test

Rabu, 17 September 2008

PAS Berpecah? Erdogan? Kabilah Terengganu? Tidak Dominan?

Satu berita di Malaysiakini pasti akan membuatkan ramai orang risau kononnya PAS akan retak..

Bagi saya itu bukanlah keretakan, akan tetapi perbezaan pendapat sahaja. Akan tetapi tidak perlulah meletakkan label pasukan terhadap pihak yang berlainan pendapat. Tidak perlulah diburukkan individu yang berlainan pendapat itu.

Saya tahu ramai orang PAS yang risau apa terjadi kalau Islam tidak dominan apabila Pakatan Rakyat memerintah?
Kedominan itu sebenarnya bergantung kepada pemimpin PAS sendiri, bukan orang bawahan.

Kalau tidak suka Pakatan Rakyat, Kenapa tandatangani penubuhan Pakatan Rakyat?

Yang tandatangani penubuhan Pakatan Rakyat itu golongan yang digelarkan Erdogankah?

Ramai orang tidak suka akan orang-orang yang digelarkan "Kabilah Terengganu" kerana berurusan dengan UMNO secara senyap. Bang Bakaq kata "main main telefon".

Bagi saya, sebenarnya tidak salah untuk berbincang dengan UMNO, akan tetapi mesti bijak berpolitik.

Maafkan saya, saya terpaksa umumkan bahawa ramai pemimpin PAS tidak bijak berpolitik. Ada juga yang bijak.

Bagi saya, secara peribadi, perbincangan dengan UMNO itu terlalu awal.

Jika benar takutkan PAS tidak dominan dalam Pakatan Rakyat, usahakan sahaja supaya dominan. Adakan kursus-kursus pendek sains politik untuk pemimpin PAS yang berurusan dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Adakan kursus berkaitan dengan media, agar PAS tidak ketinggalan dalam media yang semi terbuka.

Akan tetapi apabila disisihkan dengan Pakatan Rakyat, maka memanglah PAS tidak dominan dalam Pakatan Rakyat.

Siapa ya, yang berurusan soal kerusi Parlimen sehingga PAS bertanding terlalu sedikit kerusi Parlimen?


Sejak dari dulu saya sering mempersoalkan kenapa di media yang agak terbuka seperti http://malaysiakini.com/bm/ PAS ketinggalan?

Kalau begitu caranya, dengan siapa pun PAS berkawan, akan sering tidak dominan.

PAS adalah 1/3 daripada Pakatan Rakyat, sepatutnya 1/3 agenda Pakatan Rakyat itu agenda PAS.

Saya tidak mahu begitu menyalahkan pihak yang membuatkan PAS tidak dominan sehingga mahu lari ke pasukan yang lagi satu, akan tetapi sepatutnya ianya hanya boleh menjadi langkah rizab sahaja.

Sebagai contoh, apabila Pakatan Rakyat memerintah dan PAS didalamnya, apabila cubaan untuk dominan gagal, barulah tarik tali untuk keluar, bukannya cuba keluar walaupun belum memerintah.

Siapa suruh Malaysia mesti guna guna sistem 2 parti ala Amerika?

Kalau benar PAS mahu keluar pakatan apabila Pakatan Memerintah, maka secara automatiknya tiada siapa yangada majoriti, pilihanraya semula, apa susah.

Mengapa begitu gusar PAS tidak dominan kalau ada senjata untuk keluar Pakatan?

10 comments:

  1. Saya bersetuju dgn saudara,PAS bukannya retak,cuma perbezaan pendapat sahaja. Yang saya tak setuju bila saudara kata tidak salah berbincang dgn UMNO, bagi saya UMNO bukannya manusia yang boleh dibawa berbincang walau pun kita bijak berpolitik. UMNO ni jahat sejahat-jahatnya. Dari berbincang dgn mereka baik bunuh sahaja.

    BalasPadam
  2. salam...

    kalau malaysiakini dah beroperasi zaman tabiin dan tabi' tabiin dulu pasti dilaporkan Islam telah retak dan berpecah kerana ada Maliki, Hanafi, Shafei dan Hambali.

    BalasPadam
  3. Saya kurang mendekati PAS. Namun dari jauh memang tahu PAS sebuah parti yang baik.

    Pada masa kini, tidak perlulah berpecah atau memulakan keretakan.

    Apa yang penting bersatu semular.

    Kembali kepada perjuangan asal pengasasnya.

    Berikan penerangan kepada Rakyat Malaysia yang jelas Islam bawaan PAS.

    PAS sudah semakin ramai pemimpin yang berkaliber.

    Cuma, tidak perlu membayangkan pegangan yang terus menakutkan jika PAS memerentah.

    Apa yang dimulakan di Kelatan dan di Kedah adalah permulaan yang baik.

    Fikir kembali kenapa Terengganu terlepas kepada UMNO. Tawan semular.

    Banyak kebaikan yang PAS boleh lakukan di Malaysia.

    Bersatulah kembali.

    BalasPadam
  4. 1. Setuju tak kalau kita kata AMNO parti yang korap dan menunggu masa saja untuk kebinasaan?

    2. Setuju tak AMNO dari dulu sampai sekarang memerintah dengan rakus menzalimi rakyat termasok Kerajaan PAS sendiri (Kelantan & dulu Trengganu)?

    3. Setuju tak AMNO sekarang masih belum insaf dan mengakui dosa-dosa terhadap rakyat dan PAS?

    Kalau bersetuju APA FAEDAH DAN TUJUAN PAS BERIYA BENAR BERBINCANG DGN AMNO YG TERANG-TERANG PENGKHIANAT AGAMA/BANGSA/NEGARA?

    BalasPadam
  5. salam..

    saya yang baru nak mengenali erti perjuangan yang datang bukan dari BN ataupun UMNO tertanya2 apakah halatuju PAS dan PR.

    Kalau sebegini celarunya perjalanan perjuangan ini nampaknya sy juga terpaksa menilai diri sendiri dalam memberi sokongan kepada pejuang yang datang bukan dari BN atau UMNO

    BalasPadam
  6. Sebagai Ada Nama, saya setuju dengan Tanpa Nama.

    Saya baca dan pos pemikiran terkini Nik Aziz Nik Mat,

    Kat sini:
    http://atotalblog.wordpress.com/2008/09/16/nik-aziz-nik-mat-is-more-vocal-to-put-the-rakyat-more-than-self/

    Kata Nik Aziz Nik Mat, UMNO Islam tidak, demokrasi pun tidak.

    Namun, seburuk-buruk UMNO pun, Islam Hadhari nya, cantik di atas kertas.

    Jika pun cantik Islam bawaan PAS, mananya tak nampak pun.

    Kalau setakat ceramah, Bila PAS memerentah kelak kami akan potong tangan Rakyat Malaysia, contohnya.

    Tak usahkan Karpal Singh, ramai yang seram.

    Maksud saya, para pemimpin yang ada dalam PAS perlulah mendidik Rakyat Malaysia, apakah visi dan misi Islam sejak asal perjuangannya.

    Terajuilah kepimpinan dari aspek ini.

    Ini penting.

    Boleh kita tengok ini terjadi dalam sedikit masa lagi?

    BalasPadam
  7. ramai cuba melihat budaya PAS yang terbuka dari kaca mata UMNO.

    sebab tu mereka kata PAS berpecah.

    sedangkan dalam PAS, ajk biasa nak kritik tuan presiden pun tiada masalah.

    tarbiyyah. siapa yang lalui tarbiyyah PAS dia boleh faham walaupun samar mulanya.

    Pakdi
    http://pemikir.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Saya setuju PAS sebuah parti yang baik.

    Namun kongsi-kongsilah kebaikan ini dengan Rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  9. Setuju dengan tulisan ini, kalau mahu dominan senang sahaja, kita menang semua kerusi2 di mana PAS bertanding satu lawan satu dengan UMNO. Apa yang susah?

    - MENJ

    BalasPadam
  10. Perbezaan pendapat antara dua golongan utama dalam PAS ada kaitan dengan kecenderongan Nik Aziz, dengan bisikan anak didik Anwar dalam PAS- iaitu Husam dan Kamaruddin Jaafar- mempercayai janji berbilion yang dicurahkan ke Kelantan jika Anwar jadi PM. dan jangan lupa PRU 12 Anwar yang "belanja".

    Kedua, Nik Aziz ambil hukum tiada saksi maka Anwar tak ada sondolmi, boleh di sokong.

    Ketiga dendam kejatuhan kerajaan PAS Kelantan semasa berpisah dari BN. Dendam inilah puncanya.

    Jadi Nik Aziz tidak tertarik dengan hujah Haji Hadi yang lebih meletakkan hukum tidak membenarkan ditutup pintu rundingan dalam Islam.

    Golongan pro-Hadi secara diam tahu tentang masalah tabi'i sex Anwar, dan tidak boleh terima dia sebagai layak menjadi PM. Hadi bimbang menyandarkan masa depan parti kepada satu pihak sahaja kerana nanti apabila DAP dan PR berjaya lumpuhkan kekuasaan politik orang Melayu PAS akan dituduh bersubahat.

    DAP tetap dengan agenda menjatuhkan kuasa politik Melayu, dan menggunakan PKR dan PAS semata-mata untuk tujuan ini. 'If you can't beat them, join them and then destroy them.'

    Apa nak dibanggakan PAS apabila Nizar cuma boneka DAP? Jadi DAP dah pun kawal Perak dan Penang. Mana PAS nak pergi nanti? Para peramal mengatakan PRU 13 PAS mampu pertahankan Kelantan sahaja.

    Maaf tapi Tok Guru Nik Aziz pandai cakap sahaja tetapi mudah dipengaruhi oleh mereka yang rapat. Beliau lebih melihat kapada kepentingan yang boleh didapati Kelantan. ramai mungkin ingat beliau pernah melobi Dr M supaya menjadikan Ku Li PM selepasnya.

    Haji Hadi dari dulu bukan mudah diperdaya. Jadi PAS Kelantan cuma cawangan PKR?

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit