test

Jumaat, 30 Januari 2009

Edyesdotcom Sokong PPMSI?

Kebiasaannya golongan muda PKR, yang setakat saya kenal amat cintakan Bahasa. Namun keadaan agak pelik apabila Edyesdotcom, tiba-tiba menyuarakan bahawa dia menyokong PPMSI.

Hujahnya ialah....

Biarkanlah matematik dan sains digelumang dalam bahasa inggeris atas dasar kesesuaianya yang tersendiri. Umpama sekiranya kita ingin belajar teknologi German, bukankah lebih baik kita menguasai bahasa Jerman terlebih dahulu? Wajar ! Begitu juga sekiranya kita ingin menguasai ilmu dunia, kita perlu terlebih dahulu menguasai bahasa dunia.

Apa kata kalau kali ini kita setuju dengan hujahnya.

Kita setuju sahajalah langkah pemimpin Jerman terdahulu, mengadakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Arab kerana lebih mudah nak rujuk kitab-kitab ilmuan Islam dahulu.


Eh, Tetapi mengapa perlu belajar teknologi Jerman dalam Bahasa Jerman, bukankah teknologi Jerman itu wujud  dalam bahasa Arab?

2 comments:

  1. Belajar bahasa Jerman untuk belajar teknologi Jerman itu HANYA jika ingin belajar di Jerman.

    Kalau ikut logik yg serupa, kena lah belajar dalam bahasa melayu jika ingin belajar di Malaysia!

    AMZ

    BalasPadam
  2. Jadi apa teknologi yang malaysia ada untuk di pelajari dalam bahasa melayu?

    Jadi belajar bahasa inggeris untuk dapat teknologi itu.

    Bila malaysia sudah ada teknologi sendiri, baru orang lain akan belajar bahasa melayu untuk dapatkan teknologi kita.

    Sokong PPSMI.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit