Kenapa ketika Pak Lah jadi menteri kewangan tidak timbul soal ini?
Mulanya Dr Mahathir mencadangkan supaya "Tambatan Ringgit ddiadakan semula". Mungkin ramai yang tidak faham apa maksudnya. Adakah dia mahu ringgit ditambat secara langsung dengan satu matawang?
Adakah tambatan kepada beberapa matawang perlu diubah?
Semuanya tidak jelas, kerana Mahathir sendiri tidak nyatakan tambatan semula yang dia maksudkan itu dengan apa.
Yang agak pasti, dia mahukan nilai ringgit naik sedikit.
Sama ideologi dengan saya tapi kaedah lain.
Kemudian Muhyidin, secepat kilat mahu ianya dikaji. Kenapa selepas cadangan Mahathir baru bersuara soal matawang? Kenapa tidak semasa Pak Lah masih Menteri Kewangan?
Itu pun menghairankan saya.
Menteri kewangan baru pula, diberi taklimat soal kewangan, kemudian perlu berbuat sesuatu dengan berbincang soal tambatan ringgit. (Malaysiakini)
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri taklimat 'luar biasa' di Kementerian Kewangan esok, yang akan turut membincangkan sama ada sistem tambatan ringgit akan dilaksanakan semula bagi mengurangkan impak kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) terhadap mata wang negara, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed YakcopSaya tidak nafikan, negara perlu lakukan sesuatu supaya ringgit dinaikkan, sekurang-kurang 10%. Tapi mengapa secara tiba-tiba?
Agaknya apa keputusan perbincangan soal tambatan matawang itu?
Adakah 20% daripada Ringgit akan ditambatkan dengan emas seperti yang saya pernah tulis 10 bulan yang lalu?
Sempena perbincangan itu, elok saya salin tepek catatan lama (1 Nov 2007) yang diubahsuai namanya.
Harga minyak dipasaran Nymex meningkat ke USD 96 setong, Harga emas pula menghampiri USD 800 seaun troy. Semua berpunca dari kejatuhan dollar yang melampau, sehingga terendah sejak 40 tahun yang lalu. Dan dijangka akan jatuh lagi.
Ringgit kita, walaupun tidak ditambat secara langsung dengan Dollar Amerika, namun tambatan ringgit pada matawang utama, masih banyak bergantung pada Dollar Amerika dan membuatkan Ringgit jatuh berbanding matawang negara jiran.
Walaupun kita duduk di dalam negeri yang mempunyai Menteri Kewangan yang tak ambil tahu tentag matawang. Di harapDr. ZettyNajib dapat membuat tindakan yang bijak.
Pada pendapat saya, Dollar Amerika akan merosot dalam jangka masa panjang, walaupun ia merosot sekarang, dia akan naik sedikit, tapi akan terus merosot dang merosot.
Maka, Amat tidak sesuai bagi Ringgit untuk bertambat pada peratusan tinggi pada dollar Amerika, sudahlah Ringgit lambat dilepaskan tambatannya dengan USD 3.80 dahulu.
Adalah sebaik baiknya ringgit ditambat sebahagian dengan Emas sebagai salah satu matawang secara berperingkat.
Adalah dicadangkan, setelah berlakunya 'correction' terhadap kejatuhan dollar, adalah ada baiknya tambatan ringgit diubah kepada
20% emas
80% matawang asing yang mempunyai dagangan dengan Malaysia.
Maka selepas itu, kita tidak akan merasa kehangatan 'Kenaikan harga minyak'
Akan tetapi janganlah pula lakukan sekarang, di saat harga emas terlalu tinggi.
dan jangan lupa baca Cadangan tambahkan rizab emas di Bank Negara.
The govt should just distribute all of Petronas's profits to all citizens since with free trade, our country will be bought up with those with more capital?
BalasPadamAlso if you are religious, the END OF THE WORLD IS COMING!!!
Let's all spend all the money!!!
;)
Kee Kee Kee.
Sikit tekanan.
Kee Kee Kee.
Apakah kesan tambatan ringgit kali ini kepada peniaga atas angin?
BalasPadamIn addition:
BalasPadamHasbullah Pit at his blog asked as to why when only Mohd Najib Abdul Razak is the Minister Of Finance Malaysia that this suggestion voiced, yet this was not voiced during Abdullah Ahmad Badawi was the Minister Of Finance Malaysia.
"actual quote: Setelah Najib menjadi Menteri Kewangan, barulah bersuara beberapa orang UMNO tentang soal matawang,
Kenapa ketika Pak Lah jadi menteri kewangan tidak timbul soal ini?"
http://hasbullah.pit.my/2008/09/bincang-penambatan-semula-ringgit.html
Actually, when Mahathir Mohamad started blogging, he did mentioned about it.
Let’s see what Mahathir Mohamad, wrote:
http://atotalblog.wordpress.com/2008/09/22/peg-the-ringgit-what-is-the-story-more-than-stories/
Do we think UMNO people can be pro-active in this?
Tak kisahlah macam mana sekalipun strategi kerajaan untuk memperbaiki nilai mata wang dan ekonomi asalkan rakyat mendapat faedahnya dan tidak membebankan. Yang penting strategi yang digunakan haruslah menjana pertumbuhan ekonomi yang baik...
BalasPadamp/s: Patutnya En Sebul boleh dilantik jadi Menteri Kewangan...Hehehe...
Tunggu...
BalasPadamCerita dalam cerita tambatan ringgit,
panas dari TranungKite OnLine.
Mungkin berkaitan Pak Lah dan Anwar...
Salam Pakcik Sebol dan Pencinta Kebenaran,
BalasPadamAkak Jed cadangkan berbelanja sebab dunia nak Kiamat. Dalam Islam, bila matahari terbit sebelah barat pun, kita disuruh makmurkan dunia. Tak boleh membazir dan tak boleh duduk dia menyerah, terutama menyerah kepada BN dan Anwar. Kena bertawakkal kepada TUHAN saja dengan gigih berfikir dan bekerja.
Tapi saya rasa Akak Jed nak bagi tau, lagi banyak kita berpuasa, lagi kuat ingatan kita kepada Akhirat. Dengan itu banyakkan berbelanja dalam bersedekah. Jangan asyik nak melabur secara spekulasi je sampai lupa TUHAN.
Betul tak Kak Jed?
Salawat
Hasbullah Pit,
BalasPadamhttp://satublogtotal.blogspot.com/2008/09/tambatan-ringgit-apa-cerita-di-sebalik.html
http://atotalblog.wordpress.com/2008/09/22/peg-the-ringgit-what-is-the-story-more-than-stories/
Tambatan Ringgit! Apa Cerita Di Sebalik Pelbagai Cerita Di Dalamnya?
Dilulus terbit pada Monday, September 22 @ 13:30:43 MYT oleh admin
Komentar Oleh zublizainordin
" Mari kita mulakan dengan kritikan Lim Keng Yaik, yang dilaporkan berkata baru-baru ini, semuanya perihal duit, duit, duit.
Itu jika diselidiki, ada ceritanya.
Rakyat biasa tidak tahu banyak perihal perkaitan kuasa dan kemewahan, kecuali ramai di antara mereka yang tahu bahawa kehidupan mereka kini dalam sengsara bila Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel pada 5 Jun 2008 yang lalu, dan selepas itu cukup liat sungguh untuk menurunkan harga bahan ini, sehingga rentetan kenaikan harga bahan, barang dan perkhidmatan terus tinggi dan menekan Rakyat Malaysia.
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=16459
Memang aku percaya dengan cara tambatan ringgit boleh selamatkan RM dan ekonomi kita. Tapi aku kurang percaya kalau Najib boleh fikir jauh untuk hal ini. Aku risau dia guna C4 untuk bom RM kita nanti. Habis Malaysia.
BalasPadamTAmbat atau tidak, hasilnya tetap seperti mana kerja Maharaja Sisyphus menggolekkan batu naik ke atas gunung. Sudah checkmate!
BalasPadamkalau takut terasa kenaikan harga minyak ..peg je terus dgn harga minyak hehe
BalasPadamSebenarnya, langkah untuk tambat sebahagian ringgit kepada emas adalah langkah untuk "peg je terus dgn harga minyak".
BalasPadampergghh....lama dah isu ni....aduyai...sekarang Nampak jelas kesannya
BalasPadam