Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Patani

Cadangan Untuk Memastikan Keamanan di Selatan Thai

Nampaknya kerajaan Thai telah gagal menjaga keselamatan orang Islam di Patani, oleh itu saya mencadangkan perkara berikut untuk tujuan kedamaian di Selatan Thai. 1. Tentera Malaysia pula berkawal di kawasan itu selama 150 tahun. 2. Tentera dan Polis Thai tidak boleh memasuki wilayah itu selama 150 tahun. 3. Kerajaan Thai perlu membayar ufti sebanyak 50 aun emas setahun kepada Kerajaan Malaysia sebagai upah kepada Tentera Malaysia. 4. Sains dan Matematik  diajar dalam Bahasa Siam, selaras dengan dasar kerajaan Malaysia menggunakan bahasa penjajah dalam 2 matapelajaran itu. 5. Perdana Menteri Thailand akan dilayan dengan penuh kemasyuran sekiranya datang melawat 3 wilayah itu.

Erti Kemerdekaan yang Sempit?

Anwar Ibrahim di blognya menceritakan tentang erti Kemerdekaan . Menemukan Kembali Erti Kemerdekaan Akan tetapi komen saya di blognya itu tidak dilepaskan. Hasbullah Pit Aug 30th, 2008 at 7:38 pm Kemerdekaan sebenar ialah apabila seluruh Nusantara Merdeka. Selagi Patani di jajah Thailand, dan Moro dijajah Filipina. Selagi itu bukan kemerdekaan sebenar. Selagi kesan Penjajahan Inggeris Belanda yang memisahkan nusantara sehingga hari ini, selagi itu belum benar merdeka. Selagi kesan perjanjian Anglo-Siam masih ada, selagi itu kita belum boleh merdeka sepenuhnya. Tuan-tuan dan puan-puan, Tanah Melayu hanya 80% merdeka. Kesan Perjanjian Anglo Siam masih lagi memberi impak kuat kepada tanah-tanah kita yang masih dijajah siam. Perjanjian Anglo Siam menyebabkan sebahagian dari Tanah Melayu disahkan sebagai milik Siam oleh British. Mana boleh. Hari ini Hari Kemerdekaan, jangan hadkan pemikiran kita tentang kemerdekaan yang diberikan oleh British sahaja...

Kol Akara Thiproj Sila Cermin Diri Dahulu

2 Pejuang Islam yang berasal dari Melaka ditangkap di Selatan Thai , Jurucakap tentera, Kol Akara Thiproj ketika dihubungi berkata siasatan awal mendapati ibu seorang daripada suspek itu mempunyai seorang saudara perempuan di kawasan Sungai Padi. Beliau berkata pihak berkuasa masih belum menentukan sama ada untuk menahan mereka kerana pembabitan dengan puak pemisah, sambil menambah bahawa tentera, polis dan pendakwa akan membuat keputusan selepas siasatan selesai. " Bagaimanapun mereka sudah tentu akan didakwa memasuki negara ini secara tidak sah. Kami juga berharap memperoleh lebih banyak maklumat dari mereka di mana ustaz itu berada," katanya. Bangkok telahpun menggerakkan lebih 20,000 tentera ke tiga wilayah selatan, selain empat daerah di Songkhla untuk menentang kumpulan puak pemisah yang menggunakan taktik gerila dan bom pinggir jalan. Cerminlah diri dahulu sebelum mengatakan 2 pelajar itu masuk secara tidak sah. Penjajahan Thai ke atas 3 wilayah itu tidak pernah Sa...

Catatan untuk Palestine

Hari ini 15 Mei 2008. Selain daripada sebagai hari terakhir bagi mencarum KWSP bulan ini, hari ini juga dipnggil sebagai hari Palestin, kerana pembentukan Israel sebagai 1 negara berlaku pada 15 mei 1948. Ramai di antara pembaca islam yang mungkin tidak faham mengapa kita perlu bersungguh-sungguh mempertahankan palestine. Oleh itu sila cari/beli/baca buku "Baitul Muqaddis Tanggung jawap Umat Islam" tulisan Dr Yusuf Al Qardawi. Dahulu, ada pernah kawan saya mencadanngkan supaya palestine berundur dahulu, akan tetapi bagi saya itu bukan langkah bijak, perkara yang nak dipertahankan adalah tanah dan wilayah. Sekitranya berundur, maka jadilah seperti Melaka yang dijajah beratus tahun. Sultan Melaka sepatutnya tidak lari dan terus mempertahankan Melaka sehingga akhir hayat, dan bukannya berundur dan cuba menyerang balik. Kerana yang hendak dipertahankan itu ialah tanah melaka bukannya nyawa Sultan. Kerana sebab itulah masih ramai yang masih berada di Palestin mempertahankan tanah...