Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pekerja

Pakdi dan Gaji Minimum

Pakdi seolah-olah tidak berapa setuju dengan "Gaji Minimum" . Sebenarnya, saya pun begitu. Idea "Gaji Minimum" adalah idea sosialis, memperjuangkan hak pekerja. Pakdi menceritakan bagaimana swasta akan sukar untuk memberi gaji minimum, kerana ia akan meningkatkan kos, dan seterusnya harga produk dinaikkan. Sekiranya berlaku kenaikan harga lagi dan lagi, yang minimum itu tiada ertinya. Kalau tidak salah saya, saudara Ikram , pengunjung blog ini pernah mengatakan bahawa gaji minimum yang diminta oleh MTUC itu untuk sektor tertentu. Saya sebenarnya tidak berasa risau sangat tentang nasib pekerja yang masih ada MTUC yang pertahankan. Sekiranya gaji minimum dilaksanakan, maka siapa mahu kerja kedai makan dan kedai runcit milik orang tempatan? Untung sebulan pun belum tentu melebihi RM 1500. Kebanyakan pekerja di syarikat perniagaan kecil tidak didaftarkan ke PERKESO dan KWSP. Bagi saya itu masalah yang lebih besar daripada meletakkan gaji minimum bagi pekerja yang sudah ...

Isu Pemberhentian 50000 Pekerja Kontrak Kerajaan

Apa yang saya sedia maklum, Ceupac hanya menyatakan kerisauannya tentang nasib 50,000 pekerja kontrak kerajaan yang MUNGKIN berhenti apabila berlaku krisis kewangan. Ini adalah lanjutan kepada isu mengapa mereka tidak diserap sebagai kakitangan awam. Namun ramai blogawan yang membuat catatan seolah-olahnya kerajaan telah mengumumkan pemberhentian kerja 50000 orang pekerja tersebut. Masih ingatkah lagi suatu ketika dulu AAM mencadangkan supaya kenderaan diberikan had umur. Mengapa cukup ramai orang yang komen seolah-olah kerajaan yang mencadangkannya? Ceupac tiada kuasa untuk memberhentikan pekerja kontrak, begitu juga AAM tiada kuasa untuk mengubah undang-undang.