Mengapa?
Secara kebiasaannya, apabila orang membeli barangan Amerika, kita akan sangka dia mendapat keuntungan daripada itu. Kebiasaannya kita akan menyangka bahawa kita menyumbang duit kepada Amerika.
Sebenarnya Amerika tidak memerlukan duit daripada jualan kepada pelanggannya untuk menguasai dunia.
Duit yang dia mahu itu hanya ingin digunakan untuk dikitarkan semula supaya membeli bahan mentah daripada luar.
Kekuatan Amerika letaknya adalah dengan penjualan matawang USDnya, bukan pada penjualan barangan keluaran negaranya.
Apabila Amerika perlukan duit(USD) untuk membuat sesuatu, kongres bersidang dan penciptaan duit(USD) yang baru boleh diluluskan.
Mereka, Amerika tidak begitu risau akan inflasi matawangnya walaupun dicetak lebih, atau diwujudkan dalam bentuk "kredit" kerana permintaan terhadap Dollar tetap ada.
Dalam erti kata lain, kekuatan ekonomi Amerika lebih bergantung kepada penjualan dollar berbanding dengan penjualan barangan keluarannya.
Jadi untuk melumpuhkan amerika, kita hendaklah tidak membeli dolar Amerika (USD).
"Tidak Membeli USD" dalam perpektif lain ialah tidak menjual barangan dalam USD.
atau, tidak menerima USD ketika menjual barangan.
Mungkin sukar untuk diterangkan kalau disebut dengan ayat di atas, jadi ayat ringkasnya ialah "Jangan Jual Barang Kepada Amerika".
Kepada sesiapa yang tidak faham bagaimana Amerika menguasai dunia menggunakan dollar, perlu baca artikel berkaitan petrodollar. (Minta golongan mahasiswa yang banyak masa itu terjemahkan artikel itu ke B.M).
Atau baca catatan lama saya
Iran akan menyerang Amerika Dalam Beberapa Minggu
Sebenarnya Iran sudah serang.
Jadi saya ringkaskan semula..
Oleh Kerana Amerika menguasai dunia dengan petrodollar, maka serangan ke atas Amerika adalah
Jangan Beli USD
==> tidak menjual barangan dalam USD
==> Tidak Menerima USD Ketika Menjual Barang
==> Jangan Jual Barang Kepada Amerika.
Jadi kepada sesiapa yang faham, sila kemukakan idea saranan untuk tidak menjual barangan kepada Amerika Ulama-ulama yang ada di dunia ini supaya kekejaman di Gaza dapat dihentikan dengan cepat.
Susah sikit, saya dibayar dalam USD.......
BalasPadamFAcebook pun US....
Starbucks, Levis, Yahudi....
Macam mana, USD3.5 kini...OK-mah.
Betul pendapat Jed Yoong..everything is in USD..tak jual ke Amerika pun, kita masih lagi menggunakan USD dalam segala hal..pemberian hadiah utk kejohanan sukan pun USD(cth:badminton, skuash..)hatta bantuan yang diumumkan kerajaan ke Palestin sebanyak sejuta utk kegunaan MERCY di Rafah pun adalah dalam bentuk USD.
BalasPadamBukan tak nak jual, Amerika dah tak mampu nak beli. Dah tak ada duit....
BalasPadamBoleh Pakcik Sebol terangkan macammana nak realisasikan 'jangan jual barang kepada Amerika' sebab di sekeliling kita semuanya dalam USD. Yang dalam internet ni pun berlambak yang gunakan USD. Habis macam mana nak realisasikan matlamat kita ni?
BalasPadambetul juga apa yang saudara katakan ni.kalau kita barangan keluaran AS tapi dalam matawang Malaysia memang takkan memberi kesan.tapi kalau kita tak beli matawang USD ataupun separuh dunia tidak bersandarkan pada matawang USD jadi ekonomi dan kuasa US mungkin jatuh teruk.ini mengikut pemahaman saya la.
BalasPadamsenang cerita,kita jangan berurus niaga menggunakan USD.
bukan ker kalau nak tukar duit kena pakai USD juga???
BalasPadamboleh ker elak dari guna USD???
kena tindakan undang2 ker???
Kalau macamtu ramai blogawan berhenti berblog sebab blog host sebahagian besarnya Amerika punya mcm Blogger.com & Wordpress..
BalasPadamnak paham ekonomi ni pening sikit.
BalasPadamtapi kira setuju ju dgn sebol
Aizam:
BalasPadamPenggunaan blogger.com dan wordpress, tidak melibatkan USD ketika membuat blog. walaubagaimanapun ada penglibatan USD akan ada kalau guna adsense, atau daftar domain .com
Oleh itu, gunakan produk tempatan, guna domain .my
gua yang trading forex camnie teruk la.... semua urusan guna USD walaupun gua amik pair GBP/JPY.... huaaa...
BalasPadamAbg bol,
BalasPadameven sama ada tahu atau tidak, saya tak tahu daripada mana keuntungan perniagaan google (blogger.com) dan wordpress. Tetapi mengikut firasat saya, perkhidmatan percuma yang diberikan kepada kita ini (blog) mempunyai keuntungan ekonomi secara berselindung dari syarikat yang berpengkalan di negara Uncle Sam ni..
Bagaimana ia mampu memberi perkhidmatan percuma jika tiada keuntungan disebalik pemberian mereka.. Apakah mereka bersedekah? Adakah istilah sedekah bagi bangsa Yahudi & Nasrani?
Secara tidak langsung ia melibatkan pengaliran matawang USD..
aizam.. aizam...
BalasPadamBlogger.com buat duit dengan iklan la....
Wordpress.com buat duit dengan jual software/servis dier dan space website..
Kalo nak kira sedekah.. memang depa ader bersedekah... tengok contoh Open Source, Linux dan Free Software Foundation....
Aizam:
BalasPadamGoogle memang buat duit dari iklan.
Tetapi google punya cara pelik sedikit, dia dengan sengaja untuk tidak menggunakan setiap ruang yang ada untuk diletakkan iklan.
Dalam erti kata lain, dia agak hormat pengguna yang tak suka banyak iklan.
Jadi bila dia ada blogger.com , blogger.com akan membuatkan Adsense sebagai pengiklanan utama bagi pengguna Blogger.com
Begitu juga feedburner. Ada fungsi iklan, dimana boleh letakkan adsense.
Tapi dia tak paksa letak iklan dia seperti mana yang pernah dibuat oleh tripod.com dulu-dulu.
Bila dia menguasai kandungan, maka penjenamaan dia naik. Syarikat pengiklanan lain tak boleh ada opsyen khas dalam blogger.com dan feedburner, tapi dia boleh.
sorry this is a little out of topic.
BalasPadamto cencurut, from what i learned from subject Islamic Banking, forex is HARAM in Islam unless you are in the banking sector-trading for customers, money changer trader etc. If you're an individual, hoping to get advantage in floating exchange rate, then it is PROHIBITED.
PLEASE correct me if i'm wrong.
Ok.. I mula faham, tapi cuba kita perhatikan, berapa peratuskah blogawan meletakan iklan adsense di dalam blognya.. dan berapa peratus lagi pengguna yang tidak meletakan adsense kt blognya.. Bagai mana mereka dapat untung ni?
BalasPadamKalau kita lihat dalam kod xml template (cuba download) blogger ada kod-kod tertentu yang diletakan didalam template itu secara automatik, maksudnya mungkin.. saya kata mungkin sebab saya beranggapan sahaja (ketidak pastian). Mungkin mereka menjana pendapatan secara tersembunyi..
Mungkin pada sesiapa yang tahu boleh menerangkan kepada saya dan rakan2 apa maksud tersembunyi disebalik perkhidmatan percuma yang ditawarkan..
Apa yang saya nak tahu disini apakah dengan penggunaan produk blogger @ wordpress kita sedikit sebanyak menyumbangkan pengaliran wang USD kepada mata yang lebih tinggi dan secara tidak langsung membantu Amerika..
dumb ass, internet is made by america.. why not u go off the internet!!!!
BalasPadammemang bodoh.
BalasPadamBetul, US sah menyokong serangan Israel, tetapi, cuba fikirkan, entah kenapa seorang Melayu, yg tak pernah sesekali pun melawat malah berjumpa seorg Yahudi atau seorg Palestin ingin menjaga tepi kain bila org lain bergaduh?
Sebab awak saja nak berdendam dgn si Yahudi itu?
Atau sebab awak malu menjadi seorg Melayu nak jadi org Arab pulak skrg?
Memang bodoh.
Skrg nak boikot Israel dgn Amerika pulak. Memang kelakuan orang yg kurang berpelajaran.
Dey brader, tak sampai 50km dari sempadan Perlis, org Thai pulak memerintah selatan Thai dgn kuku besi. Lebih dari tu, bukan sj org2 Selatan Thai sesama Islam, tapi malahan mrk Org MELAYU juga.
Tapi adakah engkau berdendam dgn org thai dgn kelakuan tak berperikemanusiaan mrk? Adakah saudara boikot makan tomyam atau lawat Thai? Si anjing Najib tu, menderma US$ 1 juta kpd rakyat Palestin. Woah, besarnye hati dia. Sesen pun tidak deberikan kpd saudara yg SAMA agama dan SAMA kulit dgnnye. Sebaliknye? Tutup sempadan Malaysia jgn deberikan bantuan "aid" kepada org2 yg berjuang utk kemerdekaan.
Baik sdr fikir sikit - daripada menjaga tepi kain org 10000km dari sini di pdg pasir mesir, baik kita terlebih dahulu menyokong saudara kita yg kena hantam dkt kaki5 di depan kita.
Kalau dilihat, semasa Israel mengebom dgn sesuka hati di Gaza, kerajaan MESIR yg sama2 Arab dgn (kononnya) Islam, sengaja menutup sempadannye tak memberikan laluan dgn bantuan kpd penduduk Palestin.
BalasPadamApa bezanye dgn org kita yg menutup sempadan dgn Thai? Sebaliknye, kalau dilihat serangan Israel di Gaza membunuh tak sehingga 1000 org lagi, ttp "perang gelap" di Selatan Thai telah mengorbankan lebih kurang 10,000 org dlm masa 10 tahun lepas, hampir semua org MELAYU.
Sanggupkah kita mengkritik org lain atas kelakuan mereka bila kita sendiri salah?
moon,
BalasPadamada betul kata anda tapi kita kena ingat Bangsa Israel ni dah diceritakan dalam Al-Quran tentang kedangkalan mereka, sama ada dekat atau jauh itu bukan persoalan. Bukan bermaksud kita abaikan kezaliman tentera Thai terhadap bangsa Melayu Thai..
"Skrg nak boikot Israel dgn Amerika pulak. Memang kelakuan orang yg kurang berpelajaran."
moon, berikan hujah kenapa kelakuan begini dianggap kurang berpelajaran?
Apakah kita mahu selama-lamanya bergantung kepada ekonomi Amerika dan mereka semakin berkuasa dan mereka sesuka hati nk melakukan apa saja diatas bumi Allah ini..
aizam,
BalasPadam"ada betul kata anda tapi kita kena ingat Bangsa Israel ni dah diceritakan dalam Al-Quran tentang kedangkalan mereka, sama ada dekat atau jauh itu bukan persoalan. Bukan bermaksud kita abaikan kezaliman tentera Thai terhadap bangsa Melayu Thai.."
Tetapi memang telah diabaikan.
Cuba sdr buka suratkhabar utk bulan2 dan tahun2 yg dah lepas. Tak kira suratkhabar apapun, bahasa Inggeris mcm The Star ke, atau (kononya) "warkah Melayu" mcm Utusan. Cuba sdr lihat betapa kurang cebisan berita ttg keganasan di Selatan Thai.
Itu bukan sekadar gaduh kampung bro! 10,000 nyawa dah melayang. Bila 3 org sj terkorban kat Bkt Antarabangsa berita dah menjadikannye isu hangat untuk seminggu. Bahkan 10,000?
Dan apatah pemimpin kita yg talam dua muka?
Si Albar tu, nak kemukakan sesi gempak dkt UN utk Gaza. Ok, mmg patut begitu. Tapi apa "UN resolution" yg Si Albar tu buat utk Thailand?
PM dan timbalannya, dan juga Mahatir, adakah dia akan bersalaman dgn PM Israel mcm Netanyahu atau Perez? Sudah tentu tidak! Ttp bila jumpa Thaksin atau Arroyo dkt ASEAN, wah, bukan main gah lagi nak salam dgn "pose" utk gambar! Balik berani pula melaungkan "Ketuanan Melayu"! Sebaliknya taraf Melayu kat Pattani tu masih hamba.
"moon, berikan hujah kenapa kelakuan begini dianggap kurang berpelajaran?"
Sebab sdr mestilah mengenali siapa kita sendiri. Malaysia ni bukanlah sebuah negara yg sgt kuat. Ekonomi Amerika tu gergasi. Kalau kitorang buat kerja remeh seperti boikot Cocacola atau Ford, dia pulak hampir tak terasa. Sebaliknye, org kita pulak yg kerja dkt Coca-cola Malaysia yg kena pecat.
Dan jgn jualnye minyak? Itu lagi bodoh. Sdr, org Arab pun tak sanggup tak jual minyak kpd USA! Kalau kita tak jual, dia belilah dari Arab Saudi, Iraq, Venezuela, UK dgn Nigeria. Akhirnya siapa yg rugi? Kita.
Kalau negara yg lemah seperti Thailand dgn Phillipine kita tak berani menegah bila berzalim, mampukah kita nak bertarung dgn lawan "superpower" sbg USA dgn bonekanya Israel?
Itu umpama pemain liga kampung yg standardnye pun rendah nak bersaing di Liga Perdana Inggeris atau World Cup!
moon:
BalasPadamSempadan politik memisahkan kita dengan orang kita.
Ramai yang tak anggap mereka sebagai sebahagian dari kita. itu msalahnya.
Jadi, sepatutnya orang melayu tak boleh mendabik dada kerana merdeka, walhal lebih kurang 20% drpd tanah Melayu belum merdeka.
perjanjian anglo-siam, memisahkan kita.
begitu juga perjanjian inggeris belanda memisahkan Semenanjung dengan Sumatera
Perjanjian Anglo Siam, dan perjanjian Inggeris Belanda tidak dihadiri oleh orang Melayu, tetapi itu yang memisahkan yang tidak sepatutnya terpisah.
Saya di Melaka, perkara di Kuala Terengganu terasa dekat, tetapi yang di Dumai terasa jauh.
Perkara di sabah terasa dekat berbanding di Fotani.
Itu kerja Nasionalisme yang memisahkan kita
moon:
BalasPadamSerangan terhadap USD oleh Iran mac lalu memang berkesan.
Mengelupur Amerika dibuatnya.
Jadi cuma perlukan lebih negara menyrang USD.
China mengorak langkah.
Saya lebih pro kepada serangan terhadap USD berbanding pemboikotan barangan.
Malaysia tidak rugi kalau tidak jual kepada Amerika, Malaysia lebih untung kalau tidak simpan rizab USD berlebihan.
Malaysia boleh jual kepada negara lain.
Kalau Amerika tidak beli, negara lain boleh beli tetapi bukan dalam USD.
Salam...
BalasPadambegitu rupanya..
so, boikot-memboikot ni xde pekdah la ye?
Hasbullah Pit..
sy nk guna point2 kat atas tu ye?
nk letak dlm blog sy..
Pls, reply me...
dinieezyane
BalasPadamboikot barangan bukan tiada faedah tetapi kurang berkesan.
ambil contoh: Pendapatan Amerika daripada penjualan barangan ke Malaysia adalah 5 billion setahun.
Kalau kita boikot betul-betul, Amerika akan kehilangan 5 bilion.
Akan tetapi dengan mudahnya Amerika mewujudkan tambahan 5 bilion dalam bentuk credit kepada syarikat-syarikatnya yang terlibat.
o0h..
BalasPadamKalau begitu, teruskan memboikot!!
Walaupun kurang berkesan, tapi lama kelamaan ekonomi diorang blh drop juga kan.. ^^
salam. saya pautkan laman sdr di blog saya: http://bicaraniaga.blogspot.com
BalasPadamkalau kita tak beli barang amerika, secara langsung, penjual-penjual barang amerika di negara ni tak perlukan dollar. bila dollar tak diperlukan, dollar akan jatuh. berapa ramai sangat individu yang nak kan pada dollar. ramai yang nak pada barang amerika. jadi, kalau semua takknak barang amerika, secara tak langsung, takda orang nak pada dollar
BalasPadam