Masuk dan baca.
Maka saya petik satu perenggan kecil untuk dikupas.
Ya.
Kupas macam bawang.
Mengikut laporan MITI, 10.2% barangan Amerika masuk ke negara ini dari Jan-Nov 2008. Jumlahnya hampir mencecah RM 50 billion setahun. Manakala jumlah eksport Malaysia ke Amerika hampir mencecah RM 60 billion setahun.
Malaysia import RM 50 bilion
Malaysia eksport Barangan RM 60 bilion.
Amerika mendapat lebihan barangan sebanyak 10 bilion.
Banyak manakah barangan bernilai RM 10,000 itu?
Berapa tan minyak sawit?
Berapa tong minyak mentah?
Sepatutnya Malaysia mendapat wang sebanyak RM 10 billion daripada Amerika.
Dalam bentuk apa? USD?
Mari kita kira pula berapa USDkah RM 10 billion.
lebih kurang 3 bilion USD sahaja.
Mari kita lihat berapa kecilkah 3 bilion USD itu.
Wang USD yang dicipta atau dicetak untuk menyelamatkan 2 syarikat gadaian Amerika adala 700 bilion.
Betapa kecilnya "3" berbanding "700".
0.4 % sahaja
Itu cetakan dollar untuk selamatkan 2 syarkat itu sahaja, belum kira lagi cetakan USD untuk selamatkan Syarikat Perbankan, Industri permotoran.
Dipendekkan cerita, Amerika memerlukan tidak sampai 1 peratus duit yang dicetak untuk mendapatkan lebihan barangan sebanyak RM 10,000,000,000.00
Berapa tan minyak sawit?
Berapa tan getah?
Berapa Tong Minyak?
Apa yang Malaysia dapat dengan lebihan barangan yang kita beri mereka?
Emas? Perak? atau hanya cebisan kertas?
Dengan Malaysia, mereka dapat lebihan barangan sebanyak itu, bayangkan berapa banyak lebihan barangan yang mereka dapat dari China, India, Indonesia, Korea, Jepun.
Adakah Amerika masih lagi mempunyai emas dan perak untuk membayar lebihan barangan yang diimport dari negara lain?
Kalau tiada emas dan perak, bayar dengan kertas cukup lah.
Dunia mencintai kertas yang diberikan oleh Amerika itu.
Tapi betullah Pakcik Sebol. Bila kita sebut kertas USD tu, pasti orang akan terpegun seolah-olah kertas USD tu hebat sangat. Mungkin begitulah mentaliti hampir keseluruhan manusia seluruh dunia melihat kertas USD itu. Inilah yang susah kita nak boikot. Betul tak Pakcik Sebol?
BalasPadamEither cash or US Treasury bonds (IOU)
BalasPadambut US no money and USD going to collapse soon.
Good luck Malaysia to your reserves!