Ini semua Beras Padu punya fasal.
Mungkin ada yang menganggap Beras Padu hanya satu, tetapi ia lebih dari satu.
http://beras-padu.pit.my dan http://www.beras-padu.pit.my adalah alamat berbeza, dan juga berbeza lokasi.
Yang ada www itu 'hosting' berbayar, yang tiada www itu hosting di rumah.
Dulu kepala saya agak pening memandangkan Enjin Beras Padu letaknya di komputer yang sama dengan komputer saya membaca blog, menulis blog. Sekejap-sekejap ia keras.
Maka saya beli komputer terpakai untuk hoskan Enjin Beras Padu.
Pening juga kepala bila asalnya komputer 'baru' itu hendak dimasukkan OpenSuSe, tak boleh but pula, CD Ubuntu lama sudah hilang.
Saya ada 2 pilihan. Komputer lama jadi Enjin Beras Padu, Komputer baru jadi komputer melayari web.
Atau sebaliknya.
Entah bagaimana, saya memilih Ubuntu Server, tanpa mencuba langsung Centos.
Ubuntu Server memang ringkas, tiada X langsung, jimat RAM dan pemproses.
Maka saya peninglah kepala untuk pindahkan Enjin Beras Padu kepada komputer baru (Mitsubishi).
Tanpa X, nak tetapkan IP statik pada pun pening kepala.
Ketika Enijn Beras Padu yang baru belum siap, saya terfikir untuk meletakkan varnish pada komputer Macmini. Itu pun pening juga, kerana flink atau macports tiada pakej Varnish. Akhirnya saya baru tau gcc dibekalkan sekali dalam CD OSX, dan berjaya juga kompil varnish dan laksanakan varnish pada Macmini.
Atas meja hitam ada macmini, dalam itu ada varnish yang mungkin pelayan permintaan HTTP anda kalau anda berkunjung ke Beras Padu
Komputer Mitsubishi, yang ingin dimasukkan Enjin Beras Padu akhirnya lebih kurang siap malam tadi.
Banyak betul langkah perlu dilakukan. Terasa muda 10 tahun bila main CLI banyak-banyak.
Isteri saya pernah tanya, "kenapa tak siap-siap".
Manalah saya tau, bukannya orang yang buat Beras Padu itu ada perisian pemasangnya sendiri boleh "Next", "Next", "DONE".
Akhir sekali, di rumah saya ada 3 ekor varnish.
nginx membuat imbangmuat (loadbalancing) diantara
- varnish di OSX
- varnish di komputer mitsubishi
- Varnish di Komputer lama.
Disebabkan Beras Padu ada dua alamat berbeza, ada yang suka masuk pada yang ada www, ada yang suka masuk pada yang tiada www.
Akan tetapi hari ini saya ingin mengajak pengunjung untuk mencuba yang tiada www.
http://beras-padu.pit.my
Apa ko tulis hanya 1% je aku paham.. tapi hebatlah ko dah boleh buat server farm...
BalasPadamNanti boleh letak dedicated server.. Boleh aku tumpang..
Aku nak gak belajar ubuntu ni tapi ntah belum cukup duit ( ada satu PC je) dan keberanian.
http://beras-padu.pit.my/ tested
BalasPadamhttp://www.beras-padu.pit.my/ tested
tahniah bro sebol, kalau test kat pc tak beza sangat, klu dlm windows mobile ada rasa slow sikit pada 118.101.126.182. keseluruhnnya varnish bro sebol memang berjaya.
Semoga Allah mengganjari Hasbullah Pit dengan rahmat dan berkat dari-Nya dari sumber gedung-Nya Maha Luas.
BalasPadam1. Enjin Beras Padu letaknya di komputer yang sama dengan komputer saya membaca blog, menulis blog. "Sekejap-sekejap ia keras."
BalasPadamYg dlm " " apa makna?
2. Yg dlm stroller enjin beras apa?
Prof Hamirdin:
BalasPadam1. komputer hang sekejap-sekejap
2. itu pemakan beras
zool:
BalasPadamkomputer terpakai di Merlimau harganya hanya RM 390
sitopimerah:
Terima kasih kerana membuat ujian.
Zubli:
Semoga Zubli dipertambahkan Jodoh
Kalau pakai PC lama dan nak OS yang robust napa tak guna Slackware?
BalasPadamJadi rasa macam terpinggir lak guna Slackware sebab dah makin pupus peminatnya :)
-hanks-
Hanks:
BalasPadamSaya dah tak guna Slackware sejak saya guna Redhat 3.03
Khai & Toriq masih Slackware?
Bilik server kat romah baru gua belum siap la kerja renovation.. nanti dah siap.. boleh ler gua kongsi sikit pengalaman buat clustering... boleh kan bhai...
BalasPadam