test

Isnin, 16 Februari 2009

Qirat, Carat, Karat, Sokong Hujah sokong PPSMI?

Semua bidang ilmu boleh dikaitkan dengan PPSMI, kerana ia melibatkan istilah yang berasal dari luar.

Cikli mengatakan dalam perbincangan tentang 22 karat, ianya seolah-olah memihak kepada pro PPSMI

Cikli on 2009 Februari 15 08:10
karat = carat
karat = corrosion
carat = corrosion?

satu lagi poin untuk penyokong ppsmi.

Adakah kekurangan istilah Bahasa Melayu menyebabkan penyokong PPSMI boleh bergembira?

Bahasa Inggeris menggunakan "Carat" untuk 2 maksud, iaitu untuk jisim dan ketulenan.
Bahasa melayu menggunakan "Karat" untuk 3 maksud, jisim, ketulenan, dan berkarat .

1 perkataan mempunyai banyak makna adalah perkara biasa.

Adakah "Carat" itu istilah yang mula-mula digunapakai untuk merujuk kepada maksud jisim 1 carat?

Arab menggunaka "qirat"
Jerman, Dansk, Polski,Norsk, Turki menggunakan Karat.
Belanda menggunakan "Karaat"
Portugis dan Sepanyol menggunakan "quilate"
Català guna quirat

Yang mana satu lebih awal, Karat atau Qirat? atau "Carat" yang awal?

Para pendokong PPSMI yang taksub dengan Inggeris seolah-olah mengatakan bahawa Bahasa Inggeris itu bahasa Ilmu sejak dari dulu.

Kalau "Carat" Inggeris lebih awal daripada Qirat, atau quirat atau quilate. Bagaimana bangsa Portugis Sepanyol dan Català menggunakan istilah yang cukup berbeza dengan Inggeris?

Tamadun Rom dan Greek sudah menggunakan istilah solidus untuk merujuk kepada karat(jisim).

Arab Islam menggunakan qirat.

Saya -agakagak ,Mungkin Portugis dan Sepanyol mencipta istilah berdasarkan qirat arab. Mereka lebih dekat dengan Andalusia. Dan mungkin istilah "Karat" Jerman mungkin juga berasal dari Arab, disalin setelah Perang Salib?



Mana Inggeris?
Inggeris belum jumpa lagi jalan laut ke Asia. Belum keluar dari zaman gelapnya.

Kalau Inggeris melaksanakan dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Sepanyol, istilah 'carat' sepatutnya "quilate".

Kalau "carat" Inggeris memang tercipta sebegitu, mengapa dari sudut ketulenan, orang menggunakan 22K, 24K dan bukannya 22C atau 24C?

8 comments:

  1. malas nak campur dah isu ppsmi nie. setiap orang ada pendapat masing2. dari segi bahasa, hanya 2 sahaja yang boleh diterima, samada bahasa arab ataupun latin. sebab bahasa inggeris byk berdasarkan latin.

    BalasPadam
  2. hehehe agaknya cikli cuma bercakap dgn niat melawak kot. satu terminologi membawa beberapa makna juga biasa dlm english.

    masalah yg sama bukan saja berlaku dlm bahasa melayu. ingat masa belajar fizik dlm form4/5 rasanya takde masalah belajar dlm bahasa melayu.

    cikgu akan menerangkan terminologi yg digunakan. mungkin daya inersia diambil dari inertial. dgn english berterabur pergi ke universiti.

    masih tidak menjadi masalah kerana english diajar dgn pendekatan english for science. pi library pun takde masalah baca buku english.

    yg penting penguasaan bahasa tersebut baik. campak lah diri anda kemana saja dan pilih saja apa anda mau belajar semua akan berjalan dgn baik.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. hahahaha....

    Isu PPSMI nie... memang lawak la.. setiap kali tukar itu menteri... mesti tukar semua sekali... lepas Hisham auw-auw nie kena tukar ngan orang lain... sure kena tukar la PPSMI kepada PPSMBM ... hahahaha

    BalasPadam
  5. Cikgu Irtiyah:

    Nasib baik cikgu tak ajar dalam B.Inggeris, saya nak buat laporan polis.

    Cikgu Fizik saya ajar Fizik dalam BM, tetapi dia tidak pernah pun terlupa untuk memberitahu istilah inggeris fizik, walaupun ketika itu pembelajaran dalah dalam BM.

    Cikgu saya, namanya Vellupilai Ponudurai,
    Dia cukup pantang kalau murid jawap soalan tak sebut unit.

    10.
    10 apa? kelapa?

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. kalaulah smua rakyat malaysia boleyh melancong ke hampir smua negara di eropah..denmark,sweeden,german,italy smua negara ni maju tanpa BI sebagai bahasa baik dari percakapan,bisnes,IT teknologi sampaikan ke pertanian.still diorang tetap maju(at least maju dari kita).Cuma pemikiran kite jer yang diracun yang hanya dgn BI shj kita mampu dapat kerja,gaji yg lumayan,pangkat yang tinggi yang mana memang betul disebabkan pemimpin kita sendiri yang letakkan dasar macam tu.bukanye salah company swasta ke agensi korporat ke dan sebagainye.Memang BI satu bahasa yang penting(bukan saje BI tapi bahasa2 yang besar peranannya dalm dunia ni seperti spanish,french,japanese even chinese),tapi xperlukan di BI kan sains and matematik especially utk budak2 skolah ni.sains dan matematik tu sendiri dah ada bahasanye yang tersendiri.kalau betul2 nak ubah bangsa kita,ubahlah "MENTALITY" dulu sebelum ubah benda lain.and kalau boleh ubahlah pemimpin jugak,yang rasuah,yang skandal yang bermasalah tolak tepi.sekadar bagi pendapat maklumlah "melayu nie mudah lupa" kata DR M.saya pulak kata malaysia boleh.so same2 lah kite berubah.

    BalasPadam
  8. buat rujukan sains dan matematik dalam bahasa melayu dulu.. baru tukar PPSMBM!!!

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit