Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

TV3 tuduh guru di Gazza memupuk "Nasionalisme"

Sudah 2 hari saya perhatikan bahawa TV3 mengatakanbahawa guru di Gazza memupuk semangat nasionalisme dikalangan Pelajar di Gazza. Saya tidak percaya. Setiap temuramah dengan guru di Gazza itu tidak sebutir pun perkataan "Nasionalisme" terbit dari mulut mereka. Mengapa TV3 memandai-mandai menuduh mereka memupuk nasionalisme? Para pelajar memang diajar untuk menentang Israel, tetapi saya tidak rasa ianya perlu ditentang atas sebab nasionalisme.

Edyesdotcom Sokong PPMSI?

Kebiasaannya golongan muda PKR, yang setakat saya kenal amat cintakan Bahasa. Namun keadaan agak pelik apabila Edyesdotcom, tiba-tiba menyuarakan bahawa dia menyokong PPMSI. Hujahnya ialah.... Biarkanlah matematik dan sains digelumang dalam bahasa inggeris atas dasar kesesuaianya yang tersendiri. Umpama sekiranya kita ingin belajar teknologi German, bukankah lebih baik kita menguasai bahasa Jerman terlebih dahulu? Wajar ! Begitu juga sekiranya kita ingin menguasai ilmu dunia, kita perlu terlebih dahulu menguasai bahasa dunia. Apa kata kalau kali ini kita setuju dengan hujahnya. Kita setuju sahajalah langkah pemimpin Jerman terdahulu, mengadakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Arab kerana lebih mudah nak rujuk kitab-kitab ilmuan Islam dahulu. Eh, Tetapi mengapa perlu belajar teknologi Jerman dalam Bahasa Jerman, bukankah teknologi Jerman itu wujud  dalam bahasa Arab?

HTTP Expire / Mod Expires

Terdapat banya laman web, dan blog mengandungi imej yang sama untuk dijadikan latar belakang ataupun navigasi. Kebanyakan imej itu tidak berubah, melainkan perubahan pada laman web yang radikal. Adalah tidak efisyen jika imej itu dimuatkan setiap hari. Dalam pelungsur web ada cache, sekiranya tidak ditetapkan, maka cache pada pelungsurweb adalah mengikut tarikh luput yang ditetapkan oleh pelungsur web. Jadi bagi pemilik laman web atau blog yang mahu imej itu tidak dimuatkan selalu dan menjimatkan lebarjalur, maka bolehlah menetapkan tarikh luput sesuatu imej lebih lama. Kita ambil contoh blog Puan Nuraflah, ada imej ini dihoskan di photobucket.com Bila imej itu luput daripada cache? sebol@ubuntu-sebol:~$ lynx -head -source http://i286.photobucket.com/albums/ll96/themelib/rebel-magazine/rss.gif HTTP/1.1 200 OK Date: Fri, 30 Jan 2009 04:53:37 GMT Server: Apache Last-Modified: Sun, 27 Jul 2008 14:20:25 GMT ETag: "986ba33-8cf-1b9a9c40" Accept-Ranges: bytes ...

seigniorage: Hempuk Kepala Benanke dan Zety dengan buku ini

Ini adalah buku yang ditulis oleh Ben Bernanke mengatakan Kerajaan juga boleh mencukai rakyat dalam bentuk inflasi. Ini dipanggil seignorage. Kerajaan cetak duit dahulu, guna duit itu dahulu, dan kemudian kesan inflasi dirasai oleh rakyat. "The link is the printing of money to finance government spending when the government cannot (or does not want to) finance all of its spending by taxes or borrowing from the public. In the extreme case, imagine a government that wants to spend $10 billion (say, on submarines) but has no ability to tax or borrow from the public. One option is for this government to print $10 billion worth of currency and use this currency to pay for the submarines. The revenue that a government raises by printing money is called seigniorage ." Sebagaimana yang telah dicadangkan oleh Dr Abdul Halim, ketika Seminar Dinar Emas di UiTM segamat dulu, Beliau telah mencadangkan supaya, ambil buku Alan Greenspan, dan hempuk kepalanya. Begitu juga...

Jangan Guna Istilah "BANGSA ASING" untuk Warga Tempatan

Istilah bangsa adala satu istilah yang mengelirukan dan sering disalahgunakan. Siapa yang benar-benar faham apa maksud bangsa? Entahlah. Akan tetapi kebanyakan penggunaan istilah bangsa adalah merujuk kepada Melayu Cina India yang kesemuanya warga negara Malaysia. Ada orang melayu yang mengatakan bahawa Cina dan India adalah bangsa asing. Bagi saya ia penggunaan yang salah. Adakah Melayu itu bangsa? Ya Adakah Cina itu bangsa? Ya Adakah India itu bangsa? pun ya juga jawapannya. Melayu Cina India juga adalah "keturunan" atau "etnik" atau "kaum". Apa itu "kebangsaan"? adakah "Kebangsaan" itu berasaskan bangsa dalam konteks Melayu Cina India? Kalau begitu, setiap satu bangsa ada "Kebangsaan"nya sendirikah? Apa yang saya faham dengan "kebangsaan" ialah "Nasional", sesuatu yang merujuk kepada kenegaraan. Lagu Kebangsaan adalah lagi Negara Malaysia Bunga Kebangsaan adalah untuk Malaysia....

Kewujudan Puteri UMNO menyebabkan istilah "Wanita" menjadi tua

Banyak cerita tentang pembubaran Puteri UMNO. Itu hanya cadangan sahaja untuk mengurangkan "politik wang". Hairan juga bagaimana kalau ada banyak pertandingan boleh banyak "main duit" ? Sekolah rendah dulu, Pasukan Bola Jaring ada banyak perlawanan juga, tetapi pemain hanya makan biskut kering. Satu kesan ketara kewujudan "Puteri UMNO", istilah wanita kelihatan tua. Majalah fesyen ada guna perkataan Wanita lagi tak? "Fesyen untuk Wanita", mungkin akan kelihatan seperti fesyen untuk perempuan 40 tahun ke atas. Nasib baik masih ada lagi rancangan "Wanita Hari ini" yang menunjukkan Wanita itu masih lagi muda. YB Nik Nazmi dulu pernah mengatakan bahawa perlunya menarik Wanita dalam AMK PKR . Bayangkan kalau istilah wanita itu dianggap sebagai untuk 40 tahun keatas sahaja. Bagaimana makcik 40 tahun ke atas nak sertai AMK? Tanpa Puteri UMNO, Wanita UMNO adalah terbuka untuk semua wanita walaupun bawah 40 tahun. Bila adan...

Jam Sepatutnya Berputar Ikut Bumi, Bukan Bumi berputar "lawan jam"

Jam sepatutnya berputar ikut bumi, dan bukan putaran bumi yang dikatan sebagai "Lawan jam" Ini gambar jam matahari yang ditangkap ketika gerhana matahari 26 Januari yang lalu. Jam matahari berputar mengikut "lawan jam"? Siapa yang salah? Bumi berputar, bulan berputar, bumi mengelilingi matahari pun putarannya sebegitu, tetapi Jam yang berlawanan arah dengan putaran semua itu. Jadi siapa salah? Masih ingat lagi matapelajaran fizik,guna tangan untuk tentukan kutub utara magnet? Lingkaran itu digelung ikut bumi atau ikut jam supaya ibujari menunjuk ke arah utara? Oleh itu, jangan pakai jam tangan macam Dr Abdul Halim .

Keputusan Peraduan PETRONAS Hot Cars Cool Cash, Siapa Menang Proton MPV?

Siapa menang Proton MPV pada Peraduan PETRONAS 'Hot Cars Cool Cash'? Mana ada orang menang hadiah Proton MPV , kerana Proton MPV masih belum keluar dan Proton MPV tidak ditawarkan sebagai hadiah dalam peraduan itu. Keputusan peraduan telahpun dikeluarkan namun agak sukar untuk mencarinya melalui google. Kenapa? Saya pun tak faham, bagaimana satu syarikat yang berbelanja jutaan ringgit untuk promosi mengabaikan faktor SEO dalam mempromosikan peraduannya. Mereka lebih suka perkataan yang ada dalam peraduan itu disiarkan dalam bentuk imej berbanding teks. Ia membuka ruang kepada para blogawan yang ingin mendapatkan SEO yang tinggi supaya membuat satu catatan blog berkenaan " Keputusan Peraduan PETRONAS Hot Cars Cool Cash ". Selain daripada PETRONAS, PROTON juga satu syarikat yang yang tidak peduli SEO. Maka ramailah bermain dengan kata kunci Proton MPV. Walaubagaimanapun, Proton kini mempunyai teknik pemasaran yang agak 'kool' lebih kurang macam Ap...

Dokumentari Emas dan USD di Astro (History Channel dan Discovery Science)

Beberapa hari kebelakangan, terutama sekali semasa Tahun Baru Cina, cukup banyak dokumentari tentang emas dan matawang USD. Namun Dokumentari itu perlu ditonton dengan minda analitik, tidak boleh percaya 100% terutama sekali "God's Gold". Di Discovery Science, terdapat satu dokumentari tentang USD, tajuknya lebih kurang "Mighty bank", ia menceritakan bagaimana duit dicetak, duit dilupuskan, dan terang-terang meraka cerita tentang 'money creation' dan matawang USD yang baru dicetak dihantar ke luar negara. Nampak gayanya mereka sekarang sudah terang-terangan ingin memberitahu dunia bahawa mereka menguasai dunia dengan USD. Banyak pula dokumentari tentang emas di History Channel, emas Yamashita, emas Afghan, Pencarian bagaimana Nabi Sulaiman memperolehi emas, Di mana Menorah emas yang dicuri dari Palestin oleh Rom kini berada. Saya sebenarnya tidak sempat menonton kesemuanya. Semuanya akan menimbulkan keinginan penonton untuk menyukai emas. ...

Ada Berapa Buah Pelayan Beras Padu? Tiada kaitan Malaysiakini

Banyak perkara berlaku, namun tidak sempat untuk berblog, bukan kerana kekurangan masa untuk mengadap komputer, tetapi mengadap komputer dalam mod antaramuka baris arahan (CLI) terlalu lama. Ini semua Beras Padu punya fasal. Mungkin ada yang menganggap Beras Padu hanya satu, tetapi ia lebih dari satu. http://beras-padu.pit.my dan http://www.beras-padu.pit.my adalah alamat berbeza, dan juga berbeza lokasi. Yang ada www itu 'hosting' berbayar, yang tiada www itu hosting di rumah. Dulu kepala saya agak pening memandangkan Enjin Beras Padu letaknya di komputer yang sama dengan komputer saya membaca blog, menulis blog. Sekejap-sekejap ia keras. Maka saya beli komputer terpakai untuk hoskan Enjin Beras Padu. Pening juga kepala bila asalnya komputer 'baru' itu hendak dimasukkan OpenSuSe, tak boleh but pula, CD Ubuntu lama sudah hilang. Saya ada 2 pilihan. Komputer lama jadi Enjin Beras Padu, Komputer baru jadi komputer melayari web. Atau sebaliknya. Entah ...

P.W Botha Masuk PKR?

Semalam heboh cerita tentang ADUN Bota masuk PKR. Namun kepala otakku terlintas akan nama P.W Botha, seorang pemimpin kulit putih Afrika Selatan yang pro Apartied ketika 80an. Ketika 80an, ketika saya masih lagi sekolah rendah, minat terhadap politik sudah mula terbit. Saya melihat akan gambar yang sama sering keluar di ruangan 'Dunia' Berita Harian. Gambar P.W Botha sering keluar bersama-sama gambar pemimpin dunia yang lain seperti Ronald Reagen, Mikhail Gorbachev , Saddam, Hosni Mubarak, Yassir Arafat, Magerat Thatcher, Marcos, Nakasone. Muka-muka itu yang sering keluar dalam berita luar negara. Agak sukar untuk pelajar sekolah rendah seperti saya ketika itu untuk memahami politik dunia ketika itu. Maka, ketika itu cukuplah sekadar untuk memahami pemimpin itu memimpin negara mana. Tetapi ketika itu saya cukup tak faham, Yassir Arafat itu pemimpin negara mana. Saya tidak pasti sangat apa krisis yang berlaku, tapi mungkin ada kaitan dengan pembunuhan si Shatilla 1983. P.W Botha...

Kampung Sempang Mungkin Boleh Terselamat daripada Hiperinflasi

Ini semua visi gila tetapi tak mustahil untuk dilakukan. Tempoh hari saya meredah kegelapan malam untuk mendengar Seminar Dinar Emas oleh Dr Abdul Halim (MMU) yang diadakan di UiTM Johor. Memang berbaloi, kerana dia telah mencerita banyak perkara tambahan selain daripada perkara yang saya sudah tahu. Boikot USD agenda utama, sama seperti yang saya telah tulis di blog ini. Dr Abdul Halim menceritakan tentang bagaimana di Yugosslavia dahulu, berlakukanya hiperinflasi, sehingga memerlukan sejumlah wang yang banyak untuk membeli sesuatu. Terdapat juga cerita bagaimana ketika itu, orang terpaksa memotong rantai emas untuk membeli roti. Kerajaan ketika itu cuba mengawal harga barang, macam yang KPDNHEP lakukan sekarang, akibatnya pembuat roti tak mahu buat roti. Berbalik kepada tujuan asal penulisan ini untuk membuatkan bagaimana Kampung Sempang boleh terselamat daripada kesan hiper-inflasi. Kampung Sempang agak merdeka dari sudut ekonomi kerana ada sawah, ada nelayan , ada orang bela ayam. ...

Privasi Alamat Emel

Saya mempunyai satu alamat emel yang digunakan untuk tujuan komunikasi sahaja. Alamat emel itu dengan sengaja tidak dipaparkan di blog. Hanya yang mengenali saya sahaja yang mengetahui alamat emel tersebut. Alamat emel tersebut tidak digunakan untuk mendaftar perkhidmatan websembarangan yang memerlukan emel. Sebaliknya saya menggunakan alamat emel yang lain untuk tujuan itu. Walaubagaimanapun alamat emel itu hanya digunakan untuk mendaftar perkhidmatan yang betul-betul penting sahaja. Saya memang jaga betul-betul alamat emel tersebut supaya tidak dicemari spam. Namun saya tidak mampu untuk mengawal tindaktandik kawan-kawan saya yang mengetahui alamat emel saya. Jadi ada diantara mereka telah menjemput saya untuk menyertai Facebook. Maka, Facebook sudah menyimpan alamat emel saya. Selama ini saya enggan untuk mendaftar Facebook kerana enggan memberikan alamat emel. Sebelum ini, ramai yang telah menjemput saya untuk menyertai friendster menggunakan alamat emel yang digunakan untuk ...

Jadual Perancangan Aktiviti Ketika Cuti Tahun Baru Cina

Sabtu : Pagi: Seminar Kewartawanan bersama LanH dan Mutaligat Petang: Melawat perigi Hang Tuah Malam: Mesyuarat tentang YB Salahuddin Ahad : Pagi Melawat Perigi Hang Tuah, periksa isipadu air. Tengah hari: Pergi Majlis nikah, Samdaddycool + Najwa Farhana. Petang: Melawat Perigi Hang Lipo Malam: Cari Formula Jangan Kasi Perigi Hang Tuah Kering Isnin : Pagi: Beli Bekas air, takut kalau Perigi Hang Tuah kering, boleh isi perigi hang tuah itu menggunakan bekas yang dibeli. Petang: Cari sumber air alternatif untuk penuhkan Perigi Hang Tuah. Malam: Selasa : Pagi:Pergi Perigi Portugis, kaji macam mana nak sambungkan air daripada perigi Hang Tuah Petang: Malam: Kenapa banyak sangat "Perigi Hang Tuah" ? Ini semua pantun Prof punya fasal . Ikan kering tidak berkuah Dimakan dengan asam pedas Kalau kering Perigi Hang Tuah Hasbullah Pit telinga ku pulas

OpenSUSE boleh dipasang dalam 'Basa Jawa'

Tetapi tidak dalam bahasa Melayu. ---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Obama pula balas Surat Husam Musa......

Husam Musa telah mengirim surat pada Obama. Bayangkan kalau Obama membalasnya sebegini. Dear Husam Musa Why the heck do  you copy my campaign logo?

Apa Yang Tamadun Barat Telah Lakukan?

Zaman Tamaddun Islam dulu, ada tak masalah sampah yang berlonggokan sehingga memakan sebahagian besar muka bumi? Sekiranya ada masalah sampah ketika Tamadun itu, dimana tapak sampah Tamadun Islam? Tamadun China pula bagaimana? Jed ada jumpa kitab lama mengatakan wujudnya masalah sampai sehingga memeningkan kepala maharaja? Hebat Tamadun Barat ini ya?

Heliza , Tranungkite, Melaka Hari Ini diserang DDoS oleh Zionis?

Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak serangan DDoS diberitakan, Paling popular sekali adalah serangan terhadap Tranungkite. Beberapa hari lalu, pihak penyedia hosting saya ada memberitahu bahawa wujudnya serangan. Saya tidak pasti pula pihak penyedia hosting saya itu ( zenpipe.com ) ada menyediakan perkhidmatan mempetulkan paip atau tidak. Laman Blog Heliza , mati ketika AJL, tetapi baru hidup hari ini. Hari ini pula, Mutaligat melaporkan bahawa IPnya di sekat untuk melayari Melaka Hari ini , tidak lama selepas itu Melaka Hari Ini mati. Harapnya Laman  Rahim Tamby Chik tidak diserang DDoS. Hari ini, komputer saya tidak dikecuali daripada serangan, tetapi rasanya bukan DDoS, mereka hantar permintaan pelik sehingga komputer tergantung. Tapi kes saya pelik sedikit. Kalau tiada serangan pun dia mampus sendiri.

Blog Ibnu Hasyim kini IbnuHasyim.com

Blogawan Ibni Hasyim hari ini mengorak langkah untuk memiliki domain sendiri. Sila lawati http://ibnuhasyim.com Ibnu Hasyim adalah blogawan glokal yang unik. Terdapat cerita tempatan dan cerita global yang ada di dalam blognya. Banyak perkembangan Islam di Luar Malaysia diceritakan olehnya.

Boikot USD: Datuk Salleh Majid kool

Berikut adalah Wawancana MHI dengan Datuk Salleh Majid berkenaan boikot USD. Idea-ideanya lebih kurang idea saya juga, mungkin dia ada lebih fakta sepeti 22 buah negara menambatkan matawangnya dengan USD. Selamat menonton Bahagian 1 Bahagian 2 sumber http://palestinkini.info/?p=3079

Demam Futsal DACS Jasin/Melaka, Ada yang tidur dalam Tiang Gol!

Demam Futsal Kini Melanda!!! Ada yang sampai tidur dalam tiang gol Mari Sertai Kejohanan Futsal Terbuka DACS Jasin/melaka klik pada imej: REBUTLAH HADIAH WANG TUNAI RM 700.00, MEDAL DAN PIALA PUSINGAN UNTUK KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA. Untuk download borang penyertaan sila klik pada gambar.. untuk maklumat lanjut sila hubungi saudara ZAINUDIN (0196564302), YUZI (0196291088) atau ZAKUAN (0197792795). Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 Januari 2009. Klik disini juga untuk download syarat dan peraturan pertandingan klik disini untuk melihat poster dan hadiah kejohanan

Semangat adik-adik tentang krisis Gaza - versi saya pula

Rausyanfikir telah menulis tentang Semangat adik-adik tentang krisis Gaza Seronok melihat anak muda begitu keras memboikot: Di sini saya ingin menceritakan tentang mendekati golongan muda. Saya telah menceritakan bahawa golongan muda mengejar 'kool' . Tidak perlu rasanya untuk membawa golongan muda kepada perjuangan, perlu menjadi muda seperti mereka dan melakukan perkara yang mereka suka. Ketika Demonstrasi Anti-Zionis tempoh hari di Melaka, saya telah melibatkan golongan muda tanpa perlu melakukan aksi muda mudi. Golongan muda lebih suka kalau mereka dilibatkan dengan aktiviti penentangan. Jiwa mereka memberontak. Bendera Israel untuk dibakar disiapkan oleh golongan muda. yang belum mengerti soal politik atau perjuangan Salah seorang daripada mereka bertanyakan "Kenapa Tiada Hentikan Peperangan pada baju" ? Kemudian saya jawap. "Kita bukan nak suruh hentikan peperangan, kita nak tanah kita balik" Golongan muda (dan tua) masih ra...

Keputusan Anugerah Juara Lagu AJL ke 23

Rasanya tak perlulah saya siarkan keputusan kerana ada banyak lagi laman blog yang siarkan keputusan nanti. Apa yang menarik adalah kehadiran Rosmah  (Bik Mama). Entah macam mana dia boleh ada. Rosmah jalan macam nak jatuh ke pentas. Ada satu masa, Rosmah hulur bunga , Faizal Tahir tak layan. Rosmah hulur lagi, Faizal Tahir tal layan. Akhirnya Faizal Tahir terima juga. Semasa nak turun, risau orang sebelah takut Rosmah jatuh tangga. Dulu Faizal Tahir buka baju, maca-macam kena. Kali ini dia buat persembahan "Cara pakai baju", baru dapat hadiah. Heliza?

PRK P36 Menunjukkan Teori "Undi Cina adalah Penentu" adalah Salah

Sebelum ini, memang wujud suara-suara dari pelbagai pihak mengatakan Undi Cina adalah penentu bagi Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu. Memang sudah jadi budaya politik Malaysia suka cakap undi Pengundi Cina adalah "penentu" tidak kira pihak BN atau PR. Bagi saya, semua undi adalah penentu , dipersetujui oleh Najib dalam blog Nuraflah . Namun Saudara Sofi Wahab telah mengemukakan bahawa pengundi Cina masih lagi menolak PAS di PRK P36 . Kalau "Undi Penentu" menolak PAS, secara logiknya PAS kalah. Tetapi PAS tetap menang tanpa "Undi Penentu" menyebelahi PAS. Kalau "Undi Penentu" lebih menyelebahi BN, dan PAS menang, patutkah "undi penentu" itu dipanggil penentu? Kempen pilihanraya difokuskan lebih pada "Undi Penentu" ini, tetapi bukanlah penentu.

Undi Pencinta Bahasa Jadi Penentu PRK P36 dan AJL? Undi Heliza?

Satu Keunikan Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu ialah wujudnya unsur penentangan PPMSI, dimana parti yang jelas menentang PPMSI telah menang. Gerakan Mansuh PPMSI (GMP) yang bermula daripada Mahasiswa telah disambut baik oleh PAS, dan seterusnya menjadi Agenda Pakatan Rakyat . Itu dunia politik. Di dalam dunia hiburan pula, isu bahasa tidak terkecuali. Walaupun cukup bisa serangan penyokong Heliza, yang mempertahankan apa yang Heliza tidak pertahankan . Namun satu perubahan positif berlaku, di mana blog Heliza kini indah bahasanya dan juga kini bermaklumat. Ada Vitamin. Tahniah diucapkan kepada Heliza . Terima kasih kerana tindak-tandukmu memberi impak besar terhadap Gerakan Mansuh PPMSI.

Keputusan Perang SEO Pilihanraya P36 Kuala Terengaanu

Seperkara menarik tentang Pilihanraya kecil  adalah perang SEO Keputusan PIlihanraya. Ruang vakum wujud, apabila keputusan adalah tidak rasmi, maka ramai akan mencari keputusan. Walaupun pengundian belum selesai, Pemikir , dari awal pagi sudah menyiarkan "keputusannya" Saya pula tercari-cari formula, bilakah masa sesuai untuk menyiarkan keputusan pilihanraya. Di sebelah petang, Puan Nuraflah telahpun menyiarkan "keputusan rasmi" nya. Maka, saya telah mengeluarkan keputusan pilihanraya pada jam 3:50 petang, dengan harapan robot itu indeks dan cukup segar apabila pengguna internet mencari keputusan. Tempat pertama dimenangi oleh Saya. ( Beras Padu ) Tempat Pertama : Pemikir Tempat ke 2: Saya punya digg Tempat ke 3: Pemikir punya digg Tempat ke 4 : Malaysianbite.com Tempat ke 5: Tempat ke 6: Saya ( hasbullah.pit.my ) Tempat ke 7: Zubli Tahniah kepada Para Pemenang, terutama sekali pemikir Kepada Puan Nuraflah, cuba lagi pada pilihanraya kecil ...

Keputusan Pilihanraya P36 Kuala Terengaanu

Keputusan Pilihanraya RASMI Kecil P36 P036 Kuala Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut (PAS): 32,883 Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN): 30,252 Azharudin Mamat (Bebas): 193 Undi Rosak:665 Majoriti:2631 Jumlah Keluar Mengundi: 63,993 Jumlah Keseluruah Pengundi: 80,229 Peratus Keluar mengundi: 79.693% Sebagai perbandingan PRU 12 Jumlah Pengundi: 80,325 Peratusan Kaum: M: 88.14% C: 10.94% I: 0.65% L: 0.27% 1. Datuk Razali Ismail (BN) (32,562) 2. Maimun Yusuf (Bebas) (685) 3. Mohamad Sabu (Pas) (31,934) Majoriti: 628 Jumlah undi: 66,112 Peratus mengundi: 82.31% Undi rosak: 931 Penyandang: Datuk Razali Ismail (BN) (Majoriti: 1,933 undi)

BN Angkuh dengan E-Book di KT, Menolak OLPC?

Daripada blog Tiger, terdapat gambar tentang BN angkuh dengan projek perintis "E-book" dijadikan kempen pilihanraya. Mengapa saya kata angkuh? Kerajaan Malaysia menolak kerjasama dengan OLPC, rupanya ada "E-book" sendiri. Sudah menjadi polisi OLPC, mesti berurusan dengan kerajaan, tidak NGO. Lihat jawapan bodoh Timbalan Menteri ketika menjawap soalan tentang OLPC oleh Ahli Parlimen PKR. Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata kementerian akan membelanjakan amaun melebihi RM5.43 bilion sekiranya komputer dibekalkan kepada 5.43 juta orang murid sekolah, iaitu berdasarkan anggaran kos sebuah komputer tanpa perisian adalah sekitar RM1,000 dengan jenama yang terhad di pasaran. Sukahati dia lah.

Demo Anti-Zionis di Melaka

Sehari  Sebelum Demo Terjumpa bendera Palestin lama dalam simpanan, tidak digantung kerana hujungnya bercabang. Maka, cuba mencari tukang jahit, kebanyakkannya diluar kawasan, maka tak dapatla buat bendera baru. Terpaksalah 'hantar kedai' bendera itu. Pagi Jumaat, gerakan melukis bendera Israel dilakukan , sambil ianya dijemur, sempat pula dipijak oleh sesiapa yang teringin nak pijak. Demo Bermula   Kelamkabut kerana kain rentang, sepanduk, bendera masih lagi dalam kereta. Bendera dipijak oleh... (tak nampak muka) Terus saya agihkan barangan kepada sesiapa sahaja. :) Papan Boikot USD diberikan kepada siapa entah. Papan 1: Boikot USD Tamatkan Rundingan US-FTA MITI Jangan Dayus Papan 2: Boikot USD Zety, Gantikan Rizab USD  dengan Emas dan Perak. Bendera diberikan kepada seorang pemuda, yang tetap terus mengibarkannya sehingga akhir demo. Ini dia pemuda itu Sofi Wahab Berucap Ustaz Kamarudin Sidek , Ketua Dewan Pem...

Kempen MCA menunjukkan seolah-olah BN tak mahu Menang PIlihanraya

Dulu saya pernah tulis, orang BN seolah-olah tidak mahu menang pilihanraya , menggunakan isu yang menjatuhkan mereka sendiri. Saya pernah bayangkan, bagaimana kalau BN tidak langsung berkempen. Mungkin mereka dapat undi yang lebih. Kalau mereka tidak guna ugutan politik , mungkin mereka dapat undi lebih. Kalau mereka kurang bermain sentimen perkauman, mungkin mereka mendapat undi lebih. Kalau mereka tidak tabur projek pembangunan, mungkin juga mereka dapat undi lebih. Tetapi mereka tetap mahu berkempen cara mereka. Biarlah. Yang terbaru ialah kaedah kempen MCA, menakutkan pengundi cina mengenai hudud dan "Islam lama ". Terjemahan Bahasa Melayu. “Kepada semua pengundi berbangsa Cina diParlimen Kuala Terengganu. Ingat tanggungjawab anda   semua besar untuk memastikan Malaysia ini terus menjadi Negara secular yang tidak mengamalkan undang-undang Islam. Baru-baru ini PAS sekali lagi menegaskan akan teruskan agenda melaksanakan hukum Hudud. Hudud ialah undang...

Orang Melaka, jangan lupa ke masjid negeri

Bendera untuk dibakar sedang dicat. ---- 
Dihantar dengan menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson

Teknik Menambah Bilangan Pelancong India oleh Ali Rustam

Ali Rustam ada langkah tambahan untuk meningkatkan pelancong India 1. Beri Gelaran Datuk kepada artis India. 2. Gugurkan Kerakyatan penyokong hindraf. Perbuatan ahli HINDRAF memburukkan kerajaan dengan menfitnah adalah satu sabotaj dan tidak setia kepada negara maka eloklah yang punya diri meletakkan kerakyatannya dari menjadi warga Malaysia atau pun kerajaan Malaysia melucutkan kerakyatannya. Maka automatik penyokong hindraf dikira sebagai pelancong dan pelancong india bertambah,

Cadangan Bodoh Buat Tok Penghulu Tranungkite

Jam 1 pagi, di dapati Tranungkite kelihatan seperti diserang DDoS lagi. Nak sekat, lapor pada Jaring, NISER dan sebagainya, seolah-olah tidak cukup masa, kerana PRK P036 sudah dekat sangat. Maka saya ada cadangan bodoh, iaitu buat TKO sementara. ubah DNS Tudingkan www.tranungkite.net CNAME ke ghs.google.com buat blog baru sementara, Terbitkan sahajalah artikel yang ada di situ.

Lebihan Eksport, Amerika Kuasai Dunia dengan USD

Hari ini Puan Nur Aflah membuat catatan ekonomi dengan cukup baik. Masuk dan baca . Maka saya petik satu perenggan kecil untuk dikupas. Ya. Kupas macam bawang. Mengikut laporan MITI, 10.2% barangan Amerika masuk ke negara ini dari Jan-Nov 2008. Jumlahnya hampir mencecah RM 50 billion setahun. Manakala jumlah eksport Malaysia ke Amerika hampir mencecah RM 60 billion setahun. Malaysia import RM 50 bilion Malaysia eksport Barangan RM 60 bilion. Amerika mendapat lebihan barangan sebanyak 10 bilion. Banyak manakah barangan bernilai RM 10,000 itu? Berapa tan minyak sawit? Berapa tong minyak mentah? Sepatutnya Malaysia mendapat wang sebanyak RM 10 billion daripada Amerika. Dalam bentuk apa? USD? Mari kita kira pula berapa USDkah RM 10 billion. lebih kurang 3 bilion USD sahaja. Mari kita lihat berapa kecilkah 3 bilion USD itu. Wang USD yang dicipta atau dicetak untuk menyelamatkan 2 syarikat gadaian Amerika adala 700 bilion . Betapa kecilnya "3" berbandi...

Tranungkite diserang Zionis?

Tranungkite diserang Zionis? menurut " Kedahlanie " , Laman Tranungkite diserang daripasa beberapa penjuru dunia. Laman Web TKO telah ddos attack pada jam 12 tgh tadi (13 Januari 2009) dengan nilaian yang amat tinggi menyebabkan laman tersebut terhenti operasi. Serangan datang daripada pelbagai server termasuk Brazil, China dll Tranungkite menggunakan NGINX, tidak pasti pula dengan apa ianya digabungkan. Maka saya cuba google nginx ddos, terjumpa permintaan keupayaan menangkis DDOS pada nginx . Bentuk mana satukan DDOS yang Tranungkite kena? Kemudian saya cuba google "varnish ddos", terjumpa satu artikel pengalaman diserang DDOS . Mesti baca. Menurut pengalaman saya, varnish boleh mati walaupun tidak diserang, maka sudah jadi 1 kerja untuk ulang hidupkan varnish. Pernah juga cuba nginx di hadapan lighttpd , lighttpd pula mati. Maka yg terkini saya guna nginx di depan, kerjanya ialah imbangmuat kepada varnish dan lighttpd. Kalau varnish mati, nginx ...

Tranungkite Tergendala - Malaysiakini

Daripada Perisik Rakyat , mengatakan tranungkite tergendala akibat daripada masalah . Jadi apa alternatif? Kepada yang terlalu bergantung kepada Tranungkite untuk membaca sumber-sumber yang ada memanglah sukar, Akan tetapi jika didiversifikasikan, mungkin kurang sedikit masalah. Agak sukar untuk membaca blog satu persatu. Kalau tidak salah saya, 70% artikel yang tersiar di Tranungkite pernah ditersenarai di Beras Padu . Untuk paparan panjang, sila masuk ke Seminggu Kebelakangan Beras Padu . Mungkin saya perlu sediakan "seminggu Kebelakangan" versi statik. Tunggu sekejap. . . . . Siap. Beras Padu Seminggu Statik http://www.beras-padu.pit.my/seminggu.html

Kafigrafi Cina

Jed Yoong ( جيد يوڠ ) adakalanya pelik juga. Tempoh hari dia mempersoalkan di manakah kaligrafi pempin Cina tempatan , kemudian hari ini dia menunjukkan bahawa pemimpin Cina zaman moden juga mempunyai kaligrafinya sendiri . Saya pun tidak berapa faham, adakah kaligrafi itu perlu ada bagi setiap pemimpin Cina? Atau bagi setiap individu? Adakah ini dipanggil sebagai Kaligrafi? Kalau begitu , YB Khalil Idham Lim , pemimpin PAS ada Kaligrafi, MCA DAP tiada? Keperluan untuk mempertahankan dan memahami khazanah kaum-kaum di Malaysia, itu kerja Lajnah perpaduan kaum PAS.

Demo Mengutuk Kekejaman Zionis Masjid Al-Azim Melaka 16 Jan 2009

Satu Demonstrasi mengutuk kekejaman Zionis akan di adakan pada Jumaat 16 Januari 2009, selepas jumaat di Masjid Al-Azim Melaka. Sempat lagi untuk menjahit Bendera Palestin. Sempat lagi untuk memlukis bendera Israel untuk di Bakar. Nasib baik 'banner' telah ditempah.

Pelacuran Bahasa oleh Heliza di "Heliza's Diary"

Tahniah diucapkan kepada Heliza . Terima kasih kerana tindak-tandukmu memberi impak besar terhadap Gerakan Mansuh PPMSI. Catatan di bawah ditarik balik , baca yang baru --------- Entah bagai mana saya terjenguk ke blog Heliza. Amat kecewanya saya apabila bahasa yang digunakan adalah seolah-olah dengan sengaja melacurkan bahasa. klik sini untuk paparan yang lebih besar . Mana tidaknya saya mengatakan dia seolah-olah melacurkan bahasa dengan sengaja, terdapat perkataan yang dilihat sebagai sengaja melacurkan bahasa seperti "xde" lame x cite2 ngan anda semua ni  Dia juga didapati melacurkan bahasa apabila menambah "er" pada dalam perkataan "mana" tapi x tau nak setat dari maner Adakah dia mengejar "kool" sehingga melacurkan bahasa. 'kool'kah melacur bahasa ketika musim penentangan terhadap PPMSI sedang hangat? Terdapat juga orang lain yang menjadi artis, masih boleh menulis dalam bahasa indah. Aznil Nawa...

Federelisme Pemerintahan Malaysia Wajar Diubah?

Telah diberitakan di Sinar Harian bahawa Tian Chua (PKR) mahu mencadangkan kepada Pakatan Rakyat supaya Royalti minyak dinaikkan kepada 20% , berbanding sekarang ini hanya 10% Persekutuan, 5 % Negeri. Pada Masa yang sama pula Syarikat Minyak milik kerajaan Persekutuan. Yang menariknya, alasan untuk meminta negeri pengeluar minyak diberi lebih royalti adalah supaya membasmi kemiskinan. “Kita hendak beliau (Wan Farid) menyatakan pendirian terhadap isu ini kerana jika beliau ikhlas ingin membantu rakyat Terengganu, beliau hendaklah menyatakan pendirian sama dengan rakyat negeri ini. “Dengan royalti minyak yang meningkat sekali gus kerajaan negeri dapat meningkatkan projek pembangunan untuk mengurangkan kemiskinan rakyat,” katanya pada sidang media anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam. Pemberian lebih royalti minyak kepada kerajaan negeri akan menyebabkan kerajaan persekutuan kekurangan sumber 10% yang dinikmatinya. Apabila royalti menjadi 20%, maka Syarikat minyak akan...

Wahid Endut == Jawapan Kepada Persoalan Faye Wong 明月幾時有?

Jed amat menggemari 王菲 - 但願人長久 - Faye Wong - Forever Ayat pertama lagu itu  memberi maksud , "Bright moon, when did you appear?" atau "Will a moon so bright ever arise again?"  Jawapan di tangan pengundi PRK P036 Kuala Terengganu. Jawapan juga bergantung kepada Wahid Endut selaku Calon PAS di PRK itu. Mari kita tafsir perenggan pertama darikaca mata politik Semasa, menggunakan kaedah nujum pak belalang. 明月幾時有? 把酒問青天。 不知天上宮闕5, 今夕是何年? Will a moon so bright ever arise again? Drink a cupful of wine and ask of the sky. I don’t know where the palace gate of heaven is, Or even the year in which tonight slips by. Ia memberi maksud bahawa harapan terhadap PAS oleh pengundi Cina begitu tinggi, tetapi masih tertanya-tanya soal pengharaman arak. Adakah PAS boleh menang tahun ini? 我欲乘風歸去, 唯恐瓊樓玉宇6, 高處不勝寒。 起舞弄清影7, 何似在人間8 I want to return riding the whirl-wind! But I Feel afraid that this heaven of jasper and jade Lets in the cold, its pal...

Amerika Mencukai Dunia dengan USD, bukan hanya pada orang Islam

Saya agak kecewa ada pihak yang memperlekehkan penentangan terhadap USD. Di sini saya hendak maklumkan bahawa Amerika menggunakan USD untuk mencukai semua negara yang mempunyai rizab USD, atau menyimpannya. Amerika juga mencukai rakyatnya sendiri. Amerika bukan hanya mencukai orang Islam sahaja, dia mencukai semuanya tak kira kamu India atau Cina atau Melayu atau apa pun bangsa. Jadi, agenda menentang USD sepatutnya menjadi agenda dunia. Bukan hanya pada penyokong Palestin. Faham? Saya pasti ada yang tidak faham bagaimana Amerika menggunakan USD untuk mencukai dunia dan rakyatnya sendiri. Bayangkan bahawa wang USD ialah 10 trilion. Amerika mencetak 1 trilion dalam bentuk "bail out" kepada syarikat tempatannya. Jadi 10+1 =11. Andaikata dunia luar dari amerika meyimpan 3 trilion USD di bank pusat negara-negara yang ada, termasuklah simpanan peribadi. Kebiasaannya kalau bilangan wang dilebihkan sebanyak 10% , (1 trilion adalah 10% drpd 10 trilion) , maka ni...

Setiap Undi Adalah Penentu, Bukan HANYA undi 11% Cina Sahaja Penentu

Harap maaf, jika catatan ini mengguris sensitiviti. Pada PRK Kuala Terengganu, 11% pengundi adalah Cina. Namun, banyak suara-suara mengatakan "undi Cina adalah penentu". Jika difikirkan balik, adakah undi 88% yang lain itu bukan penentu? Memang tidak dinafikan wujud politik perkauman dalam Barisan Nasional mahupun dalam Pakatan. Saya bukan jenis yang terlalu terima hakikat tembok perkauman sudah runtuh. Jika tembok perkauman sudah runtuh, kenapa pula di kawasan Majoriti Melayu, dilaungkan pula undi cina jadi penentu. Mana tidaknya makcik-makcik di kampung risau tentang survival melayu jika 88% undi tidak dilaungkan sebagai "penentu" tetapi yang 11% itu juga yang dikononkan sebagai penentu. Jadi, jangan terperengakap dengan agenda " 11% Undi Cina adalah penentu ". Ada juga kawasan dimana Kaum Melayu adalah minoriti, ada kawasan dimana india minoriti, ketapi tidak pula kedengaran "Undi Melayu adalah penentu" atau "Undi India adala...

Terima Kasih Negara China

Daripada Beras Padu , saya terjumpa satu berita yang disiarkan di gata.org mengatakan Negara China akan berusaha dengan program perintis untuk memnyelesaikan perdagangan antarabangsanya menggunakan matawang yuan berbanding sebelum ini USD. China's central bank said yesterday that it plans to implement a pilot program that would settle overseas trade with the Chinese currency instead of the US dollar. The People's Bank of China will expand financial cooperation with overseas economies and "properly deal with the global financial crisis," the central bank said. "We'll actively join international efforts to tackle the global financial crisis while safeguarding national interests," the central bank said. It pledged to implement a pilot program that the State Council announced last month. China will allow the yuan to be used for settlement between Guangdong Province and the Yangtze River Delta, China's two economic powerhouses, and the special ...

macammana nak realisasikan 'jangan jual barang kepada Amerika'

Menarik persoalan yang diutarakan oleh Afnanhassan Boleh Pakcik Sebol terangkan macammana nak realisasikan 'jangan jual barang kepada Amerika' sebab di sekeliling kita semuanya dalam USD. Yang dalam internet ni pun berlambak yang gunakan USD. Habis macam mana nak realisasikan matlamat kita ni? Sebenarnya ia jauh lebih susah daripada jangan beli Barangan Amerika. Amerika memerlukan 2 perkara. 1. Barangan komoditi atau untuk dibeli 2. Permintaan terhadap USD. Jadi untuk merelalisasikan "Jangan Jual Barangan Kepada Amerika" perkara itu memerlukan kuasa politik dalam sesuatu negara. Peringkat tinggi. Agak sukar untuk mengeluar minyak , minyak sawit, untuk memilih pembeli. "Aku tak jual pada kamu" Namun ia boleh dilakukan dengan 2 cara. 1. Kita putuskan hubungan dagangan dengan Amerika. 2. Kita cari pasal sehingga dia sekat kita, macam Iran. Mutaligat sudah mencadangkan supaya putuskan hubungan dagangan dengan Amerika . Rundingan FTA denga...

Boikot Amerika, Bukan Sekadar Jangan Beli Barang, Tetapi Jangan Jual Barang Kepadanya

Sekian lama kempen boikot barangan Amerika telah berjalan, namun ianya agak kurang berkesan. Mengapa? Secara kebiasaannya, apabila orang membeli barangan Amerika, kita akan sangka dia mendapat keuntungan daripada itu. Kebiasaannya kita akan menyangka bahawa kita menyumbang duit kepada Amerika. Sebenarnya Amerika tidak memerlukan duit daripada jualan kepada pelanggannya untuk menguasai dunia. Duit yang dia mahu itu hanya ingin digunakan untuk dikitarkan semula supaya membeli bahan mentah daripada luar. Kekuatan Amerika letaknya adalah dengan penjualan matawang USDnya, bukan pada penjualan barangan keluaran negaranya. Apabila Amerika perlukan duit(USD) untuk membuat sesuatu, kongres bersidang dan penciptaan duit(USD) yang baru  boleh diluluskan. Mereka, Amerika tidak begitu risau akan inflasi matawangnya walaupun dicetak lebih, atau diwujudkan dalam bentuk "kredit" kerana permintaan terhadap Dollar tetap ada. Dalam erti kata lain, kekuatan ekonomi Amerika lebih ...

Macam Pernahku Lihat Nama Tadika ini

Tapi di mana ya?

Pembuktian Persamaan Matematik 2=1 anak Prof Hamirdin

Anakanda Prof Hamirdin telah menjumpai bahawa 2=1 turut disiarkan di blog ayanandanya . a=x 2a=a+x 2a-2x=a+x-2x 2a-2x=a-x 2(a-x)=a-x 2=(a-x)/(a-x) 2=1? musykil  Benarkan 2=1 ? mari kita kira semula  a=x      ....... (1) 2a=a+x  .......(2) Kalau kita ingin mencari nilai a gantikan a kedalam x 2a=a+a  .......(3) 2a=2a ......(4) Tiada apa yang pelik, 2a ialah 2a. sekarang ini anggap "2" sebagai z. gantikan z ke dalam persamaan (3), maka za=a+a  ...... (5) za=2a z=2 balik asal pula.... cuba gantikan z dengan 1 dalam persamaan (5) a = a+a a=2a 1=2   # lihat pula dari perspektif lain. Ambil persamaan asal, a=x      ....... (1) 2a=a+x  .......(2) untuk membuktikan 2=1, gantikan 2 dgn 1 pada persamaan (2) a=a+x a=a+a a=2a 1=2 # Terbukti ... hehehe cuba gantikan 1 dengan 2 pula pada persamaan (2) 2a=2a+2x 2a=2a+2a 2a=4a 1=2  # terbukti...

Cadangan Layang-Layang di Sekolah, Ali Rustam Merepek Lagi?

Saudara Adihamka pada blognya pukul habis Ali Rustam apabila Ali Rustam mencadangkan supaya permainan layang-layang diperkenalkan di sekolah .Kemudian Ketua Pemuda PKR juga tolong pukul . Bagi saya, Ali Rustam memberikan cadangan yang tidak tepat bagi penyelesaian masalah. Namun masalah tetap ada. Dia mencadangkan begitu untuk mengekalkan permainan tradisi. Permainan tradisi kalau tidak dimainkan, dia akan pupus. Perumahan jenis teres dan pangsapuri tidak menggalakkan. Saya tidak tahu, kenapa semua perkara hendak diterapkan di sekolah. Seolah-olahnya dengan menerapkan sesuatu di sekolah semua akan menjadi. Saya tidak setuju pelajar dilarikan fokus daripada pendidikan hanya kerana mahukan anak-anak mengenal sesuatu. Satu bentuk pemikiran wujud dimana mereka sering berfikir semua benda perlu diterapkan di sekolah. Kita panggil pemikiran ini ialah sumbatsemuadisekolahisme . Jikalau benar Ali Rustam mahu kekalkan permainan tradisi sehingga boleh dimainkan oleh kanak-kanak ma...