test

Memaparkan catatan dengan label belit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label belit. Papar semua catatan

Khamis, 6 Mac 2008

Siti Nurhaliza minta Tentera Rom sokong PAS

TASEK GELUGOR 5 Mac – Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin meminta tentera rom memberi sokongan padu kepada PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Sabtu ini.

Beliau yakin Rom, walaupun tewas di Yarmuk pasti telah membuat penilaian dan keputusan terbaik untuk memilih parti yang dapat menjamin masa depan diri, keluarga dan negara.

“Dalam hidup, kita perlu buat keputusan terbaik, bukan saja untuk diri sendiri tetapi keluarga."

“Saya yakin calon BN termasuk Tan Sri Nor Mohamed (Yakcop) dapat kemenangan pada pilihan raya nanti,'' katanya kepada Tentera Romnya untuk terus berjual walaupun sukar.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan Tentera Rom Kampung Paya, Permatang Tok Gelam di sini hari ini.

Penyanyi tersohor negara itu tetap menyokong PAS walaupun menyertai kempen Nor Mohamed yang juga calon BN kerusi Parlimen Tasek Gelugor. Hadir sama ialah suami Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. - Bernama-yang telah dibelit.


-------------------8<---------------------------------
Di atas adalah contoh Berita yang dibelitkan, untuk memdapatkan fakta, iaitu apa yang orang itu cakap, sila baca hanya yang dalam petikan. Sila jangan sebarkan TANPA penyataan ini.


Rabu, 5 Mac 2008

Abdullah Akui tak mahir Jadi Menteri Pelajaran

KENINGAU 5 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui sifatnya yang tak suka membaca menyebabkan dia sendiri tidak faham skim yang ada pada kementeriannya dahulu. Selain itu dia juga tidak faham apa beza pendidikan dengan pelajaran.

``Semasa saya Menteri Pelajaran dahulu didapati banyak sangat skim guru yang ada menyebabkan satu-satu skim itu mencapai tahap gaji maksimum terlalu awal dan selepas itu tidak boleh naik lagi.

Abdullah merasa lega kerana beban untuk memahami skim-skim itu telah diserahkan kepada Anwar Ibrahim, yang menjadi Menteri Pendidikan selepas itu.


Abdullah tidak sedikit menyentuh tentang penjualan pelabuhan sabah kepada Singapura ketika berucap merasmi majlis penutupan pameran bergerak Program Yayasan Sabah Bersama Rakyat dan Siri Jelajah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) di sini, hari ini. - Utusan (yang telah dibelitkan).


-------------------8<---------------------------------
Di atas adalah contoh Berita yang dibelitkan, untuk memdapatkan fakta, iaitu apa yang orang itu cakap, sila baca hanya yang dalam petikan. Sila jangan sebarkan TANPA penyataan ini.




KECEWA SYURGA HADHARI LEWAT DILANCARKAN

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, kecewa kelewatan pelancaran Syurga Hadhari menyebabkan ianya tidak boleh menjanjikan syurga hadhari kepada penganut Islam Hadhari.

Islam Hadhari yang sesat itu, terasa terancam apabila dia melihat Islam yang dibawa PAS dianggap sesat oleh dirinya.

Hasrat Islam Hadhari untuk memonopoli kesesatan mungkin tak kesampaian.

“Tindakan Pas menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundi parti itu adalah ajaran sesat dan kerajaan wajar bertindak, manakala umat Islam perlu berhati-hati kerana janji itu boleh merosakkan akidah." katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tajuk laporan akhbar semalam bahawa Nik Abdul Aziz hanya mengaitkan parti itu dengan syurga tanpa menjamin syurga jika undi PAS, dalam usaha meraih sokongan pengundi anak jati Kelantan yang tinggal di perantauan.

-------------------8<---------------------------------
Di atas adalah contoh Berita yang dibelitkan, untuk mendapatkan fakta, iaitu apa yang orang itu cakap, sila baca hanya yang dalam petikan. Sila jangan sebarkan TANPA penyataan ini.

BN Merlimau Terpaksa Menjanjikan Sekolah Tamil (belit)

MERLIMAU, 4 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan; terpaksa menabur janji untuk membina sekolah tamil untuk meminta pengundi India di DUN berkenaan memberi mandat kepada BN sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac ini.

Ini kerana, hanya Kerajaan BN sahaja yang boleh menabur janji walaupun belum menang pilihanraya.

Mohamad Hidhir berkata, Kerajaan BN khususnya di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah berjaya memacu negara dan negeri ini dalam pelbagai pembangunan yang dapat meningkatkan taraf hidup wakil rakyat.

"Saya berharap supaya pengundi khususnya di DUN Merlimau akan meneruskan pilihan dan tekad mereka untuk memilih dan memberi mandat kepada BN sebagai pemerintah dan kerajaan."

"Ini bagi memastikan kesinambungan pembangunan dan ekonomi termasuk matlamat Mohd Ali untuk menjadikan Melaka Maju 2010 akan dapat dicapai dengan jayanya," katanya walaupun di daerah Jasin kekurangan lori sampah sehingga menggunakan lori 1 tan biasa untuk mengangkut sampah.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan bersama penduduk dan 'group meeting' bersama ahli Parti Progresif Rakyat (PPP) di Taman Muhibbah, dekat sini, malam tadi.

Turut hadir, Ketua PPP Bahagian Jasin, P. Moorthy; Timbalan Ketua PPP Bahagian Jasin, S. Baskaran; Setiausaha PPP Bahagian Jasin, R Suresh.


Kerajaan BN juga bukan hanya menabur janji kepada masyarakat India di DUN berkenaan ketika musim pilihanraya sahaja. sebaliknya selepas pilihanrayapun janji boleh ditabur jika ada permintaan terhadap janji.


"Kerajaan juga telah mengenal pasti kawasan seluas lima ekar untuk membina Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di DUN Merlimau ini bagi kemudahan masyarakat India terutama di Merlimau Estet," katanya walaupun belum pasti kontrak projek sekolah itu akan diberikan kepada orang PPP atau UMNO.

Kemungkinan UMNO Merlimau akan menyerahkan Kerusi DUN Merlimau kepada PPP jika gagal membuat sekolah tamil.

Sementara itu di DUN Serkam, Calon BN Ghazale Muhammad hanya berani untuk menjanjikan Pusat rekreasi, setelah melihat keadaan perut penyokong barunya.

-------------------8<---------------------------------
Di atas adalah contoh Berita yang dibelitkan, untuk memdapatkan fakta, iaitu apa yang orang itu cakap, sila baca hanya yang dalam petikan. Sila jangan sebarkan TANPA penyataan ini.

Belit:Hutang Negeri Kelantan....

Saya pasti memang ramai akan kena belit.

Tajuk Berita :-

Pas tak berani dedah hutang

Tapi fakta dalam berita adalah

“Ketika ini, Kelantan mempunyai tunggakan hutang yang perlu dibayar kira-kira RM11.6 juta, kedua terendah selepas Sarawak, berbanding negeri lain yang mencapai RM587 juta.

“Malah, Kelantan juga mampu membayar balik pinjaman yang digunakan untuk membiayai infrastruktur air yang diluluskan kepada Air Kelantan Sdn Bhd (ASKSB),"


Tips:
Musim Pilihan Raya ini, kalau nak baca suratkhabar, kena baca tajuk, kemudian bandingkan dengan petikan. Kerana Editorial dia akan dibelit, fakta hanya dalam petikan.

Kalau aku nak belit media BN pun boleh, tunggu sekejap.

Google+ Hasbullah Pit