test

Ahad, 25 Januari 2009

Kampung Sempang Mungkin Boleh Terselamat daripada Hiperinflasi

Ini semua visi gila tetapi tak mustahil untuk dilakukan.

Tempoh hari saya meredah kegelapan malam untuk mendengar Seminar Dinar
Emas oleh Dr Abdul Halim (MMU) yang diadakan di UiTM Johor.

Memang berbaloi, kerana dia telah mencerita banyak perkara tambahan
selain daripada perkara yang saya sudah tahu.

Boikot USD agenda utama, sama seperti yang saya telah tulis di blog ini.

Dr Abdul Halim menceritakan tentang bagaimana di Yugosslavia dahulu,
berlakukanya hiperinflasi, sehingga memerlukan sejumlah wang yang
banyak untuk membeli sesuatu.

Terdapat juga cerita bagaimana ketika itu, orang terpaksa memotong
rantai emas untuk membeli roti.

Kerajaan ketika itu cuba mengawal harga barang, macam yang KPDNHEP
lakukan sekarang, akibatnya pembuat roti tak mahu buat roti.

Berbalik kepada tujuan asal penulisan ini untuk membuatkan bagaimana
Kampung Sempang boleh terselamat daripada kesan hiper-inflasi.

Kampung Sempang agak merdeka dari sudut ekonomi kerana ada sawah, ada
nelayan , ada orang bela ayam.

Sekiranya berlakunya hiper inflasi, maka penduduk masih boleh cukup
makan dengan menukar barangan sesama sendiri.

Namun ia tidak semudah yang disangka, kerana pesawah tidak menjual
padi sendiri. Mereka jual kepada Bernas untuk mendapatkan wang.
Simpanan sendiri tidaklah sebanyak seolah-olah untuk dijual.

Para pekerja yang makan gaji, akan mengalami kesusahan kerana mereka
mendapat gaji yang agak tetap setiap bulan.

Kalau harga ayam naik kepada RM 1000.00 , maka susahlah mereka hendak
membeli ayam.

Para pendokong dinar emas, kebanyakkannya fokus kepada emas dan kurang
fokus kepada Dirham perak.

Andai kata, setiap keluarga di Kampung Sempang mempunyai 10 dirham.
Dengan mudahnya ekonomi masih boleh bergerak daripada menggunakan
ringgit yang telah mengembang kepada dirham.

Hari ini 1 Dirham lebih kurang RM 3.00 sahaja.
1 keluarga hanya perlukan RM 30 sahaja untuk ada rizab 10 dirham di rumah.

Tapi mungkinkah orang kampung mempunyai kesedaran terhadap pentingnya
pertahanan daripada hiperinflasi?

Kerana itu pendokong Dinar/Dirham perlu ada rizab dirham yang agak banyak.

Andai kata setiap pendokong Dinar Dirham mempunyai simpanan 1000
dirham. Maka mereka boleh menjadi "Along baik" yang memberi pinjaman
tanpa riba' kepada orang kampung.

"Pinjam 10 dirham, bayar balik dengan 10 dirham juga"

Kalau seorang pendokong dinar/dirham boleh pinjamkan kepada 100 orang.
Kalau ada 100 orang pendokong Dinar/Dirham di Melaka? Maka 10,000
orang boleh mendapat pinjaman 10 dirham.

Walaubagaimana pun memang agak sukar kalau kerajaan negeri tiada
polisi untuk menyelamatkan rakyatnya daripada hiper inflasi.

Namun Kerajaan Negeri Kelantan agak pro kepada Dinar/Dirham, tidak
mustahil kalau mereka menyediakan secara percuma satu keluarga 10
dirham.

1 comments:

Google+ Hasbullah Pit