Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Linux

Cara Mengubah Karangan kepada Mod 1Malaysia menggunakan vi

Pengguna Linux biasanya mempunyai vi, melainkan anda bermahzab pico/nano atau emacs. buka vi tekan i untuk mod selit. tepekkan perenggan yang hendak di1Malaysiakan. kemudian :1,$s/\(\w\+\)/1\1/g Maka, daripada sumber asal... Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat. Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa. Bagi beliau, Beng Hock jatuh ke atas lantai di tingkat bawah tempat mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. Akan menjadi begini 1Pakar 1forensic 1dari 1Thailand, 1Dr 1Pornthip 1Rojanasunan, 1memberikan 1keterangan 1yang 1mengejutkan 1dalam 1inkues 1kematian 1Teoh 1Beng 1Hock 1hari 1ini 1apabila 1berkata, 1tengkorak 1kepalanya 1pecah 1bukan 1kerana 1jatuh 1tetapi 1kerana 1pukulan...

Peraga Uptime

Satu perkara yang saya suka lakukan bersama kawan-kawan ketika muda dulu ialah peragakan uptime. sebol@Mitsubishi:~$ uptime 19:52:49 up 36 days , 11:29, 1 user, load average: 0.25, 0.11, 0.02

Rangkaian Perkongsian Internet Menggunakan GPRS Linux --> OSX -> SE k800i

Hari ini talian streamyx tergendala, bukan sekadar DSL sahaja yang tergendala, malah talian PSTN juga tergendala. Kebiasaannya sekiranya perkara ini berlaku, saya hanya melayari web menggunakan Telefon sahaja, itupun menggunakan GRPS kerana UMTS 3G tidak sampai di kawasan rumah saya. Secara teori memang saya tahu menggunakan Linux atau MacOSX, boleh menggunakan bluetooth untuk disambung ke telefon supaya komputer boleh melayari internet. Namun akibat ketidaksungguhan mengodek, maka ianya sering tidak berjaya. Namun hari ini saya berjaya membuatkan MacOSX, menyambung ke internet menggunaka Telefon buruk Sony Ericsson k800i yang disambung menggunakan GPRS sahaj. Kira cukup baik, daripada menggunaka skrin telefon yang kecil, boleh juga guna komputer. Tips: Guna skrip Sony Ericsson 3G CID4 Ada pula Perkongsian internet MacOSX yang cukup mudah dihidupkan menggunakan GUI sahaja. Maka dapatlah PC Ubuntu buruk ini digunakan untuk membuat catatan blog ini. Namun, sebaik sahaja samb...

Ada Berapa Buah Pelayan Beras Padu? Tiada kaitan Malaysiakini

Banyak perkara berlaku, namun tidak sempat untuk berblog, bukan kerana kekurangan masa untuk mengadap komputer, tetapi mengadap komputer dalam mod antaramuka baris arahan (CLI) terlalu lama. Ini semua Beras Padu punya fasal. Mungkin ada yang menganggap Beras Padu hanya satu, tetapi ia lebih dari satu. http://beras-padu.pit.my dan http://www.beras-padu.pit.my adalah alamat berbeza, dan juga berbeza lokasi. Yang ada www itu 'hosting' berbayar, yang tiada www itu hosting di rumah. Dulu kepala saya agak pening memandangkan Enjin Beras Padu letaknya di komputer yang sama dengan komputer saya membaca blog, menulis blog. Sekejap-sekejap ia keras. Maka saya beli komputer terpakai untuk hoskan Enjin Beras Padu. Pening juga kepala bila asalnya komputer 'baru' itu hendak dimasukkan OpenSuSe, tak boleh but pula, CD Ubuntu lama sudah hilang. Saya ada 2 pilihan. Komputer lama jadi Enjin Beras Padu, Komputer baru jadi komputer melayari web. Atau sebaliknya. Entah ...

Terjumpa Pepijat Nautilus (atau gnome-mount?)

Gara-gara nak buat partisyen swap di pemacu USB, saya terjumpa pepijat nautilus, mungkin ia pepijat gnome-mount. Bayangkan pemacu USB yang bersaiz 1 Gb, boleh memuatkan data 5.1 Gb Lihat apabila pemacu USB itu dibuka:- Boleh jadi kaya kalau beli pemacu USB 1 Gb, boleh simpan data 5.1Gb. Ceritanya sebegini, dalam beberapa hari lepas, saya cuba nak letakkan fail swap di pemacu USB dalam sistemfail vfat seperti asal. Bertujuan untuk menjadi manusia yang paling besar fail swap di Merlimau. Kemudian saya diracuni oleh wawa, supaya membuat partisyen swap di pemacu USB terus. maka saya pun mkswap /dev/sdb1 ; swapon /dev/sdb1 akan menjadi sebegini root@ubuntu-sebol:/var/www/lili# free total used free shared buffers cached Mem: 775280 736284 38996 0 3952 115836 -/+ buffers/cache: 616496 158784 Swap: 1006568 0 1006568 Akan tetapi perkara lain berlaku. Disebabkan saya tidak mengaktifkan partisyen swap...

UMNO CERTIFIED, Beras , Yahoo Pipe

Suatu ketika dahulu, saya pernah menggunakan logo ini Ketika itu, di Media Utama, telah menyiarkan berita akan beberapa laman web Reformasi yang berbahaya. Sejurus selepas itu logo itu dibuat. Bergembiralah webmaster laman-laman reformasi untuk menggunakan logo itu. Ketika itu belum ada lagi istilah "blogger". Laman web berkonsepkan blog yang saya baca hanyalah "Alan Cox Diary" dan " Telsa's more accurate diary ". Tak sangka pula konsep sebegitu begitu popular sekarang, sehingga diberi nama sebagai "blog". Kini, Ali Rustam mengumumkan "240 laman blog pembangkang". Maka kita perlukan logo baru bertulis "Disahkan UMNO 1/240 blog pembangkang" Ada sesiapa yang boleh tolong rekakan? Pasti ramai diantara pembaca yang tertanya, dari mana datangnya nama "Beras Padu" . "Beras" berasal dari laman http://beras.tripod.com , Ini gambar Arkibnya (mesti klik) . Ketika itu zaman RSS amat baru dicipta, jadi untuk men...

Airport Express : Peranti Audio WiFi merangkap router

Hahaha Kini Audio wifi jadi realiti, saya sudah membeli Airport Express, ianya sebenarnya adalah router wifi biasa, tetapi ada tambahan ciri-ciri audio dan cetakan. Sebenarnya saya beli ia sebagai penerima audio wifi, tetapi dia dah ada sekali router. Maka Tamatlah khidmat router wifi pada mac mini ini, kini mac mini jadi klien seperti komputer biasa. Memang sejak dulu saya tercari penyelesaian audio secara wifi, hampir nak beli appleTV, tapi rupanya Airport Express ada airtunes. AirTunes membolehkan audio diterima dari iTunes, samada dari Windows atau MacOSX, kemudian audio itu boleh disambung secara analog ke amplifier atau earphone/headphone DAN juga boleh disambung menggunakan optikal/digital. Memang ramai orang tidak tahu bahawa kebanyakan peranti keluaran apple boleh mengeluarkan audio secara digital samada dalam format PCM atau DTS, disebabkan lubang menyambungnya adalah yang sama dengan stereo minijack biasa. Kabel optikalnya memang susah untuk dicari. Kalau nak cari, nama kabe...

Kembali ke Linux

Sudah lama tidak kemas kini blog. Saya baru sahaja menghidupkan kembali Fedora lama, rupanya partisyen Fedora idak rosak. Hanya cakera yang menggangdungi Windows, dan /home/sebol yang rosak, oleh kerana ia cakera pertama (/dev/hda) maka grub tak berfungsi. Akan tetapi tidak semua /home/sebol hilang, sebelum /home/sebol diletakkan dalam partisyen khusus, ianya duduk dalam /home di cakera kedua (/dev/hdb). Kandungan /home/sebol tidak dipadam sebelum menggunakan /home/sebol yang baru. Maka ada juga data yang hilang, tapi tak hilang semuanya. Ada lagi gambar kawin dulu-dulu. Sesi menyerahan CD RedHat versi 9 semasa kenduri dulu. Dari RedHat 9, kemudian di naik taraf ke Fedora core 1, 2,3,4, 5, 6 Tiada pemasangan baru Fedora dilakukan pada komputer saya. Sampai lah sekarang tengah 'yum upgrade' ke Fedora 8. Akhirnya saya akur dengan nasihat Pengulas di Topik ini untuk menaiktaraf ke Fedora 8 terus. Tapi ada masalah kebergantungan, kerana banyak pakej dipasang dari repo lain terpaks...

Fedora Linux 8 dah keluar

Dari dulu saya nak pasang kembali Linux di Komputer lama saya, dulu sudah muatturun Ubuntu, baru .iso tapi belum tulis ke CD lagi. Kemudian muatturun Fedora 7 punya iso, tapi belum tulis ke CD. Beberapa hari yang lalu, saya baru tahu yang Ubuntu tidak menyokong B.M secara default. Maka saya ketepikan Ubuntu, dan kekal pada Fedora. Walaupun Fedora telah keluar versi 8 , tapi saya tetap nak tulis Fedora 7 ke CD Ini gambar saya cuba but CD Fedora, tapi belum pasang lagi. Fedora, bukan setakat boleh guna antaramuka Bahasa Melayu, Nak pasang dalam BM pun boleh. Aku rasa nak pakai Fedora 7 dulu, kasi puas, baru naiktaraf ke Fedora 8.

Pakatan Firefox-ms dah mengandung

Dimaklumkan, Pakatan Firefox-ms telah mengandung, namun belum beranak lagi. Apa itu itu Pakatan Firefox-ms ? Pakatan Firefox-ms adalah usahasama menterjemah perisian berasaskan Mozilla ke Bahasa Melayu (kod bahasa = ms, bukan my) . Beberapa tahun yang dulu, setelah Projek Meksom, yang menterjemah Mozilla ke Bahasa Melayu telah ditinggalkan oleh saya, Tiada sesiapa yang benar-benar serius menterjemah mozilla ataupun Firefox. Ramai yang angkat tangan kononnya nak mulakan projek namun kebanyakannya tak berhasil. Sehinggalah ada satu insan bernama Mahrazi, telahpun menyiapkan terjemahan Firefox, namun belum berjaya menghasilkan "Pek Bahasa" untuk dipasangkan ke Firefox. Saya telah cuba untuk menggunakan terjemahan Mahrazi untuk dijadikan Pek Bahasa, namun gagal. Akan tetapi setelah Pek Bahasa yang gagal itu diberikan kepadanya, maka terhasillah Pek Bahasa Melayu bagi Firefox 2.x yang BETA Kerjasama pihak tuan (macam surat rasmi pula), untuk menguji Pek Bahasa itu, pada Firefox 2....

wall pada facebook

Tadi Isteriku yang nombor 1 , cuba mendaftar Facebook, satu laman rangkaian sosial (sosial networking' Tapi itu bukanlah cerita yang hendak kuceritakan. Di facebook ada "The Wall", Maka saya pun terus teringat wall (/usr/bin/wall), dan menggambarkan kalau sekali taip, mesej itu akan sampai kepada semua kawan kita. Tapi mungkin "The Wall" pada Facebook itu adalah benda lain. Ya memang benda lain, ia hanya seperti Papan Notis sahaja dan bukannya wall seperti N*X (termasuk Linux dan OSX) . Patut lah tak kelihatan bagaimana kita hendak 'mesg n'. Untuk mengetahui apa itu wall pada N*X, seperti biasa 'man wall'. Suatu ketika dulu, 'write', 'talk', 'wall' adalah satu benda yang menyeronokkan. 'write' adalah satu arahan untuk menulis pada konsol seseorang yang logmasuk dalam sesuatu sistem. 'wall' adalah arahan untuk menyiarkan mesej ke konsol semua orang. walaubagaimanapun ia bergantung pada status 'mesg'...

Kepala baru yang berDVI

Selepas kerja, (bila masa saya ada istilah lepas kerja?) saya ke Mahkota lagi sekali, dengan misi untuk membeli 'kepala'. Masalah kekurangan kepala sering timbul kerana terlalu banyak sumber input, tetapi terlalu sedikit 'kepala'. Pemain DVD/ Astro berkepalakan TV, Mac mini pada asalnya berkepalakan TV juga. Sony Ericsson MMV 200 juga dirancang untuk berkepala. Kesemua sumber input yang berkepalakan TV itu berjantungkan Yamaha RXV 530. (Jantung) Oleh kerana jantung yang sama. Nak dengar radio atau CD Audio pun susah kerana Astro dah guna jantung dan kepala itu. Nak ber A2DP pun kena guna jantung yang sama. Soal jantung, mungkin boleh difikirkan kemudian kerana saya ada jantung lama yang tak digunakan. Bayangkan 'Media Center' Mac mini pun nak guna jantung dan kepala yang sama... Berbalik kepada cerita kepala, saya memang memerlukan kepala, kerana bilangan populasi pengguna komputer meningkat setiap 2 1/2 tahun. Walaupun ada 3 komputer dirumah, tapi hanya ada ...

Soalan Bodoh: Ubahsaiz gambar

Ada tak skrip yang menggunakan alatan berasaskan Antaramuka Baris Arahan (CLI), yang membolehkan saya ubah saiz gambar-gambar yang ada dalam sesuatu direktori, kepada saiz tertentu. Platform = MacOSX. Kalau ada penyelesaian Linux pun boleh lah. Saya rasa penatlah nak ubah saiz gambar sebelum muatnaik ke blog.