test

Isnin, 26 Januari 2009

P.W Botha Masuk PKR?

Semalam heboh cerita tentang ADUN Bota masuk PKR.

Namun kepala otakku terlintas akan nama P.W Botha, seorang pemimpin
kulit putih Afrika Selatan yang pro Apartied ketika 80an.

Ketika 80an, ketika saya masih lagi sekolah rendah, minat terhadap
politik sudah mula terbit.

Saya melihat akan gambar yang sama sering keluar di ruangan 'Dunia'
Berita Harian.

Gambar P.W Botha sering keluar bersama-sama gambar pemimpin dunia yang
lain seperti Ronald Reagen, Mikhail Gorbachev , Saddam, Hosni Mubarak,
Yassir Arafat, Magerat Thatcher, Marcos, Nakasone. Muka-muka itu yang
sering keluar dalam berita luar negara.

Agak sukar untuk pelajar sekolah rendah seperti saya ketika itu untuk
memahami politik dunia ketika itu. Maka, ketika itu cukuplah sekadar
untuk memahami pemimpin itu memimpin negara mana.

Tetapi ketika itu saya cukup tak faham, Yassir Arafat itu pemimpin negara mana.

Saya tidak pasti sangat apa krisis yang berlaku, tapi mungkin ada
kaitan dengan pembunuhan si Shatilla 1983.

P.W Botha pula saya hanya kenal gambar ketika itu. Dia botak.

P.W Botha kepalanya botak.

1 comments:

Google+ Hasbullah Pit