test

Ahad, 25 Januari 2009

Privasi Alamat Emel

Saya mempunyai satu alamat emel yang digunakan untuk tujuan komunikasi sahaja.

Alamat emel itu dengan sengaja tidak dipaparkan di blog.

Hanya yang mengenali saya sahaja yang mengetahui alamat emel tersebut.

Alamat emel tersebut tidak digunakan untuk mendaftar perkhidmatan
websembarangan yang memerlukan emel. Sebaliknya saya menggunakan
alamat emel yang lain untuk tujuan itu.

Walaubagaimanapun alamat emel itu hanya digunakan untuk mendaftar
perkhidmatan yang betul-betul penting sahaja.

Saya memang jaga betul-betul alamat emel tersebut supaya tidak dicemari spam.

Namun saya tidak mampu untuk mengawal tindaktandik kawan-kawan saya
yang mengetahui alamat emel saya.

Jadi ada diantara mereka telah menjemput saya untuk menyertai Facebook.

Maka, Facebook sudah menyimpan alamat emel saya.

Selama ini saya enggan untuk mendaftar Facebook kerana enggan
memberikan alamat emel.

Sebelum ini, ramai yang telah menjemput saya untuk menyertai
friendster menggunakan alamat emel yang digunakan untuk "main-main",
itu pun mereka telah siapkan siapa "rakan-rakan" saya, sekiranya saya
menyertai friendster.

Bayangkan, tanpa mendaftar mereka sudah tahu siapa rakan saya.

Oleh kerana pengalaman menggunakan emel tanpa spam oleh gmail, maka
saya bolehlah dikitakan hanya percaya bahawa perkhidmatan berasaskan
Google sahaja yang menjamin keselamatan emel daripada dispam.

Apabila Facebook pernah dikaitkan dengan Microsoft, maka lagilah saya
tidak mempercayai Facebook.

4 comments:

  1. Sebelum ini, ramai yang telah menjemput saya untuk menyertai
    friendster menggunakan alamat emel yang digunakan untuk "main-main",

    Main main tu apa?

    BalasPadam
  2. Salam....

    Rindu sama tulisan kamu.....

    Senang cerita, jangan percaya ke[pada sesiapa pun.....


    Uhuhuhuhuhu

    BalasPadam
  3. Salam saudara,

    plug to:

    h[]ttp://albumoftheday.com/facebook/

    bunyik mcm conspiracy theory, tapi sebenarnya mmg berlaku..ini sesudah Patriot Act diperkenal..

    Saya setuju dengan tindakan saudara memboikot social networking yg berbased di US. Saya sudah melihat byk keburukan apbla ssorg meletakkan info ttg dirinya di internet.

    Ya benar, internet adalah inovasi terhebat sejarah. Bisa menjadi lubuk emas, tp bisa juga menjadi lubuk puaka, sebab kat dunia ni lagi ramai jembalang daripada manusia2 baik.

    BalasPadam
  4. Apa guna kita dapat memerintah Negara Malaysia , tetapi NEGARA ISLAM tidak dapat di tegakkan, lantaran ISLAM tidak BERDAULAT.

    Biarlah kita tidak dapat negara, asalkan ISLAM BERDAULAT.

    Parti Keadilan & DAP tidak dapat membantu matlamat Negara Islam.

    Renung kembali kisah Ikhwanul Muslimin dimana As Syahid Hassan al Banna di bunuh oleh Gamal Abdul Nasser.

    MAHUKAH KITA SEJARAH INI BERULANG !!!

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit