Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel audio

Blog Audio Creation

Saya baru sahaja menjumpai blog " Audio Creation ", satu syarikat yang menjual peralatan audio kereta yang saya sendiri tidak pernah pergi. Saya mengenali Audio Creation, apabila saya berborak dengan "car crazy" di forum vios club . Kalau mengikut citarasanya, boleh botak kepala kalau mahu ikut kualiti bunyi yang dia suka. Dunia Hi Fi untuk rumah, agak berbeza dengan kereta. Pembuat pembesar suara untuk rumah yang baik, tidak banyak buat untuk kereta. Jadi ianya agak berbeza untuk mengetahui apa barangan audio "Hi End" untuk kereta. " B&W " dan " AE " tidak membuat pembesar suara untuk kereta. Satu perkara yang saya pelajari daripada "Car Crazy" ialah mengenai kapasitor. Sistem tenaga elektrik kereta kebiasaannya menggunakan sumber daripada bateri, Arus Terus  (DC) dimana cukuplah terhad. Apabila memainkan bunyi, bateri tak boleh meramalkan bila kuasa yang lebih untuk disediakan untuk bunyi tertentu akan datang. Kapasitor ...

Airport Express : Peranti Audio WiFi merangkap router

Hahaha Kini Audio wifi jadi realiti, saya sudah membeli Airport Express, ianya sebenarnya adalah router wifi biasa, tetapi ada tambahan ciri-ciri audio dan cetakan. Sebenarnya saya beli ia sebagai penerima audio wifi, tetapi dia dah ada sekali router. Maka Tamatlah khidmat router wifi pada mac mini ini, kini mac mini jadi klien seperti komputer biasa. Memang sejak dulu saya tercari penyelesaian audio secara wifi, hampir nak beli appleTV, tapi rupanya Airport Express ada airtunes. AirTunes membolehkan audio diterima dari iTunes, samada dari Windows atau MacOSX, kemudian audio itu boleh disambung secara analog ke amplifier atau earphone/headphone DAN juga boleh disambung menggunakan optikal/digital. Memang ramai orang tidak tahu bahawa kebanyakan peranti keluaran apple boleh mengeluarkan audio secara digital samada dalam format PCM atau DTS, disebabkan lubang menyambungnya adalah yang sama dengan stereo minijack biasa. Kabel optikalnya memang susah untuk dicari. Kalau nak cari, nama kabe...

Pasca Perarakan BERSIH ==> LowYat

BABAK Asam Pedas Selepas pulang dari perarakan BERSIH, saya makan dahulu di kedai "Asam Pedas" setiawangsa, Pada menu ada "Latte" tetapi bila sudah duduk dan nak pesan, rupanya Latte tiada. Akan tetapi, oleh kerana kepala otak ini berjalan, maka saya pesan 2 cawan air. 1. Nescafe 2. Espresso Kemudian, Expresso dicampurkan sedikit sedikit ke dalam Nescafe. Tumpah pula sedikit. Oleh kerana bosan keseorangan, maka saya pesan 2 orang wanita untuk menemani saya. Maka mereka pun tiba dan duduk dengan saya. Setelah minum dan borak seketika. Saya mengambil keputusan untuk membawa pulang salah seorang dari wanita itu . Wanita yang lagi satu ditinggalkan sahaja. BABAK Lowyat Kemudian, saya bersama wanita itu pergi ke LowYat. Setibanya di Lowyat, terjumpa UMPC Fujitsu yang amat menggiurkan, U1010, rasanya dulu mahal, tapi kini tak sampai 4 ribu. Boleh muat kocek tetapi cukup-cukup sahaja. Kemudian jumpa lagi UMPC jenama gigabyte, lebih murah, lebih ringkas, tapi agak sukar se...

JawapCarian: Beli lagu format Apple Lossless

Kiriman blog ini adalah yang pertama ditulis hanya untuk menjawap carian google. Format lagu Apple Lossless adalah satu format pemampatan audio proprietari ( baca: bapak_kau_punya ) milik apple. Apabila kita berkata tentang Lossless Audio, ia bermaksud, walaupun ia dimampatkan, kualiti audio tetap sama dengan CD Audio. Selain Format Apple Lossless, terdapat juga format Audio Lossless yang lain, seperti flac . Nak cerita panjang fasal Audio Lossless boleh, tapi ia agak memeningkan. Sila baca :- http://www.hydrogenaudio.org/forums/index.php?&showforum=69 Jadi dimana nak beli Lagu format Apple Lossless? Mungkin anda seorang pemilik iPod. Format Audio Lossless tidak dijual dikedai berdekatan, mahupun di Apple Store. Tapi untuk mendapatkan Audio Apple Lossless, anda hanya perlu beli CD Audio dikedai berdekatan. Gunakan iTunes untuk rip lagu itu menjadi Apple LossLess. Fail yang dihasilkan ialah .m4a nota: Tak semua .m4a adalah Apple Lossless. Pastikan tetapan dia sebegini. Seletas masuk...

Penerima Audio Bluetooth A2DP Sony Ericsson MBR100

Memang saya terlambat kenal bluetooth, orang lain dah guna bertahun-tahun, saya hanya baru guna tak sampai setahun. Pada mulanya saya menganggap bluetooth hanyalah seperti Infra merah. Untuk hantar data. Atas sebab itu, 2 tahun lepas, ketika saya hendak membeli telefon baru, saya memilih untuk tidak bluetooth. Ketika itu saya menganggap infra merah adalah mencukupi untuk memindah fail, simpan nombor telefon dll. Memang ktika itu inframerah dah mencukupi. Katak yang duduk bawah tempurung tidak dapat melihat dunialuar, akan tetapi katak yang efisyen akan cuba sebaik mungkin supaya menggunakan apa yang ada. Sampai 1 tahap, saya merasakan saya perlu tukar telefon lain, walaupun telefon Nokia 6020 saya itu masih boleh digunakan. Macam macam boleh dilakukan dengan Nokia 6020 itu, tetapi storan yang terhad menyebabkan saya penat. Sekejap-sekejap sms penuh, sekejap sekejap memori penuh. Suatu hari saya pada awal 2006, saya membelikan Isteri muda saya telefon baru, Nokia 6085. Asalnya saya t...

iTunes + MacOSX pada TV

Pioneer DV-393

Aku kena pulangkan balik Pemain DVD ni kepada Mertua aku. Dulu aku juga yang belikan diorang pemain DVD ni, Tapi aku pinjam sempena Peraduan Saya Anak Malaysia, Jadi saya kena pulangkan balik. Aku dah mainkan DVD pada pemain DVD ni 24 jam selama lebih kurang 1 bulan tanpa henti-henti, tapi tak rosak pun. Dia sedikit pun tak menangis, Dia handal. Tak pernah aku tengok pemain DVD boleh on dan berputar sekian lama. Tapi aku ada masalah, nak mainkan guna apa Iklan Merdeka, Iklan Primax3 dan Iklan F1. Nak guna komputer macam dulu? boleh rasanya kalau guna Mac Mini. Atau nak guna Pioneer Hi End aku tu? Aku takut juga kalau rosak. Atau nak guna Sony Ericsson MMV-200? Tapi gambar tak cantik. Atau Stesyen beli sahaja Pemain DVD yang baru. Reviu aku pasal Pioneer DV-393, Kalau nak kira kualiti gambar dan bunyi, aku rasa tak seberana. Dia tiada output HDMI, atau video komponen. Hanya ada RCA dan S-Video sahaja. Kualiti bunyi, aku tak sempat uji lagi, Hanya dapat Uji dengan AEGO-M sahaja. Boleh t...

SE k800i + hpm70 + AEGO-M

Persoalan: Bolehkan anda menggunakan telefon tangan untuk menangkap gambar sambil bercakap menggunakan telefon yang sama? Jawapan: boleh Sebenarnya, gambar diatas ditangkap menggunakan kamera telefon Sony Ericsson k800i , dimana telefon yang sama digunakan untuk berhubungan dengan orang lain. Caranya:- Guna HPM-70, sambung kepada pembesar suara AEGO-M (ya, AEGO-M keluaran acoustic Energy ), secara opsyenal boleh lekapkan pembesar suara satelit ke telinga ala telefon zaman dulu kala. guna HPM-70 untuk bercakap. Tetika bercakap telefon, kamera tidak automatik diguna ketika penutup lensa dibuka. Anda perlu tekan butang tertentu dan pilih kamera.

Reviu: DVD Mukhsin

Saya baru beli DVD Mukhsin , satu filem GBSB ar ahan Yasmin Hami d yang di DVDkan. Pada harga RM 13.90, inilah satu DVD original yang paling murah pernah saya beli. Kualiti DVD memanglah tak sehebat mana? ada opsyen Dolby & DTS untuk 5.1 tetapi bunyinya umpama stereo sahaja. bukan stereo biasa, tapi stereo semua saluran. Bunyi dialog/vokal kedengaran pada speaker belakang. Tak berapa kena tapi bagi saya itu tak kisah sangat, dengan harga RM 13.90, kalau dapat bunyi sekeliling pun OK juga. Nak kata tak berkualiti, tak juga. Gambar dalam DVD mukhsin adaah berkualiti DVD. tak nampak pecah-pecah macam VCD. Bunyi latar bagi "Menu" DVD ini tak sesuai untuk digelungkan. patut disunting supaya apabila ia dimainkan, bunyinya berterusan, tak nampak macam terhenti. Kandungan tambahan pada DVD itu ada treler, pratonton. pratontonnya tak berapa elok, tak nampak macam nak promosikan filem pun. bahagian video muzik umpama ulangan apa yang ada pada cerita, alangkah baiknya kalau ada 1 v...

Transkripsi lagi...

Cuba rip lagu-lagu daripada CD Transkripsi ke format yang lebih kecil, supaya sesuai dengan Sony Ericsson K800i. Mula-mula enkod sebagai AAC 256kbps. tapi kaji punya kaji, rupanya iTunes tak enkod dia sebagai VBR, walaupun dah tanda VBR. memang ada isu. Teringin pula nak dengar apa output dia, jadi, buat sambungan analog drpd macmini ke amp. lepas tu rip lagi sebagai Apple Lossless., bila dengar pada B&W , rupanya sedap. memang patut boleh memang Album of The Year. yang menariknya, ada banyak bunyi yang tak kedengaran boleh didengar pada B&W. Yang paling jelas ialah pada lagi Intrig Cinta, guna B&W baru dengar percussion yang Steve buatkan untuk Siti. Tapi, bila fikir balik, kalau AAC tak boleh VBR, rasanya buang karan. Jadi saya rip balik semua CD tu menjadi MP3 256kbps VBR. jadi saya rip semula untuk jadikan 256kbp3 mp3 vbr Rasanya, untuk penyelesaian portable audio, saya nak guna AAC 256kbps VBR, oleh kerana iTunes tak boleh jadikan VBR, oleh itu guna MP3 dulu. Kenapa be...

(AIM live review - part 2)'s review

Since suamiku beli cd album ni, kitorang tak pernah tukar lagi cd. No, i am not a big fan of Siti. Tapi aku dah katakan awal2, aku tak peduli sapa singer dia, aku cuma dengar lagu. And so far aku boleh layan album ni for the past 1 month. Sebenarnya saya bukanlah peminat Siti [Nurhaliza] , walaubagaimanapun, setelah dia penat jadi penyanyi sejak lebih daripada 10 tahun lalu, baru saya sedar yang dia mempunyai vokal yang baik. Album Transkripsi tu memang sedap. vokal jelas, audio jelas. tapi bila saya cuba dengan album Siti yang lagi satu, (lupa nama) walaupun lagu tu popular, namun tak dapat menambat telinga saya. kalau dari segi sejarah, saya pernah beli 2 album Siti seberapa tahun dulu Cindai Seri Balas Kedua-duanya sudah hilang. Teknologi ripping sudah ada pada masa itu, tapi mengapa saya tak buat salinan terlebih dahulu? Audio audio 'Lossless' belum wujud lagikah? Oh, peserta kesukaan suamiku Heliza baru lepas buat persembahan. Ah menyampah pulak. Sebenarnya saya tak minat...