test

Sabtu, 27 September 2008

Politik Apa yang Khairy Mainkan? ( Merujuk kepada 3 berita Malaysiakini)

Menurut Malaysiakini, Khairy Jamaludin seolah-olah membantah penangguhan pemilihan UMNO.

"Kita tahu ini mungkin akan menjadi satu keputusan yang muktamad, ...bagi mereka yang akan bertanding jawatan ketua Pemuda bahagian tak mengapa, tetapi untuk saya yang bertanding jawatan ketua Pemuda, ia akan menjadi satu keputusan yang merumitkan kempen.
  
"Tempoh kempen akan menjadi lebih panjang dan ia bukan senang. Bayangkan kempen pilihanraya dua minggu pun tidak mudah, inikan pula enam bulan.

"(Maknanya) dalam tempoh enam bulan itulah kita kena berkempen," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman Menteri Besar Teregganu Datuk Ahmad Said  di Kemaman hari ini.

 Pada masa yang lebih kurang sama, Najib pula mengatakan ianya "Bijaksana".

"Keputusan itu dibuat dengan penuh bijaksana selepas mendengar pandangan pemimpin dan ahli akar umbi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibunegara hari ini.

Kalau menantu sudah tidak mahukan tambahan masa  sebagai penyelamat jawatan PM PakLah, siapa pula yang dalang melobi supaya ianya ditangguhkan?

Syarikat katering? Syarikat percetakan kertas undi?

Adakah kerana bulan disember, banyak peruntukan sudah dihabiskan, maka susha untuk memuaskan "akar umbi"?

Ali Rustam dan Muhyidin pula mengatakan ianya bagus  untuk "Akar Umbi".

"Keputusan ini mengambil kira sentimen, pandangan akar umbi," 
 
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata,  keputusan MT untuk meneruskan mesyuarat perwakilan bahagian mulai 9 Oktober depan adalah satu keputusan yang baik dan melegakan semua pihak, terutama di peringkat akar umb
Adakah golongan pendesak dalaman UMNO yang mahukan ianya dilewatkan agar PakLah kelihatan seperti tamak dan berat nak melepaskan jawatan?

Kalau Khairy sudah yakin mahu bersilat di dunia politik tanpa tongkat dari mertuanya, maka biarkanlah dia bersilat.

p/s: Bila agaknya Ali Rustam nak siasat siapa yang terbalikkan bendera UMNO?

3 comments:

  1. Pit,

    Khairy saja buat-buat tak suka pemilihan bulan tiga. Sebenarnya dia suruh pak mertuanya pinda tarikh itu.

    Dia congak-congak kalau buat bulan dua belas, dia boleh kalah kerana ramai perwakilan masa itu tidak sokong dia.

    Kalau buat bulan tiga ramai perwakilan yang sepatutnya jadi perwakilan bulan dua belas ini tapi tidak dapat jadi perwakilan pada bulan tiga kerana umur dah lebih.

    Jadi masa enam bulan ini sempatlah dia lobi perwakilan baru.

    BalasPadam
  2. Kalau sebelum merdeka dulu, politik buat2 tak tahu seperti yang cuba dimainkan oleh khairy mungkin "boleh makan". Hari ini semua orang sudah pandai. Usah anggap rakyat bodoh dan tidak tahu. Kadang-kadang saya tak pasti adakah orang seperti khairy ini berfikir sebelum bercakap sesuatu. Secara jujur, khairy patut tarik diri dari pertandingan pemuda umno. Dia sudah menjadi liabiliti kepada parti.

    BalasPadam
  3. Hasbullah Pit,

    Saya bersetuju dengan Khairy Jamaluddin, bahawa Majlis Tertinggi UMNO, sepatutnya menangguhkan Mesyuarat Agong UMNO dan Pemilihan Pemimpin, pada tarikh 16 Disember, 2009.

    Ini adalah kerana tempoh yang telah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi UMNO pada 26 September 2008, kelmarin, adalah terlalu lama untuk seseorang berkempen jawatan Ketua Pemuda UMNO.

    Saya cadangkan satu lagi mesyuarat diadakan dalam tempoh terdekat, untuk menentukan bahawa pandangan Khairy Jamaluddin ini, bertukar menjadi pandangan rasmi UMNO kelak.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit