1. Elakkan tulisan cerah berlatarbelakangkan gelap.
2. Saiz tulisan jangan terlalu kecil.
3. Elakkan penggunakan Shoutbox/Chatbox/Chatterbox
4. Jangan automainkan bunyi.
Hari ini saya akan menulis tentang ruang putih, sebagai salah satu kaedah meningkatkan kebolehgunaan terutama sekali kemudahbacaan.
Ruang putih, Ruang putih.
Ruang putih tidak semestinya putih, ia boleh juga menjadi kuning lembut asalan ianya ruang yang tidak digunakan dalam susunatur blog anda.
Perkara penting untuk membanyakkan ruangputih ialah dengan membuat perenggan dalam penulisan. Cukupkan dengan menghadkan sehingga 3 ayat dalam satu perenggan.
Saudara Tawel Sensei sendiri mengamalkannya tetapi dia tak nyatakan dalam tip tadi.Ruang putih juga boleh diperolehi dengan memilih templat yang baik.
Sekiranya templat itu terlalu banyak kotak, maka sedikit sahaja ruang putih yang boleh diperolehi.Ianya kelihatan seperti pembaziran ruang akan tetapi ia memudahkan pembacaan.
Sebolehnya, tajuk hendaklah tidak duduk di dalam kotak, cukup sekadar tulisan besar, atau ada garisbawah.
Hati-hati jika anda menyalin menggunakan Internet Explorer, kerana ia akan menyebabkan kehilangan perenggan. Maka perlukan anda membuatnya secara manual.
Kalau mengikut mahzab Tawel Sensei, chatbox akan mengalih tumpuan pembacaan sesuatu catatan. Maka bar tepi dibolehkan untuk berserabut, supaya pembaca akan tertumpu kepada catatan blog?
Sebenarnya, bar tepi tidak perlukan banyak kotak, maka blog saya bukanlah satu contoh yang baik untuk menambah kebolehgunaan di bahagian tepi.
Kepada pengguna mahir, mereka boleh menggunakan CSS untuk menambah ruang putih dengan menjarakkan baris ayat.
#content {
line-height: 1.2em;
}
Juga boleh menggunakan CSS untuk menambahkan ruang antara hujung tulisan dengan tepi dinding.
Terdapat satu mahzab lagi berkenaan ruang putih yang dikenali Mahzab Mahathirisme.
Dia membuat perenggan dengan baik, dan meletakkan nombor pada perenggan supaya ia senang dibaca.
Bacaan tambahan:
White Space di performancing.com
Apa jadinya jika Orang Putih guna latar blog putih?
BalasPadamContohnya, Halwa Romantis.
golongan mude mudi sukakan chat box..cam ne ea?
BalasPadam:D
Apa pun, jangan ada yang tersilap memahami apa itu ruang putih (white space).
BalasPadam"Putih" tak merujuk kepada warna. Tapi merujuk kepada satu ruang kosong di antara satu elemen dengan elemen yang lain.
P.S. Gaya tulisan Mahathir memang pelik. Dalam buku yang dia karang, ada ke yang macam tu?
Uhuk!uhuk!`Tersedak sedak tadi, masuk sini baru tau, Zubli dok sebut sebut.
BalasPadamTerima kasih Tuan YDP Sebol kerna menimbulkan aspek aspek kebolehgunaan disamping memblog soal soal politik. Saya berpendapat aspek kebolehgunaan atau yang BI panggil useability ini banyak berdasarkan logik juga. Contoh: ISA didalam sebuah demokrasi tidak wajar seperti mana tidak wajar kita menulis huruf berwarna kuning diatas latar berwarna putih.......tahniah juga kepada Tuan Tawel Sensei (ada bunyi Jawa, perasa Jepun pun ada) hahahaha<---gelak besar, harap-harap puasa masih ok.
I.S.A. sejak dari mahasiswa kami tak setuju.
BalasPadamKan Rastom?
Tapi bagaimana kalau kita setuju, tulisan kuning di atas latar kuning, untuk apa yang disebut DI. Dramatic Impact.
Tekniknya ialah Telor.
Bukan Rastom...
Maksudnya Telor Peram China.
Latar belakang kuning cair, dan tulisan kuning pekat.
Bila saya dah besar nanti, saya nak jadi PM.
Prime Mover.
I.S.A. hapus.
Kalau Rastom On Line, susah broadcast nak tergendala.
BalasPadamIni dia sudah lupa tekan button "continue" neh.
Fon dia daa, ada orang kacau line Anwar lagi sekali...