Saya agak kecewa ada pihak yang memperlekehkan penentangan terhadap USD.
Di sini saya hendak maklumkan bahawa Amerika menggunakan USD untuk mencukai semua negara yang mempunyai rizab USD, atau menyimpannya.
Amerika juga mencukai rakyatnya sendiri.
Amerika bukan hanya mencukai orang Islam sahaja, dia mencukai semuanya tak kira kamu India atau Cina atau Melayu atau apa pun bangsa.
Jadi, agenda menentang USD sepatutnya menjadi agenda dunia. Bukan hanya pada penyokong Palestin.
Faham?
Saya pasti ada yang tidak faham bagaimana Amerika menggunakan USD untuk mencukai dunia dan rakyatnya sendiri.
Bayangkan bahawa wang USD ialah 10 trilion.
Amerika mencetak 1 trilion dalam bentuk "bail out" kepada syarikat tempatannya.
Jadi 10+1 =11.
Andaikata dunia luar dari amerika meyimpan 3 trilion USD di bank pusat negara-negara yang ada, termasuklah simpanan peribadi.
Kebiasaannya kalau bilangan wang dilebihkan sebanyak 10% , (1 trilion adalah 10% drpd 10 trilion) , maka nilai USD sepatutnya akan mengalami inflasi 10%.
Akan tetapi inflasi 10% itu tidak berlaku serta merta, Ia mungkin dilewatkan berpuluh tahun.
Tapi Amerika sudah mempunyai lebihan 1 trilion, maka dia boleh beli komoditi, untuk dijadikan produk untuk rakyatnya dan eksport.
Dan Amerika boleh membeli apa sahaja produk dalam dunia ini, kerana duit mereka laku walaupun mereka cetak lebih.
Lambat laun duit USD yang pada simpanan rizab bukan amerika akan mengalami inflasi , nilainya jatuh.
Duit USD pada Amerika itu juga turut jatuh nilainya, tetapi dia sudah dapat siang-siang 1 trilion.
Duit USD pada simpanan luar Amerika jatuh, tapi penyimpannya tidak dapat apa-apa.
Amerika tidak kongsi sebahagian daripada 1 trilion itu kepada penyimpan dollar luar Amerika.
Dari situ, Amerika sudah mencukai sebanyak 1 trilion USD dari pemegang USD samada rakyatnya sendiri dan bank pusat lain.
Jadi begitulah cukai Amerika terhadap negara lain.
Eh, Iran tidak dikenakan cukai kerana dia telah menolak USD lebih awal.
Cukai Amerika ini tidak mengira siapa.
Kau Cina kah
Kau India kah
Kau Jepun kah
Semua kena.
Bagi saya negara China yang paling teruk dicukai, mereka bertungkuslumus membuka kilang dan sebagainya, untuk memenuhi nafsu konsumerisme rakyat Amerika, tetapi pembayarannya adalah dalam USD yang makin lama merosot nilainya.
Negara lain pula agak pelik, apabila USD merosot, mereka risau matawangnya tinggi, kalau matawangnya tinggi, mereka takut Amerika tidak mahu membeli produknya, maka 1 dunia pula berlumba-lumba merendahkan matawang supaya sepadan dengan kejatuhan USD.
Kerana itu, apabila inflasi dibongkarkan, harga barang naik. Sebenarnya matawang negara lain juga turut direndahkan supaya mengikut rentak kejatuhan dollar.
Apabila harga barangan naik, negara lain juga turut risau, maka semua akan meningkatkan produksi supaya harga turun dan dibeli oleh Amerika. Maka Amerika dapat lagi membeli belah komoditi dan produk dunia dengan murah.
Jumaat, 9 Januari 2009
Home »
» Amerika Mencukai Dunia dengan USD, bukan hanya pada orang Islam
Are u still using the FREE American-made Blogger platform?
BalasPadamSaya respek betul kat Pakcik Sebol dalam bab ekonomi. Pandangan pakcik lain sama sekali dan selalu tak sama dengan pandangan ahli ekonomi yang sedia ada. Kadang-kadang pening juga. Terpaksa pulak buka buku ekonomi masa sekolah dulu. Tengok balik mana-mana yang boleh membantu.
BalasPadamPakcik, macam mana Amerika memulakan mencukai dunia ni? Sejak bila? Kenapa kita tak boleh buat macam diorang buat?