halal 100%, walaupun hanya akad sahaja yang halal.

Apabila umat islam sudah merasakan cukup halal dengan "perbankan Islam", maka kuranglah pejuang Dinar dan Dirham.

Persoalan yang diutarakan oleh Dr Dzul itu betul, mengapa masih bersandar pada OPR yang ribawi itu?

Sedangkan boleh diwujudkan terus pinjam 10 dinar bayar 10 dinar, tidak perlu ada penambahan yang perlu dibayar oleh peminjam. Kalau ada pun, ianya sepatutnya sekadar caj perkhidmatan yang minimum.

Namun disebablkan duit itu fiat, dan nilainya menurun setiap hari, (diambil oleh Obama untuk menyerang Afghanistan), maka "Kewangan Islam" masakini meletakkan pembayaran yang lebih tinggi disebabkan oleh "time value of money", dan seterusnya mewujudkan "keuntungan".

Jadi Dr Dzulkefly dan Ismail Kasim, perlulah bercakap tentang dinar emas dan dirham perak sambil mengharapkan satu institusi yang bebas daripada Bank Negara untuk melaksanakannya.

Bank Negara itu sendiri tidak mempunyai kuasa untuk mengawal emas digunakan sebagai alat jual beli atau pelaburan yang tidak melibatkan ringgit langsung. Malah mereka telah menetapkan syarat kukubesi jual beli iaitu "Urusniaga mestilah dalam Ringgit Malaysia"

2 comments:

  1. Bhai...

    Biasalah diorang itu macam... Menteri dan Timbalan Menteri tue bukannya pandai mana pon... semua harap diorang punya staff yang kasi maklumat... dia tukang baca jer... hahahaha... macam burung kakak tua jer.... hahaha

    BalasPadam
  2. Biasalah orang politik. Kadang-kadang apa yang dicakap tak semestinya betul...

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit