Samad Said nafi dia diperalatkan "pembangkang", tetapi tidak pula dia mengaku memperalatkan "Pembangkang".
Siapa yang peralatkan siapa?
Adakah Pakatan Rakyat memperalatkan bahasa, atau budak sekolah rendah memperalatkan PAS?
Cikgu Matematik peralatkan PKR?
Wujud juga persoalan kenapa sekarang baru nak tentang? Kenapa tak tentang sejak dari dulu?
Sebenarnya memang wujud tentangan dari dulu, tetapi ianya tidak ditentang oleh PAS secara serius.
Tidak sampai turun ke jalanan, dan serah memorandum itu ini, ketika itu tiada sekretariat khas untuk isu ini.
PAS memang tentang PPSMI dari dulu, walaupun ada sebahagian ahli tak setuju.
Penentangan terhadap PPSMI juga dilihat oleh PAS menerusi ceramah-ceramah sebagai "susah", jarang pula dikeluarkan hujah "mengelak bahasa dari kepupusan", tiada cerita "perbandingan tamadun" .
Tidak kedengaran pula hujah, perlunya Bahasa Umat Islam dijadikan Bahasa Ilmu.
Bahasa umat Islam itu merujuk kepada yang ditutur oleh majoriti umat Islam di Kawasan tertentu, seperti Bahasa Melayu, Pasto, Urdu.
Jadi, situasi agak sukar, kalau nak yakinkan PAS supaya tentang PPSMI sungguh-sungguh, kerana ada sedikit unsur Assobiah. Nak perjuangkan "Bahasa Melayu", ada perkataan "Melayu". Bila ada "Melayu" seolah-olah menyerupai UMNO.
Tetapi, PAS berjaya diyakinkan oleh golongan Mahasiswa, kuasa ke 3 politik Malaysia. Dibongkarkan semua statistik yang ada dengan bantuan professor yang ada.
Maka kerana itu gerakan kali ini begitu kuat, kerana sokongan PAS.
Untuk lebih tepat, PAS (kecuali "Aduka Taruna" dan "Penarik Beca")
Jadi, kalau nak sesuatu dilawan secara habis habisan, Faktor PAS kena ada.
PAS ada kuasa untuk menggerakkan ribuan penyerang berani mati untuk turun ke jalanan.
Sebenarnya, ada banyak lagi perkara yang golongan mahasiswa perlukan sokongan PAS untuk dijayakan.
Tentang US-FTA
Anti Konsumerisme
Penentangan terhadap seigniorage
Ada banyak lagi.
Maka golongan Mahasiswa perlu tunggu satu-satu.
Mungkin kena ambil masa lebih daripada 5 tahun untuk yakinkan PAS supaya boleh turun ke jalanan menantang perkara yang dinyatakan di atas.
Kalau abg nak tgk, PAS kena serius ada budaya ilmu bukan cheap politicking.
BalasPadamA Samad Said buat apa yang beliau rasakan betul dan apa yang beliau perjuangkan selama ini..soal diperalat atau memperalatkan tidak menjadi isu
BalasPadamerm..apapun mmg nampak kekurangan isu ini especially bile kita pi tgk kat sekolah2 yg majoriti budak2 melayu jerk (area kampung)
BalasPadamIni bukan soal memperalat atau diperalat sebenarnya...ini adalah soal jati diri ummah dan Bahasa Melayu adalah pemangkin kepada jati diri Islam di Malaysia.
BalasPadam- MENJ