Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Peraduan

Leornado Da Vinci Bukan Sekadar Pelukis Seperti Leornado Dicaprio dalam Titanic

Anda kenal Leonardo Davinci? Mungkin akan mengenali dia sebagai pelukis potret monarita monaliza. Namun orang seperti saya lebih menghormatinya sebagai ahli kejuruteraan yang hebat. Mungkin dia tidaklah hebat sangat, Disebabkan orang ketika itu bodoh, dia kelihatan hebat. Dunia barat masih belum percaya bumi itu bulat. Inggeris masih belum jumpa jalan laut ke Asia. Terdapat banyak lukisan kejuruteraan yang telah dilukis oleh beliau, terdapat rancangan Discovery yang menunjukkan bagaimana manusia yang tidak betul cuba merelalisasikan kembali lukisannya sebagai benda nyata. Rujuk: http://dsc.discovery.com/tv/doing-davinci/doing-davinci.html Mahu buat kereta kebal guna kayu ? Atau mahu buat basikal guna kayu ? Adakah benar semua ciptaan Da Vinci ciptaannya? Ianya juga boleh dipersoalkan, kerana Itali bukanlah jauh sangat daripada Andalusia, Sepanyol dimana letaknya tamadun Islam yang agung. Tamadun Barat memang sedikit pelik, Mereka boleh mengaku menjumpai Amerika, tatkala di situ meman...

Klonkan Diri Anda , Beraya Gaya Mamee

Seronok betul melihat diri sendiri diklonkan untuk dijadikan Kad Raya. Tak sangka zaman ini kad raya boleh bergerak gerak. Apa yang anda perlu lakukan ialah melayari  http://www.rayagayamamee.com.my/ Anda akan nampak gambar seorang wanita, dan 2 orang lelaki yang ingin memakan Mikrofon kerana tak dapat makan mamee Sllrrrip. Apabila anda sudah mendaftar di laman itu, anda boleh logmasuk ke laman itu untuk menghantar kad raya dalamtalian versi gerak-gerak. Hanya penerima yang mempunyai alamat emel dan talian internet sahaja. Saya telah menilih " Animasi "  dan boleh muat naik gambar. Maka saya pun muatnaik gambar kepala tergantung saya supaya saya boleh diklonkan dan dimasukkan kedalam Fillmore. (Diruangan Ahli 1) Hasilnya, penerima akan menerima kad raya sebegini: Jika anda adalah pengguna Nuffnang, anda juga boleh menang RM 300 . Sekiranya anda kempunan Bubur Lambuk, Rebus beras, kemudian anda boleh gunakan perendah Mamee Sllrrrp untuk dicampurkan ke d...

Keputusan Peraduan PETRONAS Hot Cars Cool Cash, Siapa Menang Proton MPV?

Siapa menang Proton MPV pada Peraduan PETRONAS 'Hot Cars Cool Cash'? Mana ada orang menang hadiah Proton MPV , kerana Proton MPV masih belum keluar dan Proton MPV tidak ditawarkan sebagai hadiah dalam peraduan itu. Keputusan peraduan telahpun dikeluarkan namun agak sukar untuk mencarinya melalui google. Kenapa? Saya pun tak faham, bagaimana satu syarikat yang berbelanja jutaan ringgit untuk promosi mengabaikan faktor SEO dalam mempromosikan peraduannya. Mereka lebih suka perkataan yang ada dalam peraduan itu disiarkan dalam bentuk imej berbanding teks. Ia membuka ruang kepada para blogawan yang ingin mendapatkan SEO yang tinggi supaya membuat satu catatan blog berkenaan " Keputusan Peraduan PETRONAS Hot Cars Cool Cash ". Selain daripada PETRONAS, PROTON juga satu syarikat yang yang tidak peduli SEO. Maka ramailah bermain dengan kata kunci Proton MPV. Walaubagaimanapun, Proton kini mempunyai teknik pemasaran yang agak 'kool' lebih kurang macam Ap...

Keputusan Peraduan Pengeluaran KWSP Untuk Emas

Hadiah Pertama: RM 100 Simpanan Hari Tua Anda - GARAM 31,195 undi. Pemenang Hadiah Kedua: RM 50 Emas, emas dan emas - ASAL 15,524 undi Hadiah saguhati: RM 15 (untuk 10 orang pemenang). (kesemuanya hanya mendapat 92 undi, tapi tidak hilang wang pertaruhan) demi incik sebol...... - Sishoney Emas,KWSP & Encik Hasbul. +PsyChoMaTix+ encik hasbullah yang hensem - JeBorn KWSP GOLD ? - HardyWeb Withdrawing KWSP to buy gold ? - |1f34|-|1r3 Pelaburan Emas VS Pelaburan ASB - Afham PELABURAN EMAS lwn PELABURAN KONVENSIONAL Naim Jalil Emas Bernilai 1 JUTA RINGGIT?? Dookie (mp3syok) Emas Tempayan - Jie (Hidup Biar Sedap) Simpanan Hari Tua Anda | Emas KWSP Abd Fatah Kepada semua Pemenang, Sila emelkan nombor akaun bank anda ke alamat sebolku (a) yahoo.com.

Seminar Dinar Emas Di UiTM Johor?

Menurut Dziauddin : Insya Allah pada 16 Okt 2008, penulis bercadang mengadakan Seminar Dinar Emas di UiTM Johor. Kertas cadangan seminar sedang dalam pemibikinan. Itulah masa untuk membentangkan apa yang patut dibentangkan. Yang paling utama, suara-suara Peserta Peraduan Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas yang bernas itu boleh dibentangkan. Anda adalah sebahagian daripada revolusi yang lebih besar. Mungkin bagi sesetengah pihak, yang mengatakan ianya "merapu". ni lagi satu pemimpin pas, entah apa2 lah dia ni, merapu. jadilah contoh yang terbaik. macam ni ke Pas nak perintah Serkam. Jangan mimpilah. Mungkin selepas ini akan ada suara seperti "Aku tak mahu ambil tahu, apa yang awak tahu dan faham tentang Dinar Emas". Adalah dimaklumkan juga, Keputusan Pemenang Peraduan itu akan diumumkan sebaik sahaja Keputusan Pilihanraya kecil Permatang Pauh diumumkan.

Peraduan "Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas" Sudah Tamat

Peraduan sudah tamat. Berikut adalah penyertaan yang ada. Minta jasa baik peserta (atau bukan peserta) untuk menyiarkan keseluruhan senarai penyertaan sebagai satu langkah meningkatkan pautanbalik kepada peserta-peserta. --mula-- demi incik sebol...... - Sishoney Emas, emas dan emas - ASAL Simpanan Hari Tua Anda - GARAM (secukup rasa) Emas,KWSP & Encik Hasbul. +PsyChoMaTix+ encik hasbullah yang hensem - JeBorn KWSP GOLD ? - HardyWeb Withdrawing KWSP to buy gold ? - |1f34|-|1r3 Pelaburan Emas VS Pelaburan ASB - Afham PELABURAN EMAS lwn PELABURAN KONVENSIONAL Naim Jalil Emas Bernilai 1 JUTA RINGGIT?? Dookie (mp3syok) Emas Tempayan - Jie (Hidup Biar Sedap) Simpanan Hari Tua Anda | Emas KWSP Abd Fatah --- tamat -- Keputusan akan diumumkan dalam masa beberapa hari. Harap bersabar. Nasib baik bilangan penyertaan sama dengan bilangan hadiah, maka semua daoat hadiah. Cuma nak tentukan siapa yang dapat no 1 dan no 2 sahaja.

3 Peraduan Blog Akan Ditutup Tidak Lama lagi

Tarikh Tutup Peraduan Pengeluaran KWSP Untuk Emas adalah Esok (20 Ogos). Kebetulan, Tarikh tutup Peraduan " Jika Aku Pemimpin Malaysia " Anjuran blogikus.com juga Esok 20 Ogos Hari ini, Adalah Hari terakhir untuk Peraduan " Nuffnang gift Idea Contest ". Hadiah tempat pertama telah dinaikkan menjadi RM 2000. Mana Kakjie ? Kata nak hantar catatan blog Peraduan Pengeluaran KWSP Untuk Emas ? Masih simpan di dalam draf? Oleh kerana Kak Jie begitu selalu mengatakan dia "Makcik Cleaner yang Tersohor", Maka saya hadiahkan Kak Jie Pembersih Hampagas Panasonic . Rupa parasnya sama dengan pembersih hampagas di rumah saya. Kalau Kak Jie yang profesional itu rasa terhina dengan pembersih hampagas di atas, kakjie boleh ambil pembersih hampagas Karcher Wet & Dry Vacuum Cleaner . Boleh sedut walaupun basah. Kelihatan agak profesional, kerana Ralf Schumacher dan Jarno Trulli pun guna Karcher untuk membersihkan Kerata Formula 1 nya.

Jika Aku Pemimpin Malaysia

Ini adalah catatan untuk peraduan Jika Aku Pemimpin Malaysia yang dianjurkan oleh blogikus . Disebabkan syarat peraduan tidak boleh menulis tentang politik walaupun tidak berbentuk kepartian, maka pening pula kepalaku. boleh..entri mesti tiada kaitan dengan politik Apa nak tulis yang berkaitan dengan Jadi Pemimpin Malaysia kalau tidak tulis tentang politik? Jadi tidak dapatlah saya meulis tentang mengubah struktur kementerian, seperti menggabungkan beberapa kementerian menjadi Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan ., begitu juga untuk meletakkan kementerian perumahan dan KPDN di bawah Kementerian Kewangan. Kerana ianya politik. Tak dapat juga saya ceritakan tentang memperkasakan Dinar sebagai matawang kerana ianya politik. Tak dapat saya ceritakan tentang memberikan harga disel lebih murah kepada pengusaha bas sekolah kerana ianya politik. Tak dapat juga saya ceritakan supaya pembayaran gaji mengikut kalendar cina , kerasa ia melibatkan dasar dan dikira politik Tak dapat juga sa...

Hadiah Ditambah RM50: Peraduan Pengeluaran KWSP untuk Emas

Disebabkan saya sudah menang RM 50 Peraduan "mencadangkan nama domain" , maka saya berbesar hati untuk memaklumkan bahawa hadiah ditambah dengan "Tempat Ke 2" memperolehi sebanyak RM 50. Menjadikan senarai Hadiah Peraduan Pengeluaran KWSP Untuk Emas adalah seperti berikut. Hadiah Pertama: RM 100 Hadiah Kedua: RM 50 Hadiah saguhati: RM 15 (untuk 10 orang pemenang). Seterusnya menjadikan keseluruhan hadiah ialah sebanyak RM 300. Sila rujuk topik asal untuk melihat senarai penyertaan.

Hanya Kerana Nama, Saya menang Peraduan Liga Kampung

Tak pernah dalam sejarah hidup saya menang apa-apa peraduan, Tak sangka pula saya menang no 1 dalam peraduan Liga Kampung - Nama domain . 1. Pemenang pertama - En Hasbullah Pit dengan proposalnya iaitu rear-wheel.com .. Tahniah kepada beliau kerana proposal beliau berjaya mempengaruhi BDFabregas untuk memilih domain tersebut.. 2. Tempat kedua jatuh kepada abdfatah .. Beliau mendapat tempat kedua kerana merupakan seorang peserta yang paling aktif sekali.. 3. Tempat ketiga ialah Dauz kerana menjadi peserta pertama memberi idea. Untuk makluman, saya menggambil masa setengah jam untuk berfikir nama " rear-wheel.com ", sebenarnya tiru "fifth Gear", guna component kereta, lepas tu cuba terangkan komponen yang mana satu, maka jadilah rear-wheel.com. Apa saya nak buat dengan duit Rm 50 itu? Nantikan catatan seterusnya.

Hadiah RM 250 Akan Diboloti Sishoney Jika Tiada Penyertaan Lain

Peraduan " Pengeluaran KWSP Untuk Membeli Emas " masih berjalan, menanti hari 20 Ogos untuk tamat. Sekiranya tiada penyertaan lain, selain daripada penyertaan oleh Sishoney , maka dia akan memboloti keseluruhan hadiah RM 250 itu. Adalah dimaklumkan, bahawa "karangan" yang dimaksudkan itu bukanlah semestinya seperti karangan sekolah, cukup sekadar satu catatan blog yang menyatakan hujah-hujah dan sebab musabab.

Peraduan "Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas"

Dengan ini saya ingin melancarkan 1 peraduan bertajuk " Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas" . Hadiah Pertama: RM 100 Hadiah Kedua: RM 50 Hadiah saguhati: RM 15 (untuk 10 orang pemenang). Tarikh tutup: 20 Ogos 2008 Apa yang anda perlu lakukan ialah membuat catatan blog atau catatan diforum, menceritakan mengapa KWSP perlu membenarkan Pencarumnya membuat pengeluaran untuk membeli emas. Catatan itu mestiilah lebih daripada 150 patah perkataan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Gambar visual dibolehkan, tetapi tidak melebihi 2 grafik. (untuk menunjukkan graf sekiranya ada) Di catatan itu mestilah mengandungi tag (berserta pautannya sekali): ------mula------- Ini adalah Karangan untuk Peraduan "Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas " anjuran Hasbullah Pit ------tamat----- Peserta mestilah mempunyai akaun bank Maybank atau Public Bank, untuk digunakan bagi menerima hadiah. Keputusan Peraduan adalah muktamad. Penyertaan: demi incik sebol...... - Sishoney Emas, emas...

Perjudian Celcom Toyota Camry Tanpa Tanda Harga

Pagi tadi saya ternampak tentang peraduan Celcom yang menawarkan Toyota Camry di blog SiKumbang . Setelah membuka laman web peraduan itu, ternyata ianya dicaj RM 5 untuk setiap SMS yang dihantar . Setiap penyertaan dicaj RM5 setiap sms yang dihantar dan akan disertai dengan mesej : (RM5) Tak perlu tanya ulama, dah terang ianya perjudian yang mempertaruhkan RM 5. Yang agak memelikkan lagi ialah Iklan peraduan itu di Buletin Utama langsung tidak menyebut ianya dicaj RM 5. Bayangkan kalau pengguna terus saja SMS ke nombor 22222 itu tanpa mengetahui ianya akan dicaj. 2 implikasi berikut bakal terjadi: 1. Pengguna tertipu bila dikenakan caj 2. Pengguna secara tak sengaja melibatkan diri dalam perjudian. Ke mana saya nak lapor? KPDN? SKMM? Jakim?

Penipuan SMS Kononnya Kad SIM Menangi Hadiah

Saya sudah lama mengetahui tentang sindiket dari Indonesia yang membuat SMS rambang kepada telefon di Malaysia sempena berlangsungnya Akademi Fantasia dan Peraduan daripada Syarikat Minyak Tempatan. Akan tetapi, setahu saya, orang yang tertipu hanyalah orang yang tamak untuk menang, sehingga sanggup memasukkan sejumlah wang kepada akaun tertentu. Itu yang sering berlaku. Akan tetapi, dalam kes baru-baru ini, seorang imam ditipu, hanya dengan memberikan nombor akaun tanpa memasukkan wang ke akaun sipenipu. (Melainkan kalau imam itu berbohong) Saya pernah juga terbaca dimana entah yang sindiket itu mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan wang hanya dengan mendapatkan nombor akaun. Akan tetapi ketika itu saya tidak percaya. Kini saya mungkin percaya. Bagaimana sindiket asing boleh mengeluarkan wang dengan hanya mendapatkan nombor akaun. Mungkin, imam itu telah memberikan maklumat lain seperti nombor kad pengenalan dan nama penuh. Akan tetapi itu sepatutnya tidak boleh membuatkan wang dike...

Pemenang Subaru Impreza Dalam Peraduan PETRONAS Super Car Craze

KUALA LUMPUR, 14 Januari – Seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun dari Pasir Mas, Kelantan, Encik Mohamad Sukri Bin Zakaria, telah diumumkan sebagai pemenang hadiah utama Peraduan PETRONAS Super Car Craze bagi bulan Disember 2007, sekaligus membawa pulang sebuah kereta baru Subaru Impreza STi bernilai lebih RM210,000.

Tahniah Asrul Munir @ Trew @ Abu Mu'aaz - Peraduan Jutawan Merdeka TM

Tahniah diucapkan kepada kawan saya Asrul Munir aka Trew aka Abu Mu'aaz , kerana memenagi Hadiah Bulanan Peraduan Jutawan Merdeka. Rezeki anak... Bila pembaca berita sebut "Asrul Munir", dalam hati saya berkata 'macam pernah dengar', bila tengok gambar, baru nampak, cepat-cepat capai telefon. Sempat tangkap gambar. Pengunjung blog ini disarankan untuk menyerang blog dia dan ucapkan tahniah.

Toyota Vios 2007

Minta tolong pergi ke URL ni dan Undi untuk saya . (Jangan lupa klik ' Vote for This Design ') sekian terima kasih.

Alamak! Maybank2u memerlukan TAC

Oleh kerana diriku ini jenis katak bawah tempurung, maka ketika membuat kad ATM yang lalu, saya dengan sengajanya tidak mendaftarkan nombor telefon untuk mengambil TAC. Atas sebab keselamatan kononnya. Mungkin Ya, kerana telefon juga boleh dicuri. Akan tetapi seringkali rasa susah juga, bila nak buat pemindahan wang, ke pihak ke 3, terpaksa ke ATM. ATM Maybank di Merlimau dulunya, ada 2 mesin, itupun di Maybank Merlimau. Kalau musim gaji, orang beratur sampai ke tengah jalan. Baru sebentar tadi , saya ingin memaybank2ukan RM 15 ke Rjuna . buka Maybank2u, kemudian tepuk dahi " Alamak, dia nak TAC ". Kemudian saya terfikir sejenak. Saya di Stesyen, kini dah ada ATM, apa susahnya. cucuk sahaja. Hehe. Jadi saya tetap tak perlukan telefon untuk TAC.

Pemenang Peraduan Telur Goreng di Pasar Ramadhan

Dengan rasminya saya ingin mengumumkan pemenang Peraduan Telur Goreng di Pasar Ramadhan yang berakhir pada 28 September yang lalu. Pemenang Tempat Pertama (Hadian = RM 50) SisHoney - ..kerana telur goreng :) Pemenang Tempat ke 2 (Hadiah RM 20) Vangardx - Hikayat telur goreng terlampau Part 1 Pemenang Tempat ke 3 (Hadiah RM 15) Rjuna - Gila Telur Goreng Tahniah diucapkan kepada para pemenang, Sila beri no akaun Maybank atau Public Bank anda ke sebolku (a) yahoo (dot) com. Kepada yang tak menang, Boleh cuba lagi pada peraduan yang akan datang, mungkin 2,3 bulan dari sekarang. Terima kasih diucapkan kepada bukan peserta tapi mempromosikan peraduan ini di blog anda. Selepas ini, tak perlu cari telur goreng lagi, cuma cari kenalan lama yang beralamat Merlimau sebelum 7 oktober.

Hikayat Telur Goreng Melampau

Ni penyertaan dari vandarx, sampai 3 entri http://vangardx.net/blog/hikaya t-telur-goreng-terlampau-part-1/ http://vangardx.net/blog/hikayat-telur-goreng-terlampau-part-2/ http://vangardx.net/blog/hikayat-telur-goreng-terlampau-part-3/ Saya rasa saya tak larat lah nak tunggu 4 oktober, Jadi saya cepatkan tarikh tutup dia ke 28 September. Saya tak larat la nak buat sampan.