Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Melaka

Misteri "StreetView Merlimau" Terbongkar

Agak misteri juga macam mana bila search streetview Merlimau, terus boleh jumpa URL Street View DuaLogam Merlimau   yang memaparkan Kedai Emas DuaLogam Merlimau   Rupanya dulu pernah post ke Google Plus tentang URL itu, dan pernah dapat +1 sedikit. Terjumpa 1 URL yang mengatakan Google Search mengambil kira +1 untuk menentukan ranking carian. Jadi memang ianya memberi kesan. Walaubagaimana pun, Google Search rasanya tidak mengambil kira 100% drpd +1 , mungkin pemberatnya kurang. Mungkin sekadar 5% drpd formula ranking. Apa pun, pembaca yang budiman sekalian. Sila +1 semua logo +1 yang anda nampak dalam posting ini. Anda hensem.

Kos Penempaan Dinar ditanggung Kerajaan, No buyback, No spread boleh jadi realiti

Terlalu banyak dinar sudah dikeluarkan di Malaysia. Ada macam macam harga. Ada yang mahal ada yang murah Ada yang murah lagi. Jadi atas nilai apakah dinar itu? Katakanlah semua itu sama spesifikasinya 4,25g dan 916/917. Nilaian emas terletak pada emas didalamnya. Bukan harga yang ditetapkan oleh Abang L, Abang U, Makcik A atau Bro F. Dinar Abang L satu ketika dulu, agak popular kerana ianya satu-satunya dinar yang mudah dibeli. Bro F juga menjual dinar pun pada harga yang lebih kurang dengan Abang L. Harga adalah lebih kurang 20% di atas spot. Kemudian Bro F mengambil langkah berani, menjual dinar pada harga 15% di atas spot. Menampakkan Dinar Bro F jauh lebih murah daripada Dinar Abang L, dan Abang U. Seterusnya ramai mengambil untung dengan membuat dinar dan menjual dinar pada kadar yang Abang L dan Abang U jual. Dinar darul ini, darul itu. Menyokong gerakan dinar dan dirham, membelinya disebabkan sokongan untuk "Wang Syariah" dan membenteras riba...

Hutang Eye on Malaysia, Melaka sudah seperti Dubai?

Marilah kita bersuka ria mendengar kata kata indah .... Eye On Malaysia tidak membazir bahkan dapat membantu merancakkan kegiatan ekonomi Negeri Melaka dan ramai rakyat akan dapat faedahnya. Kos RM 40 juta akan dikeluarkan oleh sektor swasta sebanyak 60 peratus bersamaan RM 24 juta dan anak syarikat Kerajaan Negeri RM 16 juta berbentuk tanah dan bakinya RM 11 juta berbentuk pinjaman. RM 11 juta berbentuk pinjaman itu tidak pula dinyatakan siapa yang meminjam, dan pinjaman itu daripada siapa. Kerajaan Negerikah? Atau Syarikat Kerajaan negeri? Diberitakan pula syarikat Belgium, Fitraco NV nak ambil balik buaiannya kerana ada pihak pengurusan yang terdiri daripada MSt Ad & Kumpulan Melaka Berhad tak bayar RM 17 juta. Sebelum ini, indah sungguh perkhabaran, kos 24 juta ditanggung swasta, tidak melibatkan wang rakyat. Seolah-olah ada syarikat swasta yang ada duit lebih, nak tolong tanggung kos buaian itu. Namun berlaku satu perkara pelik, apabila hutang tidak di bayar ...

Anugerah Datuk di Melaka Mengalami Inflasi semula

Tahun ini, (2009) bilangan penerima anugerah datuk Negeri Melaka DGSM = 5 orang Datuk Seri DCSM = 10 orang Datuk Wira DMSM = 75 orang Datuk Menjadikan jumlah keseluruhan 90 orang. Tahun 2008 = 78 orang Tahun 2007 = 80 orang. Inflasi 15%

Ekspo Industri Asas Tani Jadi Medan Judi HARAM

Saya ada cerita tentang bagaimana "Asas Tani" dipergunakan untuk memuaskan Nafsu Hedonisme berkaraoke . Dalam program itu ada program "Cabutan Bertuah". Rupanya ianya satu perjudian yang nyata. Sekeping tiket dijual pada harga RM 3, dan mendapat nombor. Barah sosial sudah melarat, sehingga judi boleh dilakukan secara terang-terangan, menggunakan Agensi kerajaan iaitu FAMA: Saya pun tak faham bagaimana Perjudian, dan Hedonisme dapat membantu para Petani. Mungkin YB Tey boleh persoalkannya di sidang DUN nanti.

Nak Bertani atau Berkaraoke? Nak Berindustri atau Berkaraoke

Hakikat yang perlu PAS Melaka ketahui sekarang ialah UMNO Melaka suka berkaraoke dan PAS Melaka gagal melahirkan bintang karaoke peringkat Kampung. Perlukah setiap kampung ada bintang Karaokenya? Hampir setiap majlis yang diadakan oleh UMNO Melaka dan sekutu-sekutunya akan ada karaoke. Naik setapak lagi, kini sudah ada 'live band'. Kenduri kahwin orang UMNO mesti ada karaoke, mana yang peringkat bawahan, guna DJ. Yang berduit, atau ketua cawangan, akan ada 'live band'. Yang memeningkan kepala dialah kenduri kahwin yang guna DJ Kampung, Kebiasaannya akan kuatkan volum bunyi sekuat mungkin tetapi ada bunyi 'distorded'. Adakalanya ditolak melebihi hadnya. Akibat daripada lambakan sistem bunyi cap ayam yang murah dipasaran, ditambah pula permintaan yang tinggi, maka lahirlah banyaknya DJ kampung. Jarang-jarang kualiti bunyi yang elok kedengaran, mungkin hanya 20% sahaja DJ kampung yang benar-benar mementingkan kualiti. Akibat daripada sifat suka berk...

PAS Melaka tak sabar mendengar amanat pimpinan utama..

PAS Perak membuat satu konvensyen PAS peringkat negeri . Hari ini akan berlangsung Konvensyen PAS Perak di Dewan Perbandaran Teluk Intan. Seluruh perwakilan dari kawasan-kawasan negeri Perak akan mendengar amanat-amanat penting pimpinan utama parti terutama Datuk Presiden yang akan merasmikannya nanti pada sessi sebelah petang.  Di Melaka, terumata sekali Bukit Katil, masih bersabar untuk menanti peluang untuk " mendengar amanat-amanat penting pimpinan utama '.

Teknik "Engage" PAS yang Terkebelakang.

Adaka taruna menulis tentang bagaimana serangan politik dilakukan oleh DAP berbanding PAS. Gua respek pemikir DAP. Kembali kepada tahun lepas sewakti Seminar Dr Dzulkefly Ahmad, beliau telah berpesan "Jangan Takut untuk Engage" & "Jangan Engage kerana Takut". "Engage", apabila saya buka kamus, ianya bermaksud serangan. Saya ambil contoh satu isu. Kerajaan Negeri Melaka membuat monorel di sepanjang sungai Melaka, untuk perlancongan dan bukannya untuk pengangkutan. Ianya nyata membazir, Walaupun ianya "pengangkutan" ianya hanya untuk tengok-tengok, dan bukannya menyelesaikan masalah bagaimana nak pergi ke MITC dengan pantas daripada Jalan Hang Tuah. Jadi banyak perkara boleh dilakukan samada bentuk serangan atau bukan serangan. PAS Melaka ..... 1. boleh hantar memorandum khusus untuk isu itu. ATAU 2. boleh juga buat demo, baring depan jentolak. ATAU 3. boleh juga saman kerajaan Negeri sekiranya ada berlakunya ketidakadil...

Prof Hamirdin nak tujukan lagu "Melaka di Hatiku"

Akhir-akhir ini, Prof Hamirdin , Pemimpin Melaka, bawah sedikit daripada Bendahara Tun Perak, begitu komited memajukan PAS Melaka, Hari ini beliau telah melaungkan " Melaka Tetap Di Hati " . Ungkapan beliau boleh diterjemahkan dalam bentuk lagu. Melaka di Hatiku Jangan menangis bertenanglah Peganglah tanganku dan digenggam erat Ku melindungi dari UMNO yang datang Berhentilah menangis Negeri kecil bertenaga Dalam dakapanku kau tenang dan lena Pertalian kita takkan terputus Berhentilah menangis Melaka dihatiku Melaka dihatiku Hari ini dan selamanya Melaka di hatiku Walau apa katanya Oh... Melaka di hatiku Selamanya Mengertilah apa yang kami rasa Tak berkeyakinan apa yang dikatanya Kami berbeza tapi di hati kami Tiada apa yang berbeza Jangan kau dengar UMNO tak tahu Saling memerlu dan membantu Di suatu masa kutahu Kemenangan akan tiba, kau harus tabah Ku 'kan bersamamu bersabarlah Di suatu masa kutahu Buktikan bersama kau Selaman...

Sistem Pengangkutan Melaka Berbanding Acheh

Berikut adalah gambar sistem pengangkutan acheh, gambar milik Ida . Usah tertipu, di Acheh beca bermotornya tidak dipandu oleh 'Gadis Asing dari seberang'. 'Gadis asing dari seberang' itu hanya tumpang ambil gambar. Walaubagaimanapun, sistem beca menggunakan motosikal itu agak praktikal, dimana ia boleh membawa penumpang pada kadar rendah. Di Negeri Melaka pun ada beca, menggunakan basikal yang dikayuh, akan tetapi ianya bukanlah untuk pengangkutan, ianya hanya sesuai untuk pelancong bersiar-siar. Kadar yang dikenakan agak tinggi, kera kenaikan harga tenaga kinetik yang dihasilkan penarik beca. Penarik beca di Melaka pula banyak menghabiskan masanya menunggu penumpang, berbanding mengangkut penumpang. Di Melaka dan Negeri lain, juga terdapat teksi yang kebiasaannya mahal. Pemandu teksi bukanlah golongan kaya, tetapi cuba mendapatkan saki baki pelanggan yang masih lagi mempunyai duit. Agak biasa kita  lihat di mana-mana perhentian bas, dimana pelanggan ...

Ali Rustam Masih Mampu Menjadi Penentang British dan Belanda No 1.

Hanya Ali Rustam sahaja yang sibuk dengan Jambatan Melaka Dumai. Hanya Ali Rustam sahaja yang sibuk dengan DMDI (Dunia Melayu Dunia Islam). Walaupun Ali Rustam itu partinya berlainan dengan saya, namun saya menyokong pembinaan Jambatan Melaka ke Dumai, dan menyokong DMDI. Sekiranya Ali Rustam tidak berkuasa lagi dalam Melaka, maka mungkin idea Jambatan ke Dumai akan tenggelam. Maka, Ali Rustam masih diperlukan untuk meneruskan cita-cita membina Jambatan ke Dumai, walaupun di luar UMNO, walaupun tidak di tampuk kuasa. Saya menyokong jambatan ke Dumai, adalah kerana ia menjadi satu asas kukuh menentang perjanjian Inggeris Belanda 1824. Jambatan ke Dumai, seolah-olah membatalkan perjanjian Inggeris Belanda itu. Walaupun 2 hujung jambatan itu dijajah oleh penjajah yang berasingan, tidak semestinya ia tidak mampu disambung oleh kita. Oleh itu Ali Rustam perlu selesaikan dahulu masalah rasuah, dengan meminta dirinya disiasat,dibicara dan dihukum, dipenjara . Selepas menjalan...

Mana Ketua Pemuda UMNO Melaka?

Ketika pilihanraya dulu, tidak dicalonkan bertanding di mana-mana. Ketika berlakunya pemilihan ketua pemuda, namanya tidak naik.

Di Masjid MITC , Polis Gagal Menangkap Perasuah,

Sepasukan Polis telah gagal menangkap perasuah pada perhimpunan di Masjid MITC. Polis merapati Saudara Adly, mungkin kerana mukanya ada iras-iras perasuah itu? Mungkinkan wajah perasuah itu, menyerupai Adly sekiranya perasuah itu mencukur misainya? Orang ramai, berdiri dalam sesi kawat cam itu. Terdapat seorang Doktor tersohor di Merlimau, memperagakan janggutnya, supaya dia tidak kelihatan seperti perasuah yang dicari. Wujud juga kemungkinan perasuah itu memakai janggut palsu. Beberapa polis, memberagakan topi keledarnya, sambil mencari perasuah setelah mendengar laungan.. "Polis! Polis!" "Tangkap Ali" "Ali Apa?" "Ali Rustam" Namun usaha mereka gagal. Namun, usaha mereka tidak sia-sia, kerana berjaya menangkap sebatang kayu. Kayu itu pernah terlibat dalam demonstrasi menentang Kezaliman Israel di Masjid Al-Azim dulu. Itulah pertama kalinya kayu itu cuba mengibarkan bendera Melaka. Sebelum ini ia sering mengibark...

Trak FRU Terbalik, Tetapi Bukan ke Melaka untuk Perhimpinan 'Letak Jawatan Ali Rustam'

Menurut sumber sejenis Nasi , Trak FRU Terbalik, Tetapi Bukan ke Melaka untuk Perhimpinan ' Letak Jawatan Ali Rustam ' Oleh kerana Trak FRU telah tersalah arah, maka Perhimpunan di Masjid MITC pada 20 Mac dijangka tidak akan dihadiri trak yang terbalik itu. Trak yang tidak terbalik tidak boleh dipastikan samada akan hadir atau tidak. Oleh itu, mari kita sebagai rakyat bekas Kesultanan Melayu Melaka, berhimpun di hadapan Masjid MITC , selepas Jumaat untuk menyatakan bantahan terhadap perasuah yang bernama Ali Rustam. Sila bawa bendera Melaka banyak-banyak. Pakai Baju Melayu, atau atau pakaian tradisiional, atau pakailah apa pun yang menampakkan anda lebih kacak daripada Ali Rustam. contoh 2 pemuda kacak : Jel rambut Kelihatan Basah (Wet look Gel) , boleh didapati di kedai-kedai berhampiran. Kalau tak mampu beli, sila gunakan Air paip.

Daripada mana UMNO Melaka belajar baring atas jalan?

UMNO Melaka mempertahankan Ali Rustam hingga baring atas jalan . Penyokong Umno berbaring di jalan, cuba menghalang ketua Angkatan Muda PKR keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka selepas membuat aduan terhadap Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Daripada mana UMNO Melaka belajar baring atas jalan? Daripada yang ini atau  yang itu ?

Ali Rustam kata "PECAT PECAT"

Dulu, Ali Rustam pernah menyarankan supaya Pakatan Rakyat memecat Teresa Kok . Semalam Ali Rustam telah cadangkan supaya Karpal Singh 'memecat' Anwar melalui DAP iaitu dengan menggugurkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng . Kalau Karpal benar tak suka bangAnwar ia bolih pecat bangAnwar melalui DAP…   ….juga gugurkan KIT SIANG dan GUANG ENG dari penasihat dan Setiausaha Agong DAP KERANA TAK IKUT ARAHAN ,,,,, KARPAL SINGH sebagai PENGERUSI DAP Dulu, Ali Rustam telah mencadangkan supaya Lee Kah Choon (Gerakan ketika itu) meletak jawatan kerana berkerjasama dengan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. "Pecat Pecat Letak Jawatan." "Pecat Pecat Letak Jawatan." Apa yang dia kata, adalah menggambarkan dirinya sendiri. Jikalau dia sendiri suka cadangkan kepada orang lain supaya, 'pecat pecat letak jawatan', bagaimana pula dengan dirinya sendiri? Mesej yang tersirat adalah "Kalau kau ada kuasa, kau pecatlah" Dia mempunyai kuasa di da...

Demo Anti-Zionis di Melaka

Sehari  Sebelum Demo Terjumpa bendera Palestin lama dalam simpanan, tidak digantung kerana hujungnya bercabang. Maka, cuba mencari tukang jahit, kebanyakkannya diluar kawasan, maka tak dapatla buat bendera baru. Terpaksalah 'hantar kedai' bendera itu. Pagi Jumaat, gerakan melukis bendera Israel dilakukan , sambil ianya dijemur, sempat pula dipijak oleh sesiapa yang teringin nak pijak. Demo Bermula   Kelamkabut kerana kain rentang, sepanduk, bendera masih lagi dalam kereta. Bendera dipijak oleh... (tak nampak muka) Terus saya agihkan barangan kepada sesiapa sahaja. :) Papan Boikot USD diberikan kepada siapa entah. Papan 1: Boikot USD Tamatkan Rundingan US-FTA MITI Jangan Dayus Papan 2: Boikot USD Zety, Gantikan Rizab USD  dengan Emas dan Perak. Bendera diberikan kepada seorang pemuda, yang tetap terus mengibarkannya sehingga akhir demo. Ini dia pemuda itu Sofi Wahab Berucap Ustaz Kamarudin Sidek , Ketua Dewan Pem...

Politik Positif Sofi Wahab Lahirkan Draf Manisfesto PAS 2012?

Tahniah kepada Saudara Sofi Wahab yang mengemukakan beberapa cadangan kepada Kerajaan negeri Melaka berkenaan isu pencemaran babi di Masjid tanah . Ini boleh dipanggil sebagai politik positif. Kepada pembaca, sila anggap isu ini sebagai isu pencemaran babi, bukannya isu perkauman. Bagi saya PEWARIS dan GGMM melakukan melakukan kesilapan apabila cuba mengperkaumankan isu ini, walhal ia sebenarnya boleh diselesaikan tanpa unsur perkauman. Apa itu politik positif apa itu politik negatif. Politik negatif adalah apabila Sofi Wahab terus salahkan BN. Politik positif adalah apabila Sofi Wahab salahkan BN tetapi mengemukakan cadangan. Politik terlebih positif adalah, apabila Sofi Wahab mengemukakan cadangan, sekiranya PAS memerintah Melaka, berkata berikut akan dilaksanakan tanpa mengambil kira siapakan lawan politik PAS. Sebagai orang bawahan dalam PAS, apa cadangan oleh saya tidak boleh dianggap sebagai "Cadangan PAS", akan tetapi bagi Sofi Wahab boleh, kerana dia Ketua Penerangan....

Jambatan Melaka Dumai Dapat Memulihkan Ekonomi?

Ali Rustam adalah ahli politik yang suka merepek. Kata-katanya banyak yang merepek. Di atas sebab itu apabila dia berkata soal Jambatan ke Dumai, ramai yang kata dia merepek. Ali Rustam banyak membazir wang kerajaan negeri. Maka bila dia cadangkan Jambatan ke Dumai, maka minda kita automatik nampak ianya sebagai satu lagi pembaziran. Jika Negeri Melaka penuh penyelewengan, maka pembinaan Jambatan itu juga dijangka akan berlaku penelewengan. Lupakan sebentar tentang Ali Rustam. Pandangan masyarakat terhadap cadangan itu condong kepada negatif hanya kerana yang cadangkannya ialah Ali Rustam. Oleh itu, cuba bayangkan bahawa cadangan itu dibawa oleh orang yang ' kool ' seperti ' Rausyanfikir ' , orang yang kacak seperti Husam Musa atau saya Mungkinkah maklumbalasnya berbeza? 1824, adalah tahun dimana "Empayar" Johor Riau sewenang-wenangnya dibelah dua oleh Inggeris dan Belanda. Punca segala perpecahan adalah berpunca daripada penjajah, bukannya suka-suka orang Sem...