Harap maaf, jika catatan ini mengguris sensitiviti.
Pada PRK Kuala Terengganu, 11% pengundi adalah Cina.
Namun, banyak suara-suara mengatakan "undi Cina adalah penentu".
Jika difikirkan balik, adakah undi 88% yang lain itu bukan penentu?
Memang tidak dinafikan wujud politik perkauman dalam Barisan Nasional mahupun dalam Pakatan. Saya bukan jenis yang terlalu terima hakikat tembok perkauman sudah runtuh.
Jika tembok perkauman sudah runtuh, kenapa pula di kawasan Majoriti Melayu, dilaungkan pula undi cina jadi penentu. Mana tidaknya makcik-makcik di kampung risau tentang survival melayu jika 88% undi tidak dilaungkan sebagai "penentu" tetapi yang 11% itu juga yang dikononkan sebagai penentu.
Jadi, jangan terperengakap dengan agenda "11% Undi Cina adalah penentu".
Ada juga kawasan dimana Kaum Melayu adalah minoriti, ada kawasan dimana india minoriti, ketapi tidak pula kedengaran "Undi Melayu adalah penentu" atau "Undi India adalah Penentu".
Kenapa perlu laungkan sangat "Undi Cina adalah penentu" di Kuala Terengganu?
Kalau benar mahu perjuangkan politik tidak perkauman, mengapa mesti ada suara mengatakan undi sesuatu kaum itu penentu? Katakan sahajalah setiap undi adalah penentu.
Sekiranya dalam politik, undi sesuatu kaum terlalu dilebih-lebihkan maka agenda sesuatu kaum itu akan dapat lebih perhatian. Bagi saya ini agak tidak adil.
Kesimpulan, setiap undi adalah penentu, bukan undi daripada sesuatu kaum sahaja.
Sebab orang cina bijak mengundi, mereka bukan mengundi ikut parti tapi mengundi pihak yang dapat memberi lebih banyak mendatangkan manafaat kepada mereka. Selalunya mereka bersatu dalam memberi undi.
BalasPadamSedangkan undi orang Melayu sudah dapat ditentukan kerana mereka biasanya mengundi ikut parti.
Itu sebab undi cina dipanggil undi penentu, kerana tak tentu lagi parti mana mereka nak undi.
Ada kebenaran juga komen saudara Alias Mohd Yusof. Undi cina dipanggil undi penentu sebab undi mereka belum tentu memihak kepada mana-mana parti. Mungkin ada yang berdaftar sebagai ahli BN tapi masa mengundi mereka mengundi PAS. Begitulah sebaliknya.
BalasPadam1. undi pos adalah penentu.
BalasPadam2. pengundi yang bijak mengundi berdasarkan dosa pahala.
saya sokong sebol, semua 'undi' adalah penentu.
BalasPadamdalam perlawanan tarik tali, ikut peraturan adalah 8 orang sebelah. katakan satu pasukan ada 4 melayu, 2 cina, 1 india dan 1 benggali, jika salah seorang 'curi-tulang' buat pura2 tarik, siapa pernah tarik tali mesti tahu akibatnya
"11% Undi Cina adalah penentu"?
BalasPadamevery votes counts regardless of who the voter is.the opposition is just playing around with race card and try to win the heart of Chinese community in KT.then how about the rest of 89%?not "important" enough eh?